Resipi: Garlic bread

Sekarang ni aku tengah gila makan garlic bread nih. Member bagi resipi. Senang rupanya nak membuatnya. Dan yang penting sedap. Dicicah pulak dengan mushroom sup. Walawehhhhhh..2 pagi berturut aku sarapan dengan ini je.

Cara memasak:

1) Bakar bawang putih. Suka hati la kot nak banyak mana. Nak rasa lebih bawang putih tu, letak la banyak. Dah agak-agak itam sikit-sikit, dah ada bau, tumbuk bawang tadi.
2) Kemudian letak dalam mentega dan cairkan. Ikut sukala macam mana nak cairkan. Nak letak dalam oven pun boleh. Tapi aku buat double boiling je macam nak cairkan coklat bar tu.
3) Dah elok cair, sapu la kat roti keras panjang tu. Roti tu mula-mula potong la. Tak nipis sangat tak tebal sangat. Sedang-sedang aje. Kalau dapat cari daun pasley ke pastry ntah (lupa la nama dia), boleh la tabur-tabur atas roti sebelum dibakar.
4) Last sekali bakar dalam oven. Kalau oven tu oven baru, kejap je pun ok. Kang hangus pulak. Aku buat kurang 5 minit. Sedang elok untuk di makan

Sekarang tengah cari resipi Portugese Grill macam kat Oasis, Mid Valley tu. Dok terbayang-bayang lagi rasa dia yang sedap tahap dewa tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s