Penin yok!

ɐɥɥɐɥɥɐɥɥɐɥ˙˙nʞɐ ʞɐʇo ɐlɐdǝʞ ıpɐɾ ƃuıuǝd ˙ıu ɥɐlɐ ɐpuǝq ɐʇdıɔuǝd ɐl lnʇǝq ɐlıƃ ǝɥǝɥɥǝɥǝɥ

ɐɯɐsɹǝq ƃuıuǝd ɥɐlıɹɐɯ

lɯʇɥ˙dılɟ/ɯoɔ˙pɐɟʌǝɹ˙ʍʍʍ//:dʇʇɥ

Advertisements

Jalan-jalan di Taiping

Hujung minggu yang lepas betul-betul sibuk buat aku 😛 . Balik je dari Melaka, aku pergi Taiping untuk wedding Shyameni. Tak boleh la kalau tak pergi. Dia antara ofismate aku yang terawal aku kenal sejak aku kerja di KL ni. Sebenarnya kan, kat ofis aku tu dulu, ramai sangatla yang belum kahwin. Macam ada sumpahan ke apa ntah. Bos pun risau staf-staf dia tak kahwin-kahwin. Hihihihi bos risau, kitaorang rilek je. Sampaikan bos pernah cakap “I should send you all out for more training. So you can meet people”. Hhehehhe baik betul bos. Ok back to Shyameni’s wedding.

Mengikutkan plan asal, bertolak dari KL pukul 8 la paling lewat. Tapi disebabkan problem Putra, aku terperangkap hampir 2 jam di stesen Putra. Ini ke public transport yg “depa” dok suruh rakyat naik tu?????? .  Pukul 9.30 aku jumpa Nadia di Terminal Putra dan terus ke Taiping. Memang dah tak sempat nak tengok upacara keliling-keliling api macam dalam citer hindustan tu dah. Pukul 12 sampai di Dewan Perbandaran Taiping. Aku suka suasana sekitar dewan tu. Cool giler. Kitaorang seolah-olah di “tawan” oleh sekumpulan gunung ganang. Tengok kanan, gunung, kiri gunung. Cuaca lembab je (ye la ni kan kawasan paling lembab di Malaysia). Syameni cantik betul (tapi semua pengantin orang cakap cantik kan). Tak pernah tengok dia make up gitu.


Shyameni dan Vinod


Bangunan depan dewan

Selepas berposing-posing, kitaorang chow la nak cari kedai makan. Huhuhuh catering dah tutup kedai dah kat dewan tu. Pernah dengar kueteow DOLI? Haaa aku pun tak pernah dengar. Dengar cerita rakyat setempat dan juga luar Taiping, kueteow ni amat femes di Taiping. Hasil bertanya sana sini, jumpa la jugak kedai tu. Cantik dekor kedai tu. Macam kedai kopi dulu-dulu.

Kueteow special 1! Selepas makan, aku tak rasa ini kueteow paling sedap di abad ini..hihihi..tapi yang special nya lauk dia punyala banyak. Setiap ceduk sudu, ada udang dan kerang. Sampaikan aku yang tak makan kerang ni, belasah je semua sebab tak larat nak asing dah. Harga? Special betul. Rm8 sepinggan. Ambik kau! Oklah kot, bayar harga lauk. Tapi serius, udang dia banyak giler dan segar.

Perut dah kenyang, kitaorang pusing-pusing Tasik Taiping, nak segarkan mata sket sebelum bertolak balik KL. Aku rasa macam dejavu bila sampai kat situ. Dejavu apanye..memang aku pernah gi tasik tu pun..hihihihihi..dah sampai, baru teringat aku pernah lepak-lepak kat situ time buat praktikal di USM Transkrian 5 tahun dulu. Cantik kawasan situ. Ada chalet jugak. Ada Bukit Larut. Aku plan satu masa nanti nak lepak kat chalet tu then naik Bukit Larut, masuk Zoo Taiping dan lepak-lepak kat tasik tuh.. wahhhh bestnyerrr..


Jalan di keliling tasik ni penuh dengan pokok-pokok tua ni


Percutian 1 hari di Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku pergi Melaka kali ni macam mengimbau memori cuti-cuti aku dan famili di Melaka sewaktu aku sekolah rendah/menengah dulu. Dulu masa kecik-kecik, famili aku suka sangat bawa gi jalan-jalan. Paling koman pun pegi main kat playground kat bandar..hehheh. Mungkin sebab tu, sekarang aku rasa gatal kaki je nak berjalan 😛 . Hampir 2 minggu aku buat research (hehehhe research la sangat nye) tempat-tempat best kat Melaka ni.  Akan datang mungkin akan ada Melaka Part II sebab ada lagi tempat yang aku tak sempat pergi dalam sehari tu.

