Lu kena beb! atau apa2 je la yg sewaktu dengannye

Semalam aku tengok movie, Stranded, di channel Hallmark, . Kisah satu geng pempuan ni yang nak prank kawan diorang yang akan berkahwin tak lama lagi. Kekonon kat hen party yang diaorang buat di satu pulau tu nanti sorang demi sorang geng pempuan tu kena culik, dan tinggal la pempuan yang nak kahwin tu sorang2. Kalau sampai sudah pempuan nak kahwin tu tak tau, dia dapat la duit. Tu kira hadiah perkahwinan untuk pempuan tu la. Ni macam reliti show la kot. Tapi prank tu bertukar menjadi betul punya kes. 3 orang kawan diorang kena culik dan kena bunuh. At the end dapat tau yang ex-bf pempuan yang nak kahwin tu punya kerja sebenarnya. Dialah dalang yang offer kat bebudak pempuan tu untuk buat “realiti show” tu. Psiko punya ex-bf, dia nak bunuh semua kawan2 ex-gf dia termasuk ex-gf nye jugak sebab bebudak pempuan tu la penyebab diorang clash. Tapi ending sure best la walaupun 3 orang kawan diorang mati, lelaki tu pun mati jugak, kena tembak.

Apa yang aku nak tulis kat sini sebenarnya pasal prank-memprank ni la. Dari gurau-gurau, jadi serius siot. Dulu-dulu time kat asrama, memang suka sangatla memprank orang. Especially time besday. Maybe sebab bosan kot, tak tau nak buat apa. Kalau tengok member kena, fuhh best gilerr dok gelak. Kalau kena kat diri sendiri, terima je laaa😛 . Ada satu plan yg aku dan geng nak buat tapi terpaksa di kansel akhirnya. Kawan aku, N akan sambut besday dan dia ni amatla manja dengan bf nye. Kami dapat tau yg bf dia nak datang Penang untuk celebrate besday dia. Jauh tu dari KL, bagusnye encik bf😛 (kini dah jadi suaminye dah). Plan aku dan geng ialah, nak contact bf dia, suh cakap tak jadi datang tetapi datang jugak buat surprise!. Kitaorang akan jumpa encik bf tu dulu, kemudian bawakla jumpa dengan N. Surprise la konon. Padahal kitaorang langsung tak pernah tengok muka encik bf tu. Kitaorang cuma describe kan kitaorang ni macam mana. Tinggi, kurus, gemuk, putih, gelap😀 .

Tiap petang habis training hoki, N akan singgah di pondok telefon untuk telefon bf nye. Kat situla, kitaorang menspy nombor telefon bf nye itu. Tiap malam time prep di library (kitaorang gilir dengan boys prep kat kelas atau library), mesti aku dan geng dok sama-sama dan merangka plan kitaorang tu. N memang tak tau langsung.

Kitaorang call encik bf dan mulanya dia setuju. Dia pun nak la buat surprise kat gf nye kan. Ada satu malam tu, N sedih-sedih bagitau kitaorang yang encik bf tak jadi datang. Kitaorang pun tumpang sedihla (dalam hati dah tersenyum lebar dah, nak gelak berdekah-dekah pun ye jugak). Tup-tup beberapa hari sebelum hari kejadian, encik bf kata tak nak buat. Adoiiiii habis plan. Dah pujuk apa semua dah, dia tak mau jugak. Hmmm maka tamat kat situ je la plan kitaorang berminggu-minggu. Selepas besday N, kami bagitau N plan yang tak jadi tu. Mengamuk N, hihhihi nasib baik tak jadi. Kalu jadi, N kata maybe putus kawan! erkkk…

Sekian kisah lu kena beb! yang tak jadi😛

2 thoughts on “Lu kena beb! atau apa2 je la yg sewaktu dengannye

  1. murniDOTorg 14 November, 2008 / 6:27 am

    hahahahhaha
    kelakar bace kesah N y x jadi😀

    huzz tah2 kalo korg buat, dorg gadoh, tah2 xkawen kot
    kuikuikui

  2. whooz 14 November, 2008 / 6:56 am

    haaa..tu la..menakutkan betui..dah nak masuk 2 anak dah depa skarang😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s