Jalan-jalan di Taiping

Hujung minggu yang lepas betul-betul sibuk buat aku😛 . Balik je dari Melaka, aku pergi Taiping untuk wedding Shyameni. Tak boleh la kalau tak pergi. Dia antara ofismate aku yang terawal aku kenal sejak aku kerja di KL ni. Sebenarnya kan, kat ofis aku tu dulu, ramai sangatla yang belum kahwin. Macam ada sumpahan ke apa ntah. Bos pun risau staf-staf dia tak kahwin-kahwin. Hihihihi bos risau, kitaorang rilek je. Sampaikan bos pernah cakap “I should send you all out for more training. So you can meet people”. Hhehehhe baik betul bos. Ok back to Shyameni’s wedding.

Mengikutkan plan asal, bertolak dari KL pukul 8 la paling lewat. Tapi disebabkan problem Putra, aku terperangkap hampir 2 jam di stesen Putra. Ini ke public transport yg “depa” dok suruh rakyat naik tu?????? .  Pukul 9.30 aku jumpa Nadia di Terminal Putra dan terus ke Taiping. Memang dah tak sempat nak tengok upacara keliling-keliling api macam dalam citer hindustan tu dah. Pukul 12 sampai di Dewan Perbandaran Taiping. Aku suka suasana sekitar dewan tu. Cool giler. Kitaorang seolah-olah di “tawan” oleh sekumpulan gunung ganang. Tengok kanan, gunung, kiri gunung. Cuaca lembab je (ye la ni kan kawasan paling lembab di Malaysia). Syameni cantik betul (tapi semua pengantin orang cakap cantik kan). Tak pernah tengok dia make up gitu.


Shyameni dan Vinod


Bangunan depan dewan

Selepas berposing-posing, kitaorang chow la nak cari kedai makan. Huhuhuh catering dah tutup kedai dah kat dewan tu. Pernah dengar kueteow DOLI? Haaa aku pun tak pernah dengar. Dengar cerita rakyat setempat dan juga luar Taiping, kueteow ni amat femes di Taiping. Hasil bertanya sana sini, jumpa la jugak kedai tu. Cantik dekor kedai tu. Macam kedai kopi dulu-dulu.

Kueteow special 1! Selepas makan, aku tak rasa ini kueteow paling sedap di abad ini..hihihi..tapi yang special nya lauk dia punyala banyak. Setiap ceduk sudu, ada udang dan kerang. Sampaikan aku yang tak makan kerang ni, belasah je semua sebab tak larat nak asing dah. Harga? Special betul. Rm8 sepinggan. Ambik kau! Oklah kot, bayar harga lauk. Tapi serius, udang dia banyak giler dan segar.

Perut dah kenyang, kitaorang pusing-pusing Tasik Taiping, nak segarkan mata sket sebelum bertolak balik KL. Aku rasa macam dejavu bila sampai kat situ. Dejavu apanye..memang aku pernah gi tasik tu pun..hihihihihi..dah sampai, baru teringat aku pernah lepak-lepak kat situ time buat praktikal di USM Transkrian 5 tahun dulu. Cantik kawasan situ. Ada chalet jugak. Ada Bukit Larut. Aku plan satu masa nanti nak lepak kat chalet tu then naik Bukit Larut, masuk Zoo Taiping dan lepak-lepak kat tasik tuh.. wahhhh bestnyerrr..


Jalan di keliling tasik ni penuh dengan pokok-pokok tua ni


4 thoughts on “Jalan-jalan di Taiping

  1. murniDOTorg 30 October, 2008 / 3:25 pm

    oh huzz~~
    aku n family pon penah 2,3 kali kot p kat tasik tuh
    penah dganggu oleh beruk kat situ y berebut air kotak soya jugaaaaakk haha
    mmg besh la taiping
    sukeeeeeeeeeee sgt sgt sgt huhu

    kalo ko wat plan p bukit larut n tdo ats tuh, mmg aku stuju aja~~ hihi

  2. whooz 1 November, 2008 / 3:51 pm

    okeh dah ada sorang ahli😛

  3. zafa 27 October, 2009 / 1:07 am

    Okla kat Taman Tasik Taiping. Pemandangan memang cantik, nyaman. Memang sesuai sebagai tempat berekriasi. Setiap minggu saya akan berkunjung ke sini bersama keluarga. Ada tempat permainan untuk kanak-kanak. Dan yang paling bagus, tempat ini sentiasa terpelihara kebersihannya.

  4. mr.ham 21 February, 2011 / 11:23 pm

    Eh i kenal Syameni ni…mana dia kerja skarang?
    suruh dia email saya la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s