Cakap handfon tak boleh kan semasa memandu, kalau ambil gambar????

Semalam aku buat detour yang mana aku telah terperangkap dalam jam yang amat teruk. Silap betul la pilih jalan tu. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit dari ofis ke rumah, sejam jadinya. Dahla Mr D aku kena langgar dengan mat moto mana ntah. Siot betul la lu! Tetiba je aku terlepas cakap dalam hati selamat sampai la kau kat rumah! dengan nada sinis. Dan dengan tiba-tiba jugak aku tarik balik kata-kata aku..hehhee..

Apa yang selalu orang buat kalau terperangkap dalam jam? Kalau dalam kereta tu ada 2-3 orang okla, boleh sembang, ngumpat ke apa yang patut. Kalau sorang??? Semalam aku sorang-sorang, aku on radio/cd dengan volume yang kuat dan menyanyi bersama 😀 . Berduet dengan Acha dan Irwanshah (My Heart), boleh la dikatakan suara aku lebih menonjol dari diorang. Tapi bila part berduet dengan Rossa (Ayat-Ayat Cinta), hancussss suara aku ditenggelami oleh suara Rossa yang sedap tuh 😛 . Habis nyanyi soundtrack MH dan AAC, aku masih lagi bosan dalam jam tu. Tetiba ada mentol menyala, ting!..hehehhe..

Kalau kita bercakap handphone semasa memandu, sure polis tahan kan? Kalau guna kamera sambil memandu??? Haaa inila yang aku buat semalam. Hehehhehe..syok jugak. Tapi AWAS! Kalau terleka sekelip mata sahaja pun, anda boleh tercium bontot kereta depan 😛 .


Ini di depan LRT Bandaraya


Ini pulak time lampu merah di depan tokong cina besar (menuju ke jalan loke yew)


Ini traffic light dekat rumah (pun jam jugak)

Sekali lagi mentol menyala di kepala aku. Apa kata aku rekod video perjalanan aku pergi /balik ofis 😀 . Disebabkan bateri dan memori tak mencukupi, aku postpone projek tu…hehheh..next time ye 😉 .

Homework saya dah siap Cikgu Murni!

1.Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
~Kesihatan tubuh badan dan akal fikiran yang waras supaya aku menjadi anak, kakak, sahabat, gf, isteri, pekerja, makhluk Allah yang gemilang

2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
~
Selotep kotak dan marker pen petang tadi

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan anda?
~
Nikah di masjid dan kenduri di rumah famili aku

4. Berapa lama anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
~
Hubungan darah, sampai bila-bila

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
~
Aku Dibius Cinta

6. Dimanakah restoran terakhir anda makan malam?
~
Memandangkan aku jarang sekali dinner di luar (selalu kat ruang tamu rumah jeee), so soalan ni tak relevan. Tapi kalau nak jugak jawab, seingat aku makan malam di restoren ikan bakar Umbai, Melaka bulan lepas.

7. Namakan buku terakhir yang anda beli?
~
Reader’s Digest issue November (langgan pun beli jugak kan)

8. Apakah nama penuh anda?
~
Sila rujuk IC atau surat beranak aku

9. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
~
Nak mintak tolong senang dengan abah, nak mintak jahit baju senang mintak dengan ma

10. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
~
Tak boleh nak namakan, terlalu ramai untuk berjumpa pertama kalinya

11. Christina atau Britney?
~
Britney sebab dia memang hebat boleh merokok sambil menggendong baby

12. Adakah anda mencuci pakaian anda sendiri?
~
Ya, aku menggunakan mesin pencuci pakaian

13. Tempat yang paling seronok anda mahu pegi?
~
Mana-mana tempat orang kata seronok, aku nak pergi.

14. Pelukan atau ciuman?
~
Aku nak dalam pakej

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda
~Namanya Nur Murniwati
~Ayahnya Abd Majid
~Beliau ofismate aku
~Rumah beliau di Gombak
~Beliau selalu kena buli di ofis

