Resipi: Lasagna ala Pizza

Resipi ni aku dapat dari Nani. Nani dapat dari Ana. Thank you Ana dan Nani. Hasilnya sungguh sedap. Yang penting senang nak buat. Betul cakap kau Nani, macam buat cokodok.

Bahan:

200g tepung (aku agak2 je macam nak buat cokodok, lembik-lembik gitu)
1/4 ltr susu segar (satu kotak susu yang kecil tu)
250g daging ayam dipotong kecil (nak rasa ayam lebih, letakla banyak-banyak)
250g cheese (potong kecil2) (aku guna cheese keping-keping yang makan dengan roti tu sepaket)
1 biji bawang besar(racik halus)
2-3 ulas bawang putih(racik halus)
3 biji telur
1 biji cili bulat (merah, hijau & kuning)
1 tin cendawan (potong macam mana pun tak apa. Aku beli yang siap-siap potong dalam tin tu)
garam, lada hitam secukup rasa… (letak la lada hitam/lada putih/ajishio semua tu boleh letak)

Cara:

1. Seeloknya inti dimasak dulu. Tumis bawang semua, kemudian campak ayam, cendawan dan macam-macam lagi tu. Inti tu, nak tambah sosej, daging burger, isi ketam pun boleh. Ikut selera masing-masing.

2. Gaul bahan goreng tadi dengan cili, cheese, telur dan susu segar. Siap untuk dibakar 180 darjah selama 40 minit.

Cakap saja tak guna, mesti ada gambar!

bancuhan sebelum bakar

dibakar dengan suhu 180 darjah selama 40 minit

tadaaaaaa!

siap untuk dimakan

7 thoughts on “Resipi: Lasagna ala Pizza

  1. yatie 5 September, 2008 / 3:01 am

    huzz…tepung tuh plak..campur skali ke atau utk lapis kt bhgn atas n bawah?ke guna roti?aku nk try gaks….

  2. whooz 6 September, 2008 / 2:23 am

    tepung tu kau gaul sekali, kacau2 bagi rata. Macam buat cokodok. Guna roti aku tak tau. Maybe boleh kan??? Kau cuba, nnt kau cakap aku😀. Tepung tu ko kena agak2 sebab kalu lebih jadi bengkang pulak hehehhehheh (aku punya ni jadi bengkang sket😛 )

  3. yatie 7 September, 2008 / 4:40 am

    ooo..ye ker…pstu kalu masuk oven,bakar,dia jd keras ek?sbb aku tgk gambo cam cair jer…eheh..bestla ko slalu try resepi baru…ko try,pstu kalu sdap,ko ltkla kat blog ni,bleh aku try gak…aku xsbr2 nk msk ni..utk sahur…eheheh

  4. whooz 7 September, 2008 / 5:06 am

    haa kalu dia panas, sedapla..cair2 sket..lagipun aku suka lembik2..kalu dah sejuk, jadi keras sket laaa..so next time kalau nak buat, buat nak dekat2 bersahur atau buka posa. Makan panas-panas, walawehhhhhhhh

    no problem yati, bulan posa ni jadi nak try macam-macam resipi pulak. habis posa nih, akan jadi malas seperti biasa..hehehheheh

  5. yatie 13 September, 2008 / 10:07 am

    huzz,aku dh try….sodap!!!!husband aku kata,bleh wat lg psnih….hehehe

  6. whooz 14 September, 2008 / 1:43 pm

    hehehe..anak kau suka tak? budak2 pun sure suka…senang je kan

  7. yatie 16 September, 2008 / 12:36 am

    anak aku suke sgt…byk btul dia mkn…sdap kot,sbb tuh dia berselera…psni bleh wat lg tp kali ni,aku nk letak byk2 lauk kt dlm tuh..eheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s