Buah hati..pandainyeeee

Memperkenal kan (drum pleaseeee), Mr.D!!! Gambar ni aku curi dari blog Cik Mun. Sampai sekarang aku tak de sekeping pun gambar Mr.D. Selalunya tak sempat nak ambil sebab balik pun dah malam, kalau weekend, lupa nak bawa kamera.

kenapa nama Mr.D?
Sebab aku perempuan. Perempuan pasangangnya lelaki la. Tu la jadi Mr.D

ye laaa tapi kenapa “D”?
Ohooo..Hmm sebabnye plat nye bermula dengan huruf “D”. Sebab yang kedua berdasarkan bentuk fizikalnye yang agak debab, so aku letak la “D”.. 😀

Dah hampir 3 bulan beliau berkhidmat untuk aku. So far aku puas hati. Beliau dah bawa aku ke merata tempat. Meter sekarang 8000km tau! Hahahha terkejut my abah. Mesti dalam hatinya berkata kuat sungguh anaknya berpoya-poya 😛 . Ada orang cakap beliau macam dugong. Tak pe tak pe. Adik aku cakap macam duduk dalam akuarium (sebab cermin besar dan tak tinted 😛 ). Tak pe tak pe. Biarla apa pun orang cakap, aku tak peduli. Cinta hati aku , aku je yang nampak hensemnye 😉 .

To Mr.D, pedulikan cakap-cakap orang. Love you forever! Muahhhhh!

Advertisements

Popcorn time!

Ingatkan nak tengok 2 movie kelmarin tapi nasib baik aku cepat sedar diri, fulus pun dah kurang, tunggu gaji je nih..haihhhh cepat betul la duit habis. Tengok Los n Faun. Aku memang suka filem-filem Afdlin ni. Sebabnya Afdlin punya idea, dia suka korek dan korek lagi. Idea yang simple pun dia boleh kembangkan sekembang-kembangnye.

Ok, Los n Faun, aku baca banyak review yang komen bagus filem ni. Seperti biasa, ramai kawan-kawan dia berlakon dalam filem ni. Nak buat macam mana kan, dah kawan-kawan dia memang pandai berlakon. Tapi Hans Isaac (Los) aku rasa kureng sket kali ni. Aku rasa he did better dalam Baik Punya Cilok. Hahaha memandai je komen orang. Tapi betul la, walaupun baru kemarin aku tengok filem ni, scene2 yang Hans Isaac berlakon tak memorable sangat. Aku lebih terbayang-bayang watak Amran (Khir Rahman) tu. Gilerrrr la dia tuh!

Bapa aku pegawai daerah, daerah apa? Itu yang kita tak tahu (dialog Khir Rahman bercakap nada ala-ala penceramah agama )

Ada jugak part yang aku rasa boring sket. Part yang ada Erra Fazira. Tapi disebabkan skrip yang kelakar, boleh la layan. Dialog dalam filem ni kelakar giler (ataupun aku je yang mudah nak tergelak 😛 ). Ade ke pergi beli barang dapur kat Cameron Highland, naik heli siot! Drive sendiri tu!

Lagi satu part dialog yang kelakar bila bapa si Faun ni tengok filem Brokeback Mountain (bapanye ingat citer koboi 😛 ). Faun (Adlin Aman Ramli) balik mengadu dia gaduh dengan Los. Bapak dia dah ingat Faun n Los ni gay. Masuk akal jugak kan!

Ending filem ni aku rasa macam agak kelam kabut. Bila Faun cerita macam mana kes tu berlaku sebenarnya, aku macam dah tak boleh follow sangat. Banyak betul fakta, tak sempat otak aku nak proses data-data tuh 😛 . Kesimpulannye aku memang gelak sakan la kelmarin. Thanks Afdlin!

Sebagai penutup tirai, aku letak video clip ni. Aku suka gilerr lagu ni. Rasa macam dah buang tabiat je, ni bukan genre kegemaran aku pun 😛 . Aku cuma terbayangkan step-step senamrobik bila dengar lagu ni ;).

KL-Tanah Merah-KL

Raya kali ni tak de gambar famili. Sebab? Sebabnya masing-masing sibuk. Selepas solat raya, abah terus tukar baju pergi tempat korban. Aku dan adik-adik pergi belakang rumah untuk acara bakar sate. Dah sah-sahla kitaorang tukar baju kan. Tak kan la nak berlabuci sakan sambil bakar sate pulak.