16. Perkara yang amat saya sukai (sukahati aku edit eh..hahhaha)
~Berjalan-jalan ke tempat orang
~Mendengar lagu
~Makan

17. Perkataan yang sering di ucapkan (sukahati aku edit eh..hahhaha)
~Allahu Akbar (melatah)
~ooooooo (mengiyakan/memahami)
~ok (merespon)

18. Buku yang paling terbaru di baca (sukahati aku edit eh..hahhaha)
~Buku servis kereta
~Reader’s Digest issue November

19. Lagu yang boleh saya dengar berulang kali (sukahati aku edit eh..hahhaha)
~Happy Birthday

19. Perkara saya pelajari tahun lalu (sukahati aku edit eh..hahhaha)
~Kerjalah dengan tekun, bonus menanti..hahhahahha

20. Mangsa tag seterusnya
~Cikgu whooz nak cuti, so tak de homework!

Bebel

Membebel atau dalam dialek Kelantan belebe , adalah satu benda yang aku paling tak suka (rasanya semua orang tak suka). Tak kira la si pembebel tu ma aku ke, cikgu ke, bos ke, kawan ke sape2 la. Aku akan dengar sekali lalu je. Adalah bernasib baik bagi si pembebel tu jika aku pandang muka dia dan dengar. Kalau tak nasib baik, aku buat kerja aku, pandang tempat lain, berkhayal sorang-sorang sambil si pembebel tu terus cot cet cot cet. Adakalanya si pembebel tu tak tuju kat aku, tetapi bila aku berada di lingkungan yang bebelan itu didengari, aku cukup rimas. Ishh tak penat ke dia ni bercakap. Tolonglaaaa..jangan membebel banyak-banyak boleh tak. Otak tak boleh nak proses input banyak-banyak macam tu. Kalau dalam kawad pun, tak silap aku kita patuh pada arahan yang terakhir je. Walaupun permulaan arahan kata “angkat tangan sambil pejam mata, dari kiri jalan!” (command kawad yang direka semata-mata), kiri jalan je, tak perlu nak angkat tangan sambil pejam mata apa semua. So nak bebel pun, make it simple la.

Kesimpulannya, siapa-siapa yang nak membebel kat aku atau kata lain menasihati aku, sila pastikan ayat anda short and sweet okay!

Habis dah…

Semalam aku kecewa betul. Ye la aku paham, kita boleh merancang. Dia yang tentukan. Tapi macam tak boleh terima la. Memang silap ambil flight memang satu silap besar dalam mana-mana race. Tak semestinya race, kalau tertinggal flight time nak balik kampung pun, tak ke frust. Aku pernah dengar/baca ntah, kalau perjalanan kita menaiki kapal terbang, dan kita termissed flight tu, itu memang satu perkara yang bodoh yang pernah berlaku! (kecuali sebab kecemasan tertentu la).

Part tayar kereta Ida n Tania, terbenam kat pasir, aku dah cuak. Rasa macam dah takde harapan (memang pun). Tapi diorang dapat kejar balik bila sampai kat airport. Tapi naik flight lain la pulak. Diorang sepatutnya naik flight yang sama. At least ketiga-tiga team dalam flight yang sama. Tak de la cuak sangat. Nanti sampai di Phuket, lain citer la pulak. Dah sampai tahap ni, aku dah kecewa sedikit demi sedikit, tapi masih berharap Ida dan Tania dapat kejar (dengan harapan task yg bakal Sam n Vince dan Geoff n Tish jumpa tu susah giler). Macam something like kena guna otak atau IQ atau knowledge (macam last season punya last task yang main teka bendera tu).


saat ini aku memang tak senang duduk

Keseluruhannye, semalam punya task takde la mencabar. Guna tenaga dan nasib je. Ini analisis aku la 😛 :

1) Untuk dapatkan klu, kena tunggu masa operasi (Ni memang merugikan team yang lead dan menguntungkan team yang kena penalty 4 jam tu. Bunyi seperti bias kat sini hehehhe. Bukan apa aku rasa macam tak adil kalau untuk dapat next klu, kena pergi tempat yang ada masa beroperasi ni sebab dia akan kurangkan gap)

