Entry sebelum start keje

Nak cari mood nak start kerja sebenarnya nih.

Ini gambar workstation aku di rumah. Serabut kan? Nampak macam orang busy kan? Atau nampak macam orang malas? Meja aku ni, susah sangat nak kemas. Sekali aku kemas, memang tahap A++++ punya la. Tapi tak tahan lama. Tahan dalam 3 hari kot😀 .

Ada 3 ekor binatang yang sentiasa menemani aku en.buaya darat dari US, en.koala bear yang panjat tak sampai-sampai pun dari Australia dan en.Ostrich mereng dari Port Dickson. Aku panggil dia mereng sebab bulu dia berceracak tak terurus macam orang 3/4.

Ubatan atau barang penjagaan diri pun harus ada di atas meja aku. Minyak urut kayu merah (berguna time aku sakit perut tapi masih mau online), J&J Baby Oil (aku suka suki letak baby oil kat rambut bila-bila masa), Silky Girl Perfume (suka suki jugak nak sapu bila-bila masa), Ameltz Yoko-Yoko (yang ni amat penting sebab aku selalu lenguh bahu) dan kepit rambut (benda ni wajib kelihatan di mata kasar aku, kalau hilang aku jadi bad mood..hahahahha). Haa lagi satu bola tension (berguna bila aku online sambil tension. Picit2 bola ni, tak pun baling2 kat dinding dan tangkap. Kalau tak dapat tangkap, lagi tension!)

Last sekali, kertas kira hutang. DIsebabkan aku la yang membayar segala bil kat rumah ni, kertas ni amatla perlu untuk aku catat hutang-hutang housemate yang perlu bayar kat aku.

Okeh, sekian dulu. Nak sambung kerja..sebelum tu, gi toilet jap😉 .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s