Hujan dari pagi sampaila ke petang. Tak de orang mai raya pun. Aku pun malas nak keluar. Berdasarkan statistik tahun-tahun lepas, tetamu yang datang semasa raya haji agak kurang sebab masing-masing sibuk memproses daging korban di tempat masing-masing. Aku bagitau abah, insyaallah tahun depan aku nak korban. So boleh la start kumpul duit dari sekarang. Rm1 sehari pun dah boleh dpt dah 1 bahagian. Petang sikit, makcik mai. Meriah la sikit. Bolehla aku sibuk-sibuk buat air kat dapur. Aku memang tak suka kerja-kerja ala-ala public relation ni. Lebih suka kerja-kerja belakang tabir 😛 .

Malam tak de sesapa pun mai. Aku pun lepas makan nasi, masuk bilik, layan citer Korea, Little Bride. Terukla Cik Mun, buat aku ketagih citer Korea pulak. Tak boleh berenti tau! Dah lama aku stop tengok citer yang berbelas-belas cd nye nih. Ni macam nak kena cari lagi la. Masih dalam mood menonton. Once mood aku dah hilang, maybe setahun akan datang aku akan start tengok balik 😛 .

Kali ni first time aku drive balik kampung tanpa talian hayat..hihihi.. Dah mula memandu barula aku tau tempat-tempat yang aku lalu selama ni. Kalau naik bas atau aku jadi penumpang, aku hentam tido je. Kali ni aku dapat tengok tempat yang pelik-pelik. Tau tak ada nama Kampung Ajai? Haaa pelik kan? Setahu aku Ajai dari Johor kan? hahahha. Kampung Ajai ni somewhere antara Raub ke Kuala Lipis. Kampung Durian Sebatang, dalam filem P.Ramlee Kampung Pinang Sebatang kan, Kampung Tanah Bercangkul dan Felda Lurah Bilut. Bilut ni tak pelik la cuma aku macam kagum sebab dah tengok filem Bilut tuh hehehhe. Aku nak la tangkap gambar signboard2 tuh, tapi assistant aku ni tido je. Ingat nak la buat dokumentari KL-Tanah Merah ke apa ke kan 😀 . Actually kat Kelantan sendiri macam-macam nama tempat yang pelik. Kedai Lalat, Kampung Pek di antaranya (yang aku ingat la). Macam suka-suka hati je letak nama tempat. Google je map Kelantan, macam-macam la boleh jumpa.

Aku rasa aku tak boleh lagi nak bawa kawan-kawan ronda-ronda Kelantan sebab aku tak tau jalan 😛 . Aku lebih tau jalan di KL dari jalan kat kampung aku sendiri (buat malu je!) 😀 . Okeh, kesimpulannya aku rasa aku memang suka memandu (ini cakap-cakap orang baru dapat kereta, nanti dah lama bosan la tuh) sebab kalau aku memandu, aku tak tido. Bila aku tak tido aku bleh tengok alam sekitar. Aku kan pencinta alam sekitar.. 😉 .

Rindu

sedikit pelik bila login je tetiba layout wordpress ni dah lain. lebih cun dan kemas. gud!

Orang kata kalau rindu, tak dapat tengok muka, tengok bumbung rumah pun jadi la kan. Bagus betul google map nih, tiap ari aku boleh tengok bumbung rumah aku. Esok pepagi sesudah subuh, aku akan bertolak ke sini (sila rujuk peta di bawah). Semoga selamat perjalanan pergi dan balik. Selamat hari raya aidiladha

Kompang!

Nak dekat cuti raya dah kan dan tambah dengan cuti sekolah ni, biasala sure ade kenduri punyalah. Ni kad kawen aku baru dapat kelmarin. Aku suka giler dengan design kad ni. Actually design ni biase je, tapi aku suka kaler coklat dan corak tuh. Nampak klasik.

Ni kat bahagian dalam pulak

Oh ye tema dia memang kaler coklat. Baju pun kaler coklat. Hmmm aku pun kena cari baju tema jugakla nih 😛 . Aku teringat dulu abang kepada salah sorang geng budak itam kawen, tapi aku dan geng yang sibuk-sibuk buat baju. Siap ada tema ok! Then kami dapatla bunga apa eh orang panggil yang sepit kat baju tu sebab jadi penanggah kan. Tup-tup dijelesi oleh sekumpulan kaum ibu/warga tua makcik-makcik. Siap bermasam muka hahhahaha..adehh tak boleh blah laa masam muka ngan makcik-makcik nih. Bunga tu sikit je pun dan orang-orang yang special la yang dapatnye pun 😛 . Diorang mogok tak nak buat keja, terpaksalah aku dan geng berhempas pulas mengangkut dulang (nak sangat pakai bunga, ambik!)

Moralnya di sini, kalau nak pakai bunga, kena buat kerja dan jangan bermasam muka dengan penduduk kampung. Okeh, selamat pengantin baru Am!