Resipi: Meatball a.k.a Begedil daging

Okey, lagi satu resipi ala-ala cokodok aku nak letak kat sini. Haaa aku suka betul resipi yang simple macam buat cokodok nih (walaupun cokodok aku buat tak sedap hahhahahha). Resipi dari Ana jugak. Aku dah search dan jumpa macam2 resipi nak buat meatball nih. Yang Ana bagi ni yang mudah cari bahan dan mudah dibuat. Ada yang letak daun pasley la apa la, so boleh la kalau nak modify resipi yang Ana bagi nih.

Bahan:

Daging lembu kisar (aku guna yang Ramly tuh. Nak rasa daging banyak, kena letak banyak la)
Bawang besar
(agak-agak je la banyak mana. Aritu tak de bawang besar, aku belasah je campur ngan bawang merah hehheheh)
Telur 2 biji
Roti 3 keping (agak-agak jugakla dengan kuantiti daging. Roti ni perlu direndam kemudian diperah. So dia akan jadi hancur la sket, jangan risau hehehehhe)
Garam, origano, lada hitam (agak-agak la jugak banyak mana)

Cara-cara:

1. Potong dadu bawang tadi dan tumis bagi masak sket.

2. Campur semua bahan di atas dengan bawang yang ditumis tadi.

3. Bentuk kan begedil ikut citarasa masing-masing. Bulat kecil, bulat besar semua boleh.

4. Goreng! Siap!

Ini dia meatball yang aku buat bersaiz “S”😀

Meatball ni nak makan dengan apa eh? Spageti, mee goreng, nasi goreng, buat sandwich semua boleh. Sekarang aku tengah cari resipi untuk kuah dia. Kan yang macam kat IKEA tu ke, kuah blackpepper ke.

Note to Mama Yati: Kalau kau tau macam mana nak buat kuah dia, kobar2 kan kat eden yo!

3 thoughts on “Resipi: Meatball a.k.a Begedil daging

  1. yatie 22 September, 2008 / 10:56 am

    aisey…sdpanya tgk gmbo tuh…tp kt cni,xdela daging cincang yg halal…kalu aku ketuk2,cincang2,daging tuh,jadik x rsnya???

  2. whooz 23 September, 2008 / 12:08 am

    hehhehhe aku tak tau la jadi ke tak..dia kena kisar, ko try la blend ke..tapi kalau ko cincang sesungguh hati, boleh jadi jugak😀. Cincang sampai lumat!

  3. missquah 27 November, 2010 / 8:50 am

    resepi yg praktikal utk musim korban ni.byk daging dlm peti.guna itu je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s