Kiblat

Jom cek arah kiblat. Lompat-lompat blog orang, terjumpa ni

http://www.qiblalocator.com/

garisan merah tu la arah kiblat

Advertisements

Laporan cuti-cuti: Cameron Highlands

Seperti yang dirancang, sampai jugak kami di Cameron Highlands. Macam trip-trip yang sebelum ni, aku rasa akan ada trip kali ke-2 ke tempat yang sama 😛 . Sebab apa? Sebabnya hujan turun sehari suntuk, menghalang aktiviti yang aku dah plan dan juga dengan tiba-tiba semua peserta perempuan demam selsema.

Sabtu 24/01/2009

Awal aku bangun masak bekal dan sarapan. Pukul 9 dah keluar rumah. Sorang pun tak tau jalan sebenarnya 😛 . Ambil keputusan pergi ke arah Ipoh ikut jalan biasa. Bukan highway. Hampir 2 jam, tak masuk-masuk lagi highway. Abah kata nak masuk highway ikut Tanjung Malim, tapi sebab ingat-ingat lupa, akhirnya buat keputusan masuk highway dari Rawang. Nampak je signboard highway ke “IPOH”, hati dah senyum-senyum. Tapi lepas je ambil tiket tol, mak aiiii jam giler jalan.  Cilok sana cilok sini, berhenti rehat di Behrang, tukar driver, cilok sana sini lagi (nasib baik tak kena saman), maka sampaila di Tapah.  Plan asal nak pergi ikut Simpang Pulai tapi bila di kira-kira, perjalanan jadi jauh, naik jugakla ikut Tapah. Aku dah buat persediaan mental untuk lalu jalan ni. Pengalaman pergi CH naik bas dari KL 5 tahun yang lalu, buat aku serik nak pergi CH lagi.Time tu aku berharap sangat tetiba ada heli datang selamatkan aku dari jalan yang berlingkar2 tuh!

KRS Pines Guest House

Lebih kurang pukul 3 petang sampai di KRS Pines Guest House. Kawasan agak sempit tapi nasib baik aku dapat parking dalam sebab orang lain masih tak sampai-sampai akibat jam. Rumah banglo 3 tingkat kepunyaan seorang doktor, dia buat jadi guest house. Puan Margaret yang in-charge guest house ni sambut kami. Dah dapat bilik, lepak (tidor) sampai pukul 5 kot. Bangun, mandi, siap-siap keluar. Destinasi pertama, ladang teh Bharat. Hilang rasa penat dapat tengok ladang teh yang macam hamparan karpet tu. Cool! Niat di hati nak turun sampai ke air terjun (air terjun ke air parit ntah tapi cun woooo), tapi jauhla, takut tak sempat so, bergambar dari jauh saje.


ni air terjun ke air parit???


teh secawan seringgit

Dari ladang teh Bharat, terus kami ke pasar malam. Aikkk! (terkejut), mana pergi nye pasar malam ni. Dulu bukan ke kat tengah2 pekan Brinchang tuh. Sudah tukar kot. Dari jauh nampak kelip-kelip lampu, kat situla pasar malam rupanya. Punyala ramai manusia! Kami u-turn kat sekolah brinchang (ye kot nama sekolah tuh), then cari parking. Banyak jugak duit keluar kat sini, beli buah, sayur, keychain, tshirt, baju tidor, strawberi, teh, jagung bakar (sedap betul jagung die) dan tak lupa jugak strawberi coklat. Kuat betul pengaruh strawberi coklat dato’ CT nih.

“Amoi, beli la ini strawberi coklat. Macam siti maaaaa”, cina jual strawberi suruh aku beli.

“Tak mau la macam datuk K”, aku balas.

Lebih kurang pukul 10 malam gitu, balik la ke Tanah Rata. Singgah dinner di gerai tomyam apa nama ntah. Terjumpa En Hatim (alaa watak dlm drama Ku Milikmu tu) sedang makan di gerai Zainab hujung tu. Malam tu kami tidor dengan kekenyangan yang amat sangat.

food testing di pasar malam

Ahad 25/01/2009

Sejuk giler la tido malam tu. Kalau ada aircond, boleh la off, ni nak off apa aku tak tau. Bangun pagi, dengar rintik hujan. Siot! Hujan la pulak. Pedulikan hujan tuh, lepas breakfast, kami start jalan. Mula-mula pergi ladang strawberi, Healthy Strawberi Farm! Nama je healthy, kurus cinonet je rupa strawberinye. Sebab ada yang pesan suruh makan strawberi on behalf nya, aku pun makan dengan banyak sekali. Semalam dah makan kat pasar malam, kat ladang ni aku makan lagi. Strawberi kosong rm5 sekotak, campur whipped cream, rm9??? Pedulik, aku beli jugak 😛 . Teringin wehhh. Tak cukup dengan itu, beli jugak airkrim strawberi yg kalau namanya aiskrim milo, harganya tentu seposen sebatang. Paling mahai pun 20 sen. Tapi ini sebab STRAWBERI, seringgit tau! Memang sedap. Macam kurang waras je sebab makan aiskrim tengah hujan lebat. Tapi orang lain pun makan jugekkk..


nyummmm 🙂

Terus dari ladang strawberi, kami singgah di Kok Lim Self Pluck Strawberi Farm (strawberi lagi). Hujan semakin lebat. Compare harga dengan kat pasar malam, sini lagi mahal laaa. So, tak de la beli apa2. Lepak je kat situ sambil makan strawberi cheese cake, strawberi cup cake, keropok sotong dan jugak megi. MEGI???? ye megi! Hujan-hujan macam nih, megi memang masyukk la.

mereka yang tumpang berteduh di Kok Lim Farm. Tq Uncle Lim 🙂

Hujan dah kurang sket, teruskan perjalanan dan singgah di Kea Farm. Kat sini macam-macam ada. Kat sini beli coklat strawberi, brocolli, keledek rebus (sedap giler keledek dia), jagung dan juga strawberi (beli lagi tuuu). Hujan ni kan, nak ambil gambar pun terhad. Dengan sakit kepalanya lagi, selsemanya.

