Resipi: Meatball a.k.a Begedil daging

Okey, lagi satu resipi ala-ala cokodok aku nak letak kat sini. Haaa aku suka betul resipi yang simple macam buat cokodok nih (walaupun cokodok aku buat tak sedap hahhahahha). Resipi dari Ana jugak. Aku dah search dan jumpa macam2 resipi nak buat meatball nih. Yang Ana bagi ni yang mudah cari bahan dan mudah dibuat. Ada yang letak daun pasley la apa la, so boleh la kalau nak modify resipi yang Ana bagi nih.

Bahan:

Daging lembu kisar (aku guna yang Ramly tuh. Nak rasa daging banyak, kena letak banyak la)
Bawang besar
(agak-agak je la banyak mana. Aritu tak de bawang besar, aku belasah je campur ngan bawang merah hehheheh)
Telur 2 biji
Roti 3 keping (agak-agak jugakla dengan kuantiti daging. Roti ni perlu direndam kemudian diperah. So dia akan jadi hancur la sket, jangan risau hehehehhe)
Garam, origano, lada hitam (agak-agak la jugak banyak mana)

Cara-cara:

1. Potong dadu bawang tadi dan tumis bagi masak sket.

2. Campur semua bahan di atas dengan bawang yang ditumis tadi.

3. Bentuk kan begedil ikut citarasa masing-masing. Bulat kecil, bulat besar semua boleh.

4. Goreng! Siap!

Ini dia meatball yang aku buat bersaiz “S” 😀

Meatball ni nak makan dengan apa eh? Spageti, mee goreng, nasi goreng, buat sandwich semua boleh. Sekarang aku tengah cari resipi untuk kuah dia. Kan yang macam kat IKEA tu ke, kuah blackpepper ke.

Note to Mama Yati: Kalau kau tau macam mana nak buat kuah dia, kobar2 kan kat eden yo!

Kisah malam hingga ke pagi

Malam ni rasa tak boleh tidur pulak. Ini gara-gara lepas magrib tadi aku terus tidur. Pukul 10.30 baru bangun. Pukul 11 tengok citer hantu Filipina. Amatlah slow cerita tu, tapi aku tunggu juga sampai habis. Sebab nak tengok ending macam mana. Hmmm kureng menyengat la citer tuh. Untuk hilangkan rasa bosan tu, aku masuk dapur. Try resipi baru dapat dari Nani. Resipi ni juga Nani dapat dari Ana. Next post aku letak resipi tu. Khas untuk Mama Yati 😀 . Kemudian pukul 1 tengok pulak cerita Kayangan. Alaaa boring la citer tuh, tapi aku tengok juga sampai habis. Pelakon tak best. Hero tuh, aduhai tak best langsung cara bercakap. Heroin pun, hmmm biasa-biasa je. Jalil Hamid je aku rasa best. Tak boleh tidur jugak, aku mengupdate kan blog.

Tahun ni kurang pulak aktiviti berbuka puasa di luar. Baru-baru ni je berbuka dengan Nani, Ijun, Fir dan Amy di Secret Recipe. Aku baru tau selain daripada nasi ayam grilled black paper tu, ada lagi satu menu yang sedap. Apa nama ntah. Ianya ayam dimasak bersama cheese. Hanya gambar ni yang sempat aku ambil, sampai je makanan, dah tak ingat dunia.

Weekend ni dah boleh start kemas baju nak balik kampung. Hahaha semangat giler. Sebenarnya kan, nak pack baju untuk travel nih perlukan satu semangat (aku la, orang lain tak tau). Mula dari minggu lepas, aku dah kumpul barang-barang yang aku nak bawa balik. Seminggu je lagi nak balik dah. Rindu kat ayam dan burung di kampung (tipuuuuu). Wokey, nak pi sahur.  Menu sahur untuk hari ni:

– nasi putih
– telur masin
– meatball @ begedil daging yang resipinye bari dipelajari

chow!