2) Tarik unta (Nasib la kalu dapat unta in good mood, boleh la tarik 10 ekor ke apa, kalau yang degil tu, susah la)

3) Cari kunci dalam pasir (Pun ikut nasib jugak. Nasib baik jumpa awal dan betul, dapatla bukak kotak tu dulu)

4) Flight ke Phuket (Yang ni aku tak rasa nasib. Ni kena main otak jugak ni. Keputusan yang tepat, hasil yang bagus. Silap percaturan, habis!)

5) Cari kiub (Sama la nasib jumpa awal, dapat awal)

6) Cari kulit tiram bertanda atau tiram gergasi tu (Sapa bernasib baik, jumpala tiram gergasi yang dok di permukaan air je. Tak yah nak selam beriya. Yang cari kulit tiram bertanda tu pulak, bergantung pada nasib jugak tapi part kena naik kayak tu ok la. Sebab sapa tak tau nak kendali kayak tu, sorry la)

7) Korek cari peti harta karun (Guna kekuatan je. Sapa yang dah tak de tenaga, x boleh la buat ni)

Pagi tadi aku mimpi, peti harta karun yang Ida n Tania korek-korek tu, kecik je, ringan je, senang diorang bawa ke pitstop 😛 (sampai mimpi siot!). Lepas ni aku nak layan apa eh Khamis malam????? Niang Rapik???

Entry sebelum start keje

Nak cari mood nak start kerja sebenarnya nih.

Ini gambar workstation aku di rumah. Serabut kan? Nampak macam orang busy kan? Atau nampak macam orang malas? Meja aku ni, susah sangat nak kemas. Sekali aku kemas, memang tahap A++++ punya la. Tapi tak tahan lama. Tahan dalam 3 hari kot 😀 .

Ada 3 ekor binatang yang sentiasa menemani aku en.buaya darat dari US, en.koala bear yang panjat tak sampai-sampai pun dari Australia dan en.Ostrich mereng dari Port Dickson. Aku panggil dia mereng sebab bulu dia berceracak tak terurus macam orang 3/4.

Ubatan atau barang penjagaan diri pun harus ada di atas meja aku. Minyak urut kayu merah (berguna time aku sakit perut tapi masih mau online), J&J Baby Oil (aku suka suki letak baby oil kat rambut bila-bila masa), Silky Girl Perfume (suka suki jugak nak sapu bila-bila masa), Ameltz Yoko-Yoko (yang ni amat penting sebab aku selalu lenguh bahu) dan kepit rambut (benda ni wajib kelihatan di mata kasar aku, kalau hilang aku jadi bad mood..hahahahha). Haa lagi satu bola tension (berguna bila aku online sambil tension. Picit2 bola ni, tak pun baling2 kat dinding dan tangkap. Kalau tak dapat tangkap, lagi tension!)

Last sekali, kertas kira hutang. DIsebabkan aku la yang membayar segala bil kat rumah ni, kertas ni amatla perlu untuk aku catat hutang-hutang housemate yang perlu bayar kat aku.

Okeh, sekian dulu. Nak sambung kerja..sebelum tu, gi toilet jap 😉 .

You wanna be happy?

Aku terjumpa liric lagu ni kelakar nye..(gelak la..gelak laaa)

jimmy_soul_if_u_wanna_be_happy

Jimmy Soul – If you wanna be happy

(Hey, yeah. C’mon.)

[Backup:]
If you wanna be happy for the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife.
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you.

[Jimmy & Backup:]
If you wanna be happy for the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife.
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you.

[Jimmy:]
A pretty woman makes her husband look small.
And very often causes his downfall. (Hey!)
As soon as he marries her, then she starts,
To do the things that will break his heart.

But if you make an ugly woman your wife,
You’ll be happy for the rest of your life.
An ug-a-ly woman cooks your meals on time,
An she’ll always give you peace of mind.

