Rutin

Bila Jijah ajak joging petang-petang lepas habis waktu ofis, aku terus setuju. Sebabnya aku dah boring giler buat benda yang sama 5 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun dan hampir 5 tahun rutin aku sama je. Wahhhh boring giler. Sejak tahun pertama aku kerja kat KL ni, rutin aku pagi keluar pergi kerja, petang atau malam balik rumah. Malam tengok tv dan tido. Esoknya ulang balik. Weekend balik kampung atau lepak je kat rumah. Nak keluar berpoya-poya dah tak larat. Sehinggakan aku sambung buat master semata-mata nak lari dari rutin yang sama.

So untuk 2 tahun selepas tu, ativiti aku dah lain la sikit. Seronok. Weekdays kerja bermati-matian, weekend belajar bersungguh-sugguhan (ye la bersungguh sangatla tu). Habis belajar tahun lepas, rutin aku dah kembali sama seperti tahun pertama aku di KL dulu. Tapi orang asyik kata best giler dok KL ni, tak sempat nak rasa bosan, rasa sunyi. Apsal aku tak rasa macam tu? Mungkin juga aku tak pandai cari ruang untuk berseronok. Tapi kadang-kadang aku rasa macam jiwa aku tak sesuai kat sini. Nasib baikla aku dikelilingi kawan-kawan yang berperangai agak sopan dan perangai yang masih boleh diterima akal. Kalau la jenis ntah apa-apa, sure aku tak lama kat sini. Dah lama abah aku panggil balik agaknya.
Sebab tu juga aku rasa aku perlu berpindah rumah, hehehehhe. Nak tukar angin sikit. Nak tukar jiran (macamla aku kenal sangat jiran sekarang), nak tukar pak guard, nak tukar tokei kedai runcit. Nak tukar segala-galanya.

One thought on “Rutin

  1. murniDOTorg 12 November, 2008 / 7:01 am

    “Nasib baikla aku dikelilingi kawan-kawan yang berperangai agak sopan dan perangai yang masih boleh diterima akal.”

    mekacih huzz cakap aku agak sopan dan perangai masih boleh dterima akal.
    hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s