Habis dah…

Semalam aku kecewa betul. Ye la aku paham, kita boleh merancang. Dia yang tentukan. Tapi macam tak boleh terima la. Memang silap ambil flight memang satu silap besar dalam mana-mana race. Tak semestinya race, kalau tertinggal flight time nak balik kampung pun, tak ke frust. Aku pernah dengar/baca ntah, kalau perjalanan kita menaiki kapal terbang, dan kita termissed flight tu, itu memang satu perkara yang bodoh yang pernah berlaku! (kecuali sebab kecemasan tertentu la).

Part tayar kereta Ida n Tania, terbenam kat pasir, aku dah cuak. Rasa macam dah takde harapan (memang pun). Tapi diorang dapat kejar balik bila sampai kat airport. Tapi naik flight lain la pulak. Diorang sepatutnya naik flight yang sama. At least ketiga-tiga team dalam flight yang sama. Tak de la cuak sangat. Nanti sampai di Phuket, lain citer la pulak. Dah sampai tahap ni, aku dah kecewa sedikit demi sedikit, tapi masih berharap Ida dan Tania dapat kejar (dengan harapan task yg bakal Sam n Vince dan Geoff n Tish jumpa tu susah giler). Macam something like kena guna otak atau IQ atau knowledge (macam last season punya last task yang main teka bendera tu).


saat ini aku memang tak senang duduk

Keseluruhannye, semalam punya task takde la mencabar. Guna tenaga dan nasib je. Ini analisis aku la😛 :

1) Untuk dapatkan klu, kena tunggu masa operasi (Ni memang merugikan team yang lead dan menguntungkan team yang kena penalty 4 jam tu. Bunyi seperti bias kat sini hehehhe. Bukan apa aku rasa macam tak adil kalau untuk dapat next klu, kena pergi tempat yang ada masa beroperasi ni sebab dia akan kurangkan gap)

2) Tarik unta (Nasib la kalu dapat unta in good mood, boleh la tarik 10 ekor ke apa, kalau yang degil tu, susah la)

3) Cari kunci dalam pasir (Pun ikut nasib jugak. Nasib baik jumpa awal dan betul, dapatla bukak kotak tu dulu)

4) Flight ke Phuket (Yang ni aku tak rasa nasib. Ni kena main otak jugak ni. Keputusan yang tepat, hasil yang bagus. Silap percaturan, habis!)

5) Cari kiub (Sama la nasib jumpa awal, dapat awal)

6) Cari kulit tiram bertanda atau tiram gergasi tu (Sapa bernasib baik, jumpala tiram gergasi yang dok di permukaan air je. Tak yah nak selam beriya. Yang cari kulit tiram bertanda tu pulak, bergantung pada nasib jugak tapi part kena naik kayak tu ok la. Sebab sapa tak tau nak kendali kayak tu, sorry la)

7) Korek cari peti harta karun (Guna kekuatan je. Sapa yang dah tak de tenaga, x boleh la buat ni)

Pagi tadi aku mimpi, peti harta karun yang Ida n Tania korek-korek tu, kecik je, ringan je, senang diorang bawa ke pitstop😛 (sampai mimpi siot!). Lepas ni aku nak layan apa eh Khamis malam????? Niang Rapik???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s