[Jimmy & Backup:]
If you wanna be happy for the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife.
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you.

[Instrumental break with vocalizations.]

[Jimmy:]
Don’t let your friends say you have no taste,
Go ahead and marry anyway. (Hey!)
Though her face is ugly, her eyes don’t match,
Take it from me, she’s a better catch.

[Jimmy & Backup:]
If you wanna be happy for the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife.
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you.

[Man #1:] Say, man.
[Man #2:] Say, baby.
[Man #1:] I saw your wife the other day.
[Man #2:] Yeah?
[Man #1:] Yeah, and she’s UGLEEE!
[Man #2:] Yeah, she’s ugly, but she sure can cook, baby.
[Man #1:] Yeah, alright.

[Jimmy & Backup:]
If you wanna be happy for the rest of your life,
Never make a pretty woman your wife.
So from my personal point of view,
Get an ugly girl to marry you.

[Jimmy & (Backup):]
(If you wanna be happy for the rest of your life,)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
(Never make a pretty woman your wife.)
Yeah, yeah, yeah, yeah-yeah yeah-yeah.
(So from my personal point of view,)
(Get an ugly girl to marry you.)

(If you wanna be happy for the rest of your life,)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
(Never make a pretty woman your wife.)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
(So from my personal point of view,)
(Get an ugly girl to marry you.)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
[Fade.]
(If you wanna be happy for the rest of your life,)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
(Never make a pretty woman your wife.)
Yeah, yeah, yeah, yeah.
(So from my personal point of view…)

Let’s move it, let’s move in

Ok, mulai hari ni  aku rasa aku dah boleh senyum lebar, tidur lena, makan kenyang, mandi basah dan macam-macam la yang baik-baik semuanya. Sebabnya satu-satunya masalah yang memeningkan kepala otak aku dah settle. Aku dah jumpa rumah baru untuk disewa, yeayyy! Aku dah jumpa budak yang nak sewa bilik aku sekarang ni, yeayyy!

Rumah baru tu nampak ok, yang penting rumah atas tanah. Dah tak de lif-lif lagi. Tuan rumah, Ah Foo pun nampak ok, jiran lagi ok sebab kawan Siti (thanks Siti kenalkan Ju tu), kawasan tu sekeliling pun ok. Cuma satu je yang aku tak nampak, taman rekreasi untuk aku joging during weekend nanti. Sekarang otak aku tengah ligat memikirkan macam mana nak susun atur bilik, ruang tamu dan dapur 😀 . Jom pindah!

Lepas tengok rumah tadi, pergi tonton Madagascar pulak. I like to move it move it! Movie pertama selepas sekian lama aku tak tengok wayang. Terakhir seingat aku sebelum puasa, tak ingat dah movie apa. Pendapat aku, Madagascar 2 ni tak sebest yang pertama. Mungkin sebab jalan cerita agak serius. Penuh dengan emosi. Biasala bila anak yang terpisah, terjumpa balik secara tak sengaja, harapan si bapa si anak boleh menjadi pengganti tapi lain pula jadinya. Tapi kisah si Alex pandai menari tapi tak pandai berlawan tu, macam ala-ala Happy Feet pula (pandai menari tak pandai menyanyi). Aku terfikir, semua parents kat dunia ni ada cita-cita untuk anak diaorang. Ada harapan tinggi untuk anak tu jadi itu, jadi ini bila besar nanti. Kalau sorang ok la, kalau ramai-ramai sampai berbelas tu, macam mana eh? As for my parents, aku tau aku dah gagalkan impian diorang, maaf aku tak mampu nak penuhi 😦 .  Tapi tak semestinya tak dapat penuhi impian diorang, kita tak boleh banggakan diorang kan? Apa yang aku boleh buat sekarang, jadi seorang anak yang taat pada parents aku 😉 .

Ok, jom layan lagu nih, tadi dalam Madagascar 2 tu, si peguin yang bijak bistari tu mainkan kaset lagu ni 🙂 .