Cakap handfon tak boleh kan semasa memandu, kalau ambil gambar????

Semalam aku buat detour yang mana aku telah terperangkap dalam jam yang amat teruk. Silap betul la pilih jalan tu. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit dari ofis ke rumah, sejam jadinya. Dahla Mr D aku kena langgar dengan mat moto mana ntah. Siot betul la lu! Tetiba je aku terlepas cakap dalam hati selamat sampai la kau kat rumah! dengan nada sinis. Dan dengan tiba-tiba jugak aku tarik balik kata-kata aku..hehhee..

Apa yang selalu orang buat kalau terperangkap dalam jam? Kalau dalam kereta tu ada 2-3 orang okla, boleh sembang, ngumpat ke apa yang patut. Kalau sorang??? Semalam aku sorang-sorang, aku on radio/cd dengan volume yang kuat dan menyanyi bersama😀 . Berduet dengan Acha dan Irwanshah (My Heart), boleh la dikatakan suara aku lebih menonjol dari diorang. Tapi bila part berduet dengan Rossa (Ayat-Ayat Cinta), hancussss suara aku ditenggelami oleh suara Rossa yang sedap tuh😛 . Habis nyanyi soundtrack MH dan AAC, aku masih lagi bosan dalam jam tu. Tetiba ada mentol menyala, ting!..hehehhe..

Kalau kita bercakap handphone semasa memandu, sure polis tahan kan? Kalau guna kamera sambil memandu??? Haaa inila yang aku buat semalam. Hehehhehe..syok jugak. Tapi AWAS! Kalau terleka sekelip mata sahaja pun, anda boleh tercium bontot kereta depan😛 .


Ini di depan LRT Bandaraya


Ini pulak time lampu merah di depan tokong cina besar (menuju ke jalan loke yew)


Ini traffic light dekat rumah (pun jam jugak)

Sekali lagi mentol menyala di kepala aku. Apa kata aku rekod video perjalanan aku pergi /balik ofis😀 . Disebabkan bateri dan memori tak mencukupi, aku postpone projek tu…hehheh..next time ye😉 .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s