Marah

Aku ni tak taula cepat marah ke tak. Tapi ramai kawan-kawan aku cakap aku ni penyabar. Tak cepat melenting. Tapi hakikatnya diorang tak tau. Aku ni cepat panas jugak. Cuma aku lambat beri respon. Aku pendam je. Kekadang sampai bernanah kat dalam. Paling tidak pun, aku pergi menangis sorang-sorang. Puas hati. Aku tak suka marah sebenarnya. Sebab aku rasa kalau aku marah, syaitan dah berjaya control aku. Tapi hari ni kat ofis, aku marah. Marah kat Access file yang aku tengah kerjakan, marah kat mouse yang tak best, marah kat mouse pad yang dah melengkung juga marah kat diri sendiri, apasal la slowwww sangat nih?????. Hasilnya, aku hentak mouse sampai tercabut bola dan penutup nya. Cuak jugak mula-mula. Aku check, semua ok, fuhhh nasib baik…..Terus aku pergi ambil wuduk, solat Asar. Tenang sikit.

Advertisements