Petang Jumaat, 17hb, kononnya nak bertolak seawal mungkin dari ofis. Tapi tak semudah itu aku dibenarkan berpoya-poya dihujung minggu. Gilerrr la lebih kurang pukul 4.00 ptg baru dapat keje yang memang tak boleh siap dalam masa sejam/dua jam. Sama juga dengan Amy, tetiba je dia dapat kerja last minit. Dengan macam-macam perasaan/sumpah seranah bermain di kepala, kitaorang berjaya juga siapkan. Lepas Maghrib baru bertolak. Sampai di Ayer Keroh, jumpa husband Fir dan kami menuju ke Umbai untuk makan malam. Kitaorang antara pelanggan yang akhir. Kosong je kedai. Orang dah lap-lap meja dah hehheh..

Tempat makan di Umbai dari atas menara

Nasib kitaorang tak berapa baik. Lauk kat kedai makan tu tak best langsung. Macam tak pandai masak je gayanya. Total kena bayar rm100 untuk 4 orang makan (selepas diberi diskaun rm9 sebab ikan pari bakar tu busuk). Malam tu bermalam di hotel Kampung Batu Gajah, Merlimau (hehhe actually rumah mertua Fir). Layanan 1st class (bab makan la nih). Rajin betul la mengirai roti jala pagi-pagi. Sarapan macam makan tengah ari. Aku belasah je semua, lagipun buat isi perut sebab hari tu memang aku dan Amy perlukan tenaga yang banyak 😛 .

Pukul 11, kitaorang start “The Amazing Race – Melaka”. Memang amazing la. Kalaula boleh macam ni every month, bahagianya idup..hahhaha.

Menara Jam Merah @ Stadhuys – tempat pertama kitaorang ronda


Kat Melaka pun ada kincir angin tau!


Dah penat ronda sini, lepak jap sambil makan cendol..nyum nyum! :). Harga rm1.40


Naik beca pusing-pusing bandar Hilir. Rm30 untuk lebih sejam


Kuat pakcik nih bawa beban seberat hampir 100kg


Destinasi seterusnya – Muzium Samudera. Tiket rm3. Di sekitar muzium ni ada lagi 2 muzium dan kita boleh guna tiket yang sama untuk masuk


Ada Hang Tuah


dan juga Alfonso de albuquerque


Underneath pokok melaka 😛


Seterusnya di Kota A Famosa. Seingat aku, dulu-dulu kita boleh naik kereta lembu di depan kota ni. Tapi sekarang semua lembu telah berhijrah ke Ayer Keroh


Menara Taming Sari – syok ooo naik menara berputar ni. Tiket rm10 untuk warganegara Malaysia


Dari atas menara – nun jauh di sana tu Eye Of Malaysia yang dibawa dari KL


Hop-on-bus yang bawa kita ke banyak tempat-tempat menarik. Tiket rm5


Destinasi terakhir, menyusuri sungai melaka @ Melaka River Cruise di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Syok jugak tapi ada sikit bau laaaa. Dengar cerita, kalau malam lagi best sebab ada lampu-lampu hiasan. Tiket rm5


Perjalanan sejauh 9km (kalau tak silap laaa) dan mengambil masa 45 minit (pergi balik). Di sepanjang sungai ni, ada deretan kedai makan. Macam mana eh boleh makan sedangkan bau tu menusuk-nusuk


Rumah di Kampung Morten – sambil naik bot, kitaorang melepasi satu kawasan kampung. Semua rumah di situ unik-unik designnya. Next time aku nak pergi, ambil gambar sebiji-sebiji. Memang Melayu habisla design rumah kat situ.

Sekian, mungkin akan datang ada Melaka Part II. Lain-lain gambar aku letak di sini

Better Together :)

Mari-mari layan lagu ini banyak best 🙂

Better Together – Jack Johnson (sorry aku tak kenai sapa)

There’s no combination of words
I could put on the back of a postcard,
No song that I could sing
But I can try for your heart,
Our dreams, and they are made out of real things,
Like a shoebox of photographs,
With sepiatone loving,
Love is the answer
At least for most of the questions in my heart ,
Like why are we here? And where do we go?
And how come it’s so hard?
It’s not always easy,
And sometimes life can be deceiving,
I’ll tell you one thing, its always better when we’re together

MMM, it’s always better when we’re together
Yeah, we’ll look at the stars when we’re together
Well, it’s always better when we’re together
Yeah, it’s always better when we’re together

