Kenduri kahwin

Di Mid Valley sekarang ada pameran pengantin. Di kompleks kraftangan pun ada pameran kerja kahwin. Aku suka kenduri kahwin. Sebab tu aku suka pergi kenduri kahwin, terutama kenduri kawan-kawan aku. Aku fikir mesti tuan rumah seronok bila tengok tetamu yang dijemputnya hadir. Sebab tu untuk kenduri aku nanti (tak tau bilanye.. :D).. aku tak harapkan lebih-lebih. Cukup kalau kawan-kawan aku, sedara mara aku dan sesiapa saja yang aku jemput dapat datang.

Apa yang dalam kepala otak aku sekarang tentang majlis kahwin aku?

Bersanding? Tak perlula
Kompang? Ya aku nak pasukan kompang. Aku suka dengar pukulan kompang.
DJ @ muzik? Tak perlu, bising la. Tapi kalau dapat live band yg macam ni (rujuk gambar di bawah), wokkay!

Lauk pengantin? Aku nak request Ayam Percik Putih, sayur lemak labu, sambal belacan kaw-kaw punya, udang goreng butter macam kat Horrizon buleh ma?
Baju pengantin? Memandangkan aku tak suka bergaya-gaya, baju simple-simple is wokkay for me. Kaler? hmm..tak tau la kaler apa yang cantik dan sesuai untuk aku. Itu akan ditentukan kemudian.
Kad kahwin? Aku nak yang simple and sweet
Jurugambar? Sudah semestinya. Tak bersanding pun, aku nak gambar banyak-banyak. Jurugambar itu mestilah ‘tetamu-friendly’ bukan sahaja ‘pengantin-friendly’.
Lokasi? Kat rumah je lah.

Coretan di atas hanyalah khayalan, anganan dan mimpi-mimpi indah sahaja. Yang hakikatnya ialah di bawah ini. Selamat pengantin baru Jaja & Hermi! Baru je kenal diorang nih.

Kek kahwin tu sungguh kiut!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s