Popcorn time!

Ingatkan nak tengok 2 movie kelmarin tapi nasib baik aku cepat sedar diri, fulus pun dah kurang, tunggu gaji je nih..haihhhh cepat betul la duit habis. Tengok Los n Faun. Aku memang suka filem-filem Afdlin ni. Sebabnya Afdlin punya idea, dia suka korek dan korek lagi. Idea yang simple pun dia boleh kembangkan sekembang-kembangnye.

Ok, Los n Faun, aku baca banyak review yang komen bagus filem ni. Seperti biasa, ramai kawan-kawan dia berlakon dalam filem ni. Nak buat macam mana kan, dah kawan-kawan dia memang pandai berlakon. Tapi Hans Isaac (Los) aku rasa kureng sket kali ni. Aku rasa he did better dalam Baik Punya Cilok. Hahaha memandai je komen orang. Tapi betul la, walaupun baru kemarin aku tengok filem ni, scene2 yang Hans Isaac berlakon tak memorable sangat. Aku lebih terbayang-bayang watak Amran (Khir Rahman) tu. Gilerrrr la dia tuh!

Bapa aku pegawai daerah, daerah apa? Itu yang kita tak tahu (dialog Khir Rahman bercakap nada ala-ala penceramah agama )

Ada jugak part yang aku rasa boring sket. Part yang ada Erra Fazira. Tapi disebabkan skrip yang kelakar, boleh la layan. Dialog dalam filem ni kelakar giler (ataupun aku je yang mudah nak tergelak😛 ). Ade ke pergi beli barang dapur kat Cameron Highland, naik heli siot! Drive sendiri tu!

Lagi satu part dialog yang kelakar bila bapa si Faun ni tengok filem Brokeback Mountain (bapanye ingat citer koboi😛 ). Faun (Adlin Aman Ramli) balik mengadu dia gaduh dengan Los. Bapak dia dah ingat Faun n Los ni gay. Masuk akal jugak kan!

Ending filem ni aku rasa macam agak kelam kabut. Bila Faun cerita macam mana kes tu berlaku sebenarnya, aku macam dah tak boleh follow sangat. Banyak betul fakta, tak sempat otak aku nak proses data-data tuh😛 . Kesimpulannye aku memang gelak sakan la kelmarin. Thanks Afdlin!

Sebagai penutup tirai, aku letak video clip ni. Aku suka gilerr lagu ni. Rasa macam dah buang tabiat je, ni bukan genre kegemaran aku pun😛 . Aku cuma terbayangkan step-step senamrobik bila dengar lagu ni😉.

2 thoughts on “Popcorn time!

  1. cik Mun 14 December, 2008 / 5:41 am

    smalam pon aku tgk los dan faun jugak huzz
    hehe

    besh!kelakarrrrrrrrrr😀
    aku bagi 4 dr 5 bintang
    aku pon asek melekat khir rahman tu

    lawak gile arrrrr muka die! dah la time die ckp tu muke seposen jekkkkkk
    hahahaha

  2. whooz 14 December, 2008 / 8:27 am

    uit ko pun dah tengok..hehhehe..best2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s