And all of these moments
Just might find their way into my dreams tonight
But I know that they’ll be gone,
When the morning light sings
And brings new things,
But tomorrow night you see
That they’ll be gone too,
Too many things I have to do,
But if all of these dreams might find their way
Into my day to day scene
I’ll be under the impression,
I was somewhere in-between
With only two,
Just me and you
Not so many things we got to do,
Or places we got to be
We’ll sit beneath the mango tree now

Yeah, it’s always better when we’re together
MMM, We’re somewhere in-between together
Well, it’s always better when we’re together
Yeah, it’s always better when we’re together

Mmmmm Mmmmm Mmmmm
I believe in memories
They look so, so pretty when I sleep
Hey now, and when, and when I wake up,
You look so pretty sleeping next to me
But there is not enough time,
And there is no, no song I could sing
And there is no combination of words I could say
But I will still tell you one thing,
We’re better together

Raya tahun ini (di KL)

Disebabkan tahun ni aku kurang beraya di kampung, sampai KL aku berharapla ada orang jemput pergi open house atau ada kawan-kawan aku yang free, boleh aku pi rumah diorang. 😀 . Aku sms Bid, cakap nak pergi rumah dia. Rezeki aku la, dia kerja halfday Sabtu lepas. Aku pun pergila beraya (kalau pergi dalam bukan bulan Syawal, menziarah la namanya tu..hehhe). Lagipun lama giler aku tak jumpa Bid. Janji nak tengok baby Adham hampir setahun yang lepas, sekarang baru aku dapat pergi. Bid pun tengah pregnen baby ke-2. Borak-borak sambil makan nasi lauk sup tulang. Fuhhh feveret aku tu tau Bid! Lepas makan borak lagi, lepak-lepak main dengan Adham (geramnye Adham jual mahai ngan aku 😛 ). Bestla borak kisah lama. Dah masuk 12 tahun kan Bid. Hmm kejap je. Kawan-kawan yang dah kahwin sekarang tengah tunggu masa untuk 2nd baby. Korang nih, semusim je 😛 .

Destinasi seterusnya, Batu Caves. Ahad tu ofismate ada buat open house. Alhamdulillah, kenyang makan sampai tak makan malam tuh. Unbelievable! Nasi Bukhari, laksa (again, feveret aku nih) dan sate memang sedap! Selepas sesi berfoto, kami pun balik meredah jam yang tak ingat dunia tu.

tuan rumah: Murni (si baju hijau)

Isnin, open house di rumah mertua Jijah. Rezeki datang berduyun-duyun, hehehe. Menu: Nasi tomato. Walawwehhhh..berbaloi la meredah hujan lebat serta petir sabung menyabung. Tq ye makcik. Memang sedap! Next time kalau buat lagi, jemputlah lagi 😀 .

Sabtu dan Ahad akan datang pun ada jemputan open house. 1 di Kajang, lagi 1 di Bukit Antarabangsa. Alaaa rugila tak dapat pergi sebab aku ada agenda lain untuk 2 hari tu. Sabtu: Cuti-cuti Melaka dan Ahad: Cuti-cuti Taiping..hahhahha..x pe la next time aku pergi menziarah walaupun x de open house 😛 .

Raya tahun ini

Tanah Merah – KL = 13 jam????

Serik dah. Next year, abah kata balik raya naik keta, nak balik KL, naik flight/tren. Kemudian-kemudian balik ambil kereta ke KL. Heeheheeh pak pandir betul! Aku memang dah agak akan menempuh jem yang amat tapi jadual memang dah tak boleh ubah.

Raya tahun ni paling kurang pergi beraya. Aku pun pelik. Selalunya 1st day raya dah keluar sampai malam. Hari-hari berikutnya pun macam tu. Kebiasaan raya ke 3 atau ke 4 giliran orang datang ke rumah. Mungkin kah sebab baju raya tak sempat siap?? huhuhuhuhu selai je sempat siap. Nasib baik aku bawa balik baju spare. Tahun ni paling sikit rumah aku pergi beraya. Adala dalam 6 buah je. Itupun raya kedua je.

Selebihnya aku lepak rumah. Bosan-bosan! So tak ada apa sangatla kisah raya tahun ni. Gossip pun tak de. Gambar raya ada la sket. Raya haji akan datang mungkin lebih meriah. Sebab makcik pakcik aku balik beraya di kampung. So, ramai sikitla kekanak yang suka buat bising. Baru meriah. Okeh, tunggu raya haji la pulak 😉

~warga perempuan keluarga en.fauzi~

~warga lelaki keluarga en.fauzi~

~keluarga en.fauzi~
Gambar ni betul-betul menjejaskan kredibiliti aku sebagai kakak sulung. Tengok, aku paling rendah!!!!!