Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

Kali ni aku nak promote lagi satu tempat menarik untuk beriadah, untuk melepaskan tension, untuk mengeluarkan peluh dan apa-apa la yang korang rasa nak buat kat atas bukit sana.

Taman Saujana Hijau ada 3 bukit kesemuanya. Kalau tak larat, tak perlu habiskan semua bukit, anda boleh exit di mana sahaja yang ada susur keluar, tapi nya mestilah exit di tempat yang dekat dengan anda parking (kalau datang dengan kenderaan la). Ataupun patah balik. Tapi aku suggest bagi yang pertama kali pergi, habiskan semua bukit tu.

Ini jalan masuk ke Taman Saujana Hijau. Ada banyak jalan masuk. Ini entry dari apartment di Presint 11. Sebelah entry ni ada deretan rumah-rumah.

Jalan masuk, kita akan lalu di tengah-tengah pokok ru (pokok ru kan ni namanya?)

Rasa macam dalam iklan Salem Cool Planet kejap

Habis laluan celah-celah pokok ru ni, kemudian kita akan jumpa trek sebenar ;). Yang tadi tu macam warm up je.

Macam ni lah treknya sepanjang-panjang habis 3 bukit tu. Amat selesa. Bagi yang nak hiking, sorry ini bukan tempatnya la. Kat sini nak joging, cycling, walking, chit-chat, snap-snap sambil ditiup angin sepoi-sepoi boleh la.

Apa yang kita boleh tengok dari atas bukit ni?

Jusco Equine Park


Lagi satu aku suka bukit ni, pokok-pokok banyak baru ditanam. View sebijik macam dalam Farmville. Pagar pun macam pagar dalam Farmville.

Macam mana nak datang sini? Ikut je signboard ke Presint 11, kemudian akan jumpa signboard ke Taman Saujana Hijau. Selamat beriadah :)

7 comments on “Taman Saujana Hijau, Presint 11 Putrajaya

    • haritu kami jalan 1 jam utk 3 bukit tu..itu mmg jalan lenggang giler lah sambil snap photo kan

      kalau ikut entrance yg huzz masuk tu, curam sket la mula-mula..tapi lepas je pokok rhu tu,jalan rata je..

      ada lagi satu entrance boleh bawa kereta sampai naik atas..senangla kalau nak tolak2 stroller..tp x sure entrance dari mana..kalau huzz dpt, huzz update okey

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s