KL-Tanah Merah-KL

Raya kali ni tak de gambar famili. Sebab? Sebabnya masing-masing sibuk. Selepas solat raya, abah terus tukar baju pergi tempat korban. Aku dan adik-adik pergi belakang rumah untuk acara bakar sate. Dah sah-sahla kitaorang tukar baju kan. Tak kan la nak berlabuci sakan sambil bakar sate pulak.

Hujan dari pagi sampaila ke petang. Tak de orang mai raya pun. Aku pun malas nak keluar. Berdasarkan statistik tahun-tahun lepas, tetamu yang datang semasa raya haji agak kurang sebab masing-masing sibuk memproses daging korban di tempat masing-masing. Aku bagitau abah, insyaallah tahun depan aku nak korban. So boleh la start kumpul duit dari sekarang. Rm1 sehari pun dah boleh dpt dah 1 bahagian. Petang sikit, makcik mai. Meriah la sikit. Bolehla aku sibuk-sibuk buat air kat dapur. Aku memang tak suka kerja-kerja ala-ala public relation ni. Lebih suka kerja-kerja belakang tabir😛 .

Malam tak de sesapa pun mai. Aku pun lepas makan nasi, masuk bilik, layan citer Korea, Little Bride. Terukla Cik Mun, buat aku ketagih citer Korea pulak. Tak boleh berenti tau! Dah lama aku stop tengok citer yang berbelas-belas cd nye nih. Ni macam nak kena cari lagi la. Masih dalam mood menonton. Once mood aku dah hilang, maybe setahun akan datang aku akan start tengok balik😛 .

Kali ni first time aku drive balik kampung tanpa talian hayat..hihihi.. Dah mula memandu barula aku tau tempat-tempat yang aku lalu selama ni. Kalau naik bas atau aku jadi penumpang, aku hentam tido je. Kali ni aku dapat tengok tempat yang pelik-pelik. Tau tak ada nama Kampung Ajai? Haaa pelik kan? Setahu aku Ajai dari Johor kan? hahahha. Kampung Ajai ni somewhere antara Raub ke Kuala Lipis. Kampung Durian Sebatang, dalam filem P.Ramlee Kampung Pinang Sebatang kan, Kampung Tanah Bercangkul dan Felda Lurah Bilut. Bilut ni tak pelik la cuma aku macam kagum sebab dah tengok filem Bilut tuh hehehhe. Aku nak la tangkap gambar signboard2 tuh, tapi assistant aku ni tido je. Ingat nak la buat dokumentari KL-Tanah Merah ke apa ke kan😀 . Actually kat Kelantan sendiri macam-macam nama tempat yang pelik. Kedai Lalat, Kampung Pek di antaranya (yang aku ingat la). Macam suka-suka hati je letak nama tempat. Google je map Kelantan, macam-macam la boleh jumpa.

Aku rasa aku tak boleh lagi nak bawa kawan-kawan ronda-ronda Kelantan sebab aku tak tau jalan😛 . Aku lebih tau jalan di KL dari jalan kat kampung aku sendiri (buat malu je!)😀 . Okeh, kesimpulannya aku rasa aku memang suka memandu (ini cakap-cakap orang baru dapat kereta, nanti dah lama bosan la tuh) sebab kalau aku memandu, aku tak tido. Bila aku tak tido aku bleh tengok alam sekitar. Aku kan pencinta alam sekitar..😉 .

2 thoughts on “KL-Tanah Merah-KL

  1. murniDOTorg 11 December, 2008 / 10:35 am

    hahahaha
    kelaka bace entry kak huzz kali ni😀
    nk tkuar balik tosei aku makan td :p

    p/s: aku ade bnyk lagi ceta korea y lain , nak ke? wahaha

  2. whooz 11 December, 2008 / 2:48 pm

    haaa ade lagi ke??? buleh2..bagi aku, nnt x de internet connection, aku boleh layan movie korea pulak😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s