Percutian 1 hari di Melaka Bandaraya Bersejarah

Aku pergi Melaka kali ni macam mengimbau memori cuti-cuti aku dan famili di Melaka sewaktu aku sekolah rendah/menengah dulu. Dulu masa kecik-kecik, famili aku suka sangat bawa gi jalan-jalan. Paling koman pun pegi main kat playground kat bandar..hehheh. Mungkin sebab tu, sekarang aku rasa gatal kaki je nak berjalan😛 . Hampir 2 minggu aku buat research (hehehhe research la sangat nye) tempat-tempat best kat Melaka ni.  Akan datang mungkin akan ada Melaka Part II sebab ada lagi tempat yang aku tak sempat pergi dalam sehari tu.

Petang Jumaat, 17hb, kononnya nak bertolak seawal mungkin dari ofis. Tapi tak semudah itu aku dibenarkan berpoya-poya dihujung minggu. Gilerrr la lebih kurang pukul 4.00 ptg baru dapat keje yang memang tak boleh siap dalam masa sejam/dua jam. Sama juga dengan Amy, tetiba je dia dapat kerja last minit. Dengan macam-macam perasaan/sumpah seranah bermain di kepala, kitaorang berjaya juga siapkan. Lepas Maghrib baru bertolak. Sampai di Ayer Keroh, jumpa husband Fir dan kami menuju ke Umbai untuk makan malam. Kitaorang antara pelanggan yang akhir. Kosong je kedai. Orang dah lap-lap meja dah hehheh..

Tempat makan di Umbai dari atas menara

Nasib kitaorang tak berapa baik. Lauk kat kedai makan tu tak best langsung. Macam tak pandai masak je gayanya. Total kena bayar rm100 untuk 4 orang makan (selepas diberi diskaun rm9 sebab ikan pari bakar tu busuk). Malam tu bermalam di hotel Kampung Batu Gajah, Merlimau (hehhe actually rumah mertua Fir). Layanan 1st class (bab makan la nih). Rajin betul la mengirai roti jala pagi-pagi. Sarapan macam makan tengah ari. Aku belasah je semua, lagipun buat isi perut sebab hari tu memang aku dan Amy perlukan tenaga yang banyak😛 .

Pukul 11, kitaorang start “The Amazing Race – Melaka”. Memang amazing la. Kalaula boleh macam ni every month, bahagianya idup..hahhaha.

Menara Jam Merah @ Stadhuys – tempat pertama kitaorang ronda


Kat Melaka pun ada kincir angin tau!


Dah penat ronda sini, lepak jap sambil makan cendol..nyum nyum!🙂. Harga rm1.40


Naik beca pusing-pusing bandar Hilir. Rm30 untuk lebih sejam


Kuat pakcik nih bawa beban seberat hampir 100kg


Destinasi seterusnya – Muzium Samudera. Tiket rm3. Di sekitar muzium ni ada lagi 2 muzium dan kita boleh guna tiket yang sama untuk masuk


Ada Hang Tuah


dan juga Alfonso de albuquerque


Underneath pokok melaka😛


Seterusnya di Kota A Famosa. Seingat aku, dulu-dulu kita boleh naik kereta lembu di depan kota ni. Tapi sekarang semua lembu telah berhijrah ke Ayer Keroh


Menara Taming Sari – syok ooo naik menara berputar ni. Tiket rm10 untuk warganegara Malaysia


Dari atas menara – nun jauh di sana tu Eye Of Malaysia yang dibawa dari KL


Hop-on-bus yang bawa kita ke banyak tempat-tempat menarik. Tiket rm5


Destinasi terakhir, menyusuri sungai melaka @ Melaka River Cruise di Taman Rempah, Pengkalan Rama. Syok jugak tapi ada sikit bau laaaa. Dengar cerita, kalau malam lagi best sebab ada lampu-lampu hiasan. Tiket rm5


Perjalanan sejauh 9km (kalau tak silap laaa) dan mengambil masa 45 minit (pergi balik). Di sepanjang sungai ni, ada deretan kedai makan. Macam mana eh boleh makan sedangkan bau tu menusuk-nusuk


Rumah di Kampung Morten – sambil naik bot, kitaorang melepasi satu kawasan kampung. Semua rumah di situ unik-unik designnya. Next time aku nak pergi, ambil gambar sebiji-sebiji. Memang Melayu habisla design rumah kat situ.

Sekian, mungkin akan datang ada Melaka Part II. Lain-lain gambar aku letak di sini

4 thoughts on “Percutian 1 hari di Melaka Bandaraya Bersejarah

  1. Dalin 30 October, 2008 / 3:17 pm

    Tak patut betul pegi buli pakcik tu macam tu. kesian dia…
    saya simpati pada pakcik beca…

  2. whooz 3 November, 2008 / 8:58 am

    sebenarnya pakcik tu yang minta dibuli. kami kesian, so kami buli la beliau

  3. wan 26 October, 2010 / 2:35 am

    1) Jangan pergi makan ikan bakar di ikan bakar terapung tu.. sebap
    – memang tak sedap dan hari2 tertentu sahaja dia ramai pelangan, bila ramai pelanggan, baru ada sedap tapi itupun tgk kedai.. org melaka tak pergi makan kat situ.. tak best, mahal dan tak sedap..
    2)lain kali naik river cruise pada waktu malam.. memang memukau pandangan mata…
    3) ada banyak lagi tmpt2 menarik di melaka ini.. so have funn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s