Let’s move it, let’s move in

Ok, mulai hari ni  aku rasa aku dah boleh senyum lebar, tidur lena, makan kenyang, mandi basah dan macam-macam la yang baik-baik semuanya. Sebabnya satu-satunya masalah yang memeningkan kepala otak aku dah settle. Aku dah jumpa rumah baru untuk disewa, yeayyy! Aku dah jumpa budak yang nak sewa bilik aku sekarang ni, yeayyy!

Rumah baru tu nampak ok, yang penting rumah atas tanah. Dah tak de lif-lif lagi. Tuan rumah, Ah Foo pun nampak ok, jiran lagi ok sebab kawan Siti (thanks Siti kenalkan Ju tu), kawasan tu sekeliling pun ok. Cuma satu je yang aku tak nampak, taman rekreasi untuk aku joging during weekend nanti. Sekarang otak aku tengah ligat memikirkan macam mana nak susun atur bilik, ruang tamu dan dapur😀 . Jom pindah!

Lepas tengok rumah tadi, pergi tonton Madagascar pulak. I like to move it move it! Movie pertama selepas sekian lama aku tak tengok wayang. Terakhir seingat aku sebelum puasa, tak ingat dah movie apa. Pendapat aku, Madagascar 2 ni tak sebest yang pertama. Mungkin sebab jalan cerita agak serius. Penuh dengan emosi. Biasala bila anak yang terpisah, terjumpa balik secara tak sengaja, harapan si bapa si anak boleh menjadi pengganti tapi lain pula jadinya. Tapi kisah si Alex pandai menari tapi tak pandai berlawan tu, macam ala-ala Happy Feet pula (pandai menari tak pandai menyanyi). Aku terfikir, semua parents kat dunia ni ada cita-cita untuk anak diaorang. Ada harapan tinggi untuk anak tu jadi itu, jadi ini bila besar nanti. Kalau sorang ok la, kalau ramai-ramai sampai berbelas tu, macam mana eh? As for my parents, aku tau aku dah gagalkan impian diorang, maaf aku tak mampu nak penuhi😦 .  Tapi tak semestinya tak dapat penuhi impian diorang, kita tak boleh banggakan diorang kan? Apa yang aku boleh buat sekarang, jadi seorang anak yang taat pada parents aku😉 .

Ok, jom layan lagu nih, tadi dalam Madagascar 2 tu, si peguin yang bijak bistari tu mainkan kaset lagu ni🙂 .

5 thoughts on “Let’s move it, let’s move in

  1. murniDOTorg 16 November, 2008 / 6:11 am

    huzz.. dah dpt rumah sewa???

    wahhhh
    dmana? bila pindahnya???
    (c sebuk :p)

  2. whooz 16 November, 2008 / 3:27 pm

    ye..nnt dating2 kat tgv cheras selatan tu, sila la ke rumah i ye di balakong tuh😛

  3. murniDOTorg 17 November, 2008 / 3:49 am

    oooooooh d situuuuuuuu juga akhirnya hahah

    ye ye kalo dating situ, bole la i singgah rumah u😉

  4. yatie 17 November, 2008 / 9:23 am

    huzz..nape pindah rumah?pstu sewa sorg2 ker?

  5. whooz 17 November, 2008 / 9:27 am

    sewa berdua dengan sorang housemate sekarang nih. saje la, nak tukar angin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s