Permulaan…

Semuanya dah selesai. Walaupun aku bukan salah seorang yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini, aku rasa puas. Jumpa kawan, jumpa cikgu. Jumpa cikgu la yang tak tahan nye. Syahdu siuttt. Ramai cikgu dah pindah. Jumpa Cikgu Siti Khalijah (Add maths), Cikgu Zuraini (Biologi), CIkgu Hakimah (Stats) dan Cikgu Shamsul (BM) aje. Semua cikgu masih maintain muda walaupun tak jumpa hampir 10 tahun 😀 . Staff maktab yang lain ramai yang masih ada kat situ. Abang lab, makcik DS, akak koop, pakcik driver. Yang aku frust tak dapat jumpa Mr Farouk Senan. Missed him la.

Batch SPM ’97 yang hadir tak ramai. Kelas aku 3 orang je 😀 .

Berdiri kiri: najib, nasrul hakim, wak, kudin
Duduk kiri: aku, ijun, aisyah, lyn, imas, isteri kudin dan anak kudin
Yang tiada dalam gambar: Eton, Rin (tak ingat dah lain-lain)

Ronda-ronda kawasan maktab, banyak perubahan. Banyak betul la pokok bunga. Macam dalam taman. Serabut pun ada 😛 . Maktab dah mula ambil pelajar Form 1. Tertanya juga aku awatla kecik-kecik je student ni. Rupanya Form 1 😛 .

Acara makan-makan pun best jugak. Kenduri durian, manggis dan rambutan. Wallawehhhhh…heaven! Tak puas makan sebab berkejar ke DS untuk makan nasi. Nasi pun nyum2!

Aku dan Ijun beredar dari maktab lebih kurang pukul 4 lebih. Ronda-ronda Pekan Kongsi. Dah ada KFC tuuuu. Syokla korang ye. Dulu kena pi komtar la. Stesen bas pun dah besar. Dulu stesen bas tu di celah-celah kedai je.

Roundabout yang diameter nye boleh di buat lompat jauh pun masih ada.

Aku rasa ini bukan penamat tetapi permulaan untuk aku jumpa balik kawan-kawan lama.

Advertisements

Jubli Perak MRSM BP

Esok, 25/07/08 sambutan Jubli Perak MRSM BP akan disambut selama 3 hari. Kalau tak de halangan, sampai la aku kat Balik Pulau sabtu nih. kalau ada halangan, huuuhuhuhu sedihnye. Aku bukannye top student yang tercatat dalam sejarah maktab. Malah orang mungkin tak ingat aku pun. tapi aku rindu nak tengok maktab. Kali terakhir aku pergi semasa nak ambil result SPM yang tak best tu, tahun 1998.

Aku rindu nak tengok:

Pokok belimbing tepi dewan makan. Tiap petang lepas training hoki, aku dan geng mesti panjat pokok belimbing itu. Kutip dalam sebaldi, naik dorm, belasah.

Padang hoki. Tempat aku belajar main hoki dengan Tuan Pengetua, En Farouk Senan. Habis jeles team hoki lelaki sebab pengetua lebihkan team perempuan. Juga tempat kaki aku kena hentam dengan bola hoki. Siut wak!

Kelas 4I / 5I. Tempat aku belajar. Kat sini pertama kali aku tengok student lelaki yang pandai-pandai.

Dorm Samudera. Asrama aku. Banyakla kenangan kat situ.

Surau. Tempat pertama aku solat berjemaah.

Segitiga Shaari. Tempat lepak

hmmmmm…aku rindu nak naik feri sebenarnye 😛

Resipi: Garlic bread

Sekarang ni aku tengah gila makan garlic bread nih. Member bagi resipi. Senang rupanya nak membuatnya. Dan yang penting sedap. Dicicah pulak dengan mushroom sup. Walawehhhhhh..2 pagi berturut aku sarapan dengan ini je.

Cara memasak:

1) Bakar bawang putih. Suka hati la kot nak banyak mana. Nak rasa lebih bawang putih tu, letak la banyak. Dah agak-agak itam sikit-sikit, dah ada bau, tumbuk bawang tadi.
2) Kemudian letak dalam mentega dan cairkan. Ikut sukala macam mana nak cairkan. Nak letak dalam oven pun boleh. Tapi aku buat double boiling je macam nak cairkan coklat bar tu.
3) Dah elok cair, sapu la kat roti keras panjang tu. Roti tu mula-mula potong la. Tak nipis sangat tak tebal sangat. Sedang-sedang aje. Kalau dapat cari daun pasley ke pastry ntah (lupa la nama dia), boleh la tabur-tabur atas roti sebelum dibakar.
4) Last sekali bakar dalam oven. Kalau oven tu oven baru, kejap je pun ok. Kang hangus pulak. Aku buat kurang 5 minit. Sedang elok untuk di makan

Sekarang tengah cari resipi Portugese Grill macam kat Oasis, Mid Valley tu. Dok terbayang-bayang lagi rasa dia yang sedap tahap dewa tu.

Birthday!

Bukan birthday aku. Birthday aku dah lepas. Hari ini kami sambut birthday ofismate. Kelmarin dah wish, so hari ini keluar makan-makan. On the way tadi, baru dia bagitau birthday dia esok! Hahahhaha aku gelak x ingat. Mati-mati ingat dah lepas. Walau apapun, kami kekenyangan di Johnny’s Restaurant tadi.