Game 3 ekor monyet

Aku cuba cari mood untuk buat kerja. Aku main game dulu, bagi hati happy-happy, otak clear. Aku main kat sini . Kat situ gamenye senang-senang. Page dia guna warna-warna pastel. Cool je. Karektor-karektor dalam game tu pun kiut-kiut. Aku pilih la game monyet nih. Lawakla muka monyet2 nih. Dok khenyihhhh. Patutla orang dok kata khenyihhh macam beruk makyeh πŸ˜€ . Yang tertunduk tangan tutup tu sebab tak mau bagi dapat bom. Yang tangan terbuka tu untuk sambut buah-buahan, so dapatla markah. Cara nak main dia, klik je kat monyet tu untuk tukar tangan terbuka ke tertutup ke πŸ˜€ .

Wall-e

Aku pergi menonton Wall-e sebab ramai orang bercakap tentangnya. Filem yang kurang dialog aku rasa πŸ˜€ . Walleeeeeeee..eeeevaaaaaaaaaaa . Dua biji (apa eh penjodoh bilangan bagi robot??) robot tu memang kiut. Especially Wall-e. Sebiji robot yang mukanya innocent, hati yang baik, rajin bekerja, perangai yang kadang-kadang macam bodoh-bodoh dan sayangnya pada Eva. Aku tertido lagi tengok movie ni. Maybe sebab gambarnya tak colourful. Sampah, kusam je. Bila dah sampai di Axiom, mata aku celik balik sebab karektor si tukang cuci lantai tuh, betul-betul taat setia mencuci kotoran πŸ™‚ . Kat situ, jalan cerita macam berat sikit. Apa-apa pun, Wall-e tu sangat2 kiut πŸ™‚ . Dan aku dapati aku dan Wall-e ada sikit persamaan -> suka simpan barang. Sayang nak buang πŸ˜› .

1 2 3 4

1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua…sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu.

Tiga..lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu,
Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai
kau beroleh bahagia
ingat itu bukan
untuk selamanya

Andai
kau dalam sengsara
ingat itu bukan
untuk selamanya.

Hidup ini sementara

Aku suka lagu ini. Ini lagu kegemaran aku dan geng aku time sekolah menengah dulu. Kami pernah menyanyikan semula lagu ini dan rekod dalam kaset. Masing-masing ambil paragraph masing-masing. Best! Jom layan πŸ™‚

Jom twist!

Dinner malam ni di Tesco πŸ˜€ . Masuk Tesco tanpa tujuan nak beli pun, tapi dah ambil troli siap-siap. Round-round, jumpa la benda alah ni. Tengok harga, hmmm ok la murah. Aku pun ambil la sebab tengok troli tu tak best la kosong πŸ˜› .

Ianya diperbuat daripada plastik, ringan. Senang nak bawa ke mana-mana. Aku suka guna benda ni tiap kali pergi tasik. Masalahnya , ramai la makcik2 suka bende twist nih. Pastu masing-masing buat macam harta sendiri. Haaa sekarang aku dah ada aku punya sendiri. Bestla bertwist pasni πŸ˜€ .Β  Aku search pasal Twister ni kat internet. Rupanya ada macam-macam jenis. Ada yang ada lagu, boleh massage, boleh buat akupuntur, yang siap boleh bercakap, ada yang ada skrin tunjuk berapa kalori dah bakar…haaa macam-macam ada tu. Tak pe, guna yang ni dulu. Nanti-nanti boleh tukar kepada yang lebih menghiburkan πŸ˜› .

Jacob’s Walk of Life

Dapat jugak aku join program ni. Asalnya program ni awal Julai lepas. Tapi di tunda. Memang nak bagi aku masuk kot πŸ˜› . Nasib baik Amy nak pergi..hehehhe..thank you ye Amy! 7.30 am kami sampai sana. Register. Dapat tshirt yang cun! Breakfast disediakan. Susu Anlene dan semestinya biskut Jacob’s. Aku makan sekeping je. Pukul 8 acara memanaskan badan dimulakan. Orang-orang dari Fitness First yang jadi instructor. Seksilah kau! Tepat 8.30 am, hon berbunyi. Here we go! Aku dah lama tak join program-program macam ni. Dengan adanya FaFau dan FBI, masing-masing bersemangat. Aku sempat posing ngan FBI je. FaFau ramai sangatla peminat πŸ˜› . Half way, Amy macam dah pancit. Muntah sikit, then refresh balik, kami continue. Sejam kemudian, 9.30 am kami sampai di tempat permulaan tadi. Tamat 7 km acara berjalan kaki πŸ™‚ . Yeayyyyyyy tahniah Huzz! Tahniah Amy!

Tahniah Amy dan Huzz!!!!!

Bunga api Putrajaya

Tak macam tahun lepas, kali ni aku dapat tengok bunga api dari mula hingga akhir. Tahun lepas aku hanya nampak letupan terakhir je. Itupun dalam kereta. Kesian driver πŸ˜€ . Tiada gambar atau video yang aku rakam semalam. Sebab memang dah pasang niat nak tengok je πŸ˜› .Β  Kalau aku ambil gambar atau rakam, sure aku x puas hati tengok. So, gambar ni je la yang dapat semalam πŸ™‚ .

Bunga api semalam biasa-biasa je. Corak yang dah biasa nampak. Adala sikit yang aku suka. Macam yang berbentuk love dan yang seakan-akan bergerak dalam satu barisan. Itu je la kot.

Mana kangkung?

Aku berebut kangkung goreng belacan dengan seorang pakcik kelmarin. Bukan salah aku. Aku tak tau pun pakcik tu dah cop kangkung tu. Aku ingat tokei kedai tu yang senduk elok-elok dalam bekas tu. Aku amik senduk yang ada kangkung tu letak kat nasi aku. Sedang aku tunggu nak bayar, aku dengar suara pakcik komplen-komplen “mana kangkung tadi?”, “eh mana kangkung” ..waaaaa aku dah amik kangkung dia laaaa. Ampun!!!! Confirm aku tak ambil kalau aku tau itu kangkung pakcik yang punya. Aku cepat-cepat bayar, blah dari situ. Aku tak tengok langsung muka pakcik tu. Pakcik tu terus bersuara bertanyakan mana kangkung dia.

Aku harap-harap dia tak mengidam kangkung tu.

gambar hiasan dari sini