Puasa hari ke 9 (tak de apa maknenye pun)

Dah seminggu lebih dah kita puasa. Senang nak ingat berapa hari puasa tahun ni sebab hari pertama puasa 1hb.  So masuk hari ni, dah 9 hari la kita puasa. Sepanjang bulan puasa ni, produktif betul kat tempat kerja. Masing-masing khusyuk buat kerja. Say no to Skype conference, apa pun tak dak. Tapi kalau dah lewat-lewat petang nak dekat pukul 5 tu, ada la yang buka topik. Tu dah tak tahan sangap dah la tuh. Tapi betul la best kerja dalam bulan puasa. Otak tak payah nak fikir banyak-banyak. Selalunya pukul 12 tu dah tak boleh buat kerja. Dok fikir apa aku nak makan sat gi nih?. Pastu lepas lunch kadang-kadang lapar. Pergi pantry buat air, pergi store cari makanan. Start minggu ni, Skype conference macam dah aktif balik. tapi tak meriah la. Iklan jual kuih raya. Hehehe pempuan..eh pempuan je ke yang sibuk-sibuk beli kuih raya nih? lelaki tak de ke nak beli kat mak kat kampung? Ataupun lelaki dengan macho pergi cari kuih raya pada malam raya. Macam abah aku. Esok nak raya, malam ni la pergi borong kuih-kuih yang tak habis kat gerai longgok-longgok tu. Hampeh tak sedap!

Setakat ni aku dah order 7 jenis. Cukup la tuh. Kali ni balik raya bawa Mr.D, so aku nak beli apa pun dah tak kisah. Tak yah fikir barang berat susah nak naik bas ka apa dah. Weekend ni Kak Ngah akan mai KL. Lawatan sambil berbelanja. Hahahaah abih berapa pulak tak tau la. Satu apa pun tak beli lagi. Wokey, solat Asar dulu!

Resipi: Roti Telur

Haaa makan-makan lagi. Tapi kali ni simple je. Bukanla resipi baru pun. Cuma style baru je yang aku belajar. Selama ni, bila makan roti dan telur mata, aku bakar roti dan goreng telur asing-asing. Ni aku jumpa style lain pulak, style yang agak menarik. Yang membuatkan roti itu tak sabar-sabar dimakan 😀 (aku la x sabar, orang lain x tau la).

Bahan:

1 keping roti (kalau nak banyak, banyak kepingla roti nye)
1 biji telur (sebiji untuk sekeping)

Cara:

1. Buat lubang ditengah roti tadi, agak-agak saiz telur tu. Kalau nak buat bentuk segiempat, segi tiga pun boleh 😛 .

2. Sapu mentega. Tak nak sapu pun tak apa. Bakar roti berlubang tu dalam kuali. Agak-agak cun, masukan telur tadi kat tengah-tengah yang berlubang.

3. Agak-agak telur tu masak (ikut kegemaran masing-masing, nak separuh masak pun boleh), siap! Roti tu kemudian bolehla sapu dengan kaya ke, mayonis ke, coklat ke apa-apa la yang selalu dimakan dengan roti bakar.

Resipi: Lasagna ala Pizza

Resipi ni aku dapat dari Nani. Nani dapat dari Ana. Thank you Ana dan Nani. Hasilnya sungguh sedap. Yang penting senang nak buat. Betul cakap kau Nani, macam buat cokodok.

Bahan:

200g tepung (aku agak2 je macam nak buat cokodok, lembik-lembik gitu)
1/4 ltr susu segar (satu kotak susu yang kecil tu)
250g daging ayam dipotong kecil (nak rasa ayam lebih, letakla banyak-banyak)
250g cheese (potong kecil2) (aku guna cheese keping-keping yang makan dengan roti tu sepaket)
1 biji bawang besar(racik halus)
2-3 ulas bawang putih(racik halus)
3 biji telur
1 biji cili bulat (merah, hijau & kuning)
1 tin cendawan (potong macam mana pun tak apa. Aku beli yang siap-siap potong dalam tin tu)
garam, lada hitam secukup rasa… (letak la lada hitam/lada putih/ajishio semua tu boleh letak)

Cara:

1. Seeloknya inti dimasak dulu. Tumis bawang semua, kemudian campak ayam, cendawan dan macam-macam lagi tu. Inti tu, nak tambah sosej, daging burger, isi ketam pun boleh. Ikut selera masing-masing.

2. Gaul bahan goreng tadi dengan cili, cheese, telur dan susu segar. Siap untuk dibakar 180 darjah selama 40 minit.

Cakap saja tak guna, mesti ada gambar!

bancuhan sebelum bakar

dibakar dengan suhu 180 darjah selama 40 minit

tadaaaaaa!

siap untuk dimakan