Lesen

Di Hot.fm tadi kisahnya pasal lesen memandu. Aku teringat pengalaman aku ambil lesen. Tension sebenarnya. Sepanjang belajar tu, aku tak enjoy langsung. Tak rasa pun macam ‘waaaaa bestnye boleh bawak keta’. Aku pun tak tau kenapa. Maybe sebab aku dah tua untuk rasa syok macam budak-budak muda ambil lesen. Benda yang aku tak boleh lupa sepanjang ambil lesen nih:

  • Cikgu tu pegang tangan aku masa aku nak tukar gear. Hampeh betul! Aku bad mood sampai habis belajar untuk hari tu. Biar apa pun niat dia, aku tak suka!
  • Cikgu marah aku sebab aku susah sangat nak lepas kat bukit tuh. Sampai dia keluar dari kereta, tinggal aku sorang-sorang. Sedih wooooo
  • Hari kena marah tu, aku diam je sepanjang perjalanan balik. Cikgu yang drive. Aku dah tak tahan, terus aku suruh dia stop kat kedai mamak on the way ke rumah aku. Aku cakap aku nak beli roti canai , padahal aku dah tak boleh duduk dalam kereta tu lama-lama. Hahaha! sanggup tu balik jalan kaki sebab tak mau tengok muka cikgu tu dah
  • Aku lulus! Hehehehhe, risau sebenarnya. Risau mengalahkan nak ambil exam time belaja. Aku antara orang terakhir. Tester tu dah letih kot, dia bagi je aku lulus walaupun aku lupa pakai tali pinggang pada mulanya

Tapi minta maaf la, tak boleh drive manual dah sekarang ni😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s