Kemudian kami terus lagi ke atas dan dah tak de apa dah hujung sana, kami patah balik dan naik ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Mendaki bukit dengan Wish yang besar gedabak tu, gerun jugak. Nak-nak bila selisih dengan kereta lain yang gedabak jugak besarnya. Sampai kat atas, kami tak boleh bawa kereta rapat ke kilang. Kena parking kat bawah. Perlu mendaki 200m ke atas. Terus cancel, patah balik. Maka turunla semula ke Tanah Rata. On the way singgah di Cactus Point. Kat sini masuk free kalau kat Cactus valley tu kena bayar. Ma beli kaktus 4 pasu, kami yang lain-lain berposing saje. Kemudian singgah makan nasi di kedai apa nama ntah di Tanah Rata tu dan lebih kurang pukul 4 petang balik ke bilik. Sebelum tu, aku pergi beli whipped cream untuk makan dengan strawberi yang berkotak-kotak tu. Fuhhh! Rasanya lepas ni 2-3 tahun tak makan strawberi pun tak pe dah 😀 . Next time datang CH ni, kena bawa cream siap2 😛 . Lepak sampai pukul 7 malam, then keluar pergi pasar malam lagi. Beli makanan untuk dinner je kemudian balik bilik. Yang mana sakit demam tu, makan ubat dan tidorlah kami dengan kekenyangan yang amat sangat.

Isnin 26/01/2009

Cuaca sangat cantik hari ni. Boleh nampak Gunung Berinchang dari jauh dan tempat itu insyaallah aku akan naik untuk next trip ke CH ni. Pukul 9 pagi dah check out dan makan roti canai di Tanah Rata. Lepas makan pergi ke The Smoke House. Nak balas dendam sebab cuaca sangat cantik untuk bergambar. Kemudian pergi cari menara yang boleh nampak seluruh CH ni, tapi sesat. Akhirnya jumpa jugak. Ingat boleh la naik kan, tapinye baca signboard kat situ tulis ” 45 minit jalan kaki”. Kena naik tangga melalui hutan. Frust lagi, tak pe 2nd trip ke CH aku akan naik menara tu. Selesai kat situ, kitaorang pun balik la ke KL. Di sepanjang perjalanan, mana-mana gerai yg ada, kami singgah. Abah kata buat cukup syarat 😛 . Singgah juga di Lata Iskandar sekejap. Segarkan muka dan kemudian terus balik ke KL. SEKIAN.


cantik kan langit hari ni


the smoke house


tangga naik ke menara


lata iskandar

Tamat sudah famili trip kali ni. Seronok rasa sebab jarang sangat kami dapat cuti sama-sama macam ni. Ni pun tak lengkap, Eddy tak dapat ikut sebab ada tournament silat, tapi kira berbaloi jugak sebab dia dapat GANGSA. Ini pingat pertama setelah 3 kali masuk pertandingan. SYABAS BRO!

Mimpi

Sape suka mimpi? Aku! (sambil angkat tangan).  Aku memang suka mimpi. Sebab? Sebab nya dalam mimpi aku boleh buat apa yang aku tak pernah buat, aku boleh pergi ke mana-mana yang aku tak pernah pergi. Dulu-dulu boleh dikatakan tiap malam aku mimpi. Sehingga aku buat catatan dalam buku pasal mimpi aku. Masa lapang aku baca la balik BUKU MIMPI aku ni 😀 .

Tapi dalam 2 minggu ni aku asyik mimpi pasal Mr.D je. Amy kata maybe aku ada hutang yang tak langsai lagi dengan Mr.D. Sebab tu dia mengganggu tidur aku. Aku fikir-fikir balik, ye la. Aritu aku janji nak tinted. Sampai sekarang tak tinted-tinted lagi. Aku fikir-fikir lagi, sejak aku tinggal di rumah baru ni, tiap minggu aku mandikan Mr.D. Best pulak. Aku nak buat jadi hobi la. Sambil-sambil keluarkan peluh. Jadi aku buat kesimpulan, aku asyik mimpi bukan sebab aku ada hutang dengan Mr.D tapi sebab aku selalu belai-belai dia so dia sentiasa dalam fikiran aku 😛 .

Tapi mimpi tu scary betul. Mr.D kena pecah.

Mimpi 1
Tak details sangat jalan cerita. Sedar-sedar aku menangis pasal Mr.D hilang. HILANG siot! Aku tak cerita kat famili takut kena marah

Mimpi 2
Tengah syok tidor, tetiba bunyi mencurigakan. Intai kat tingkap, nampak ada lelaki tengah hayun kayu hoki nak hentam cermin kereta Amy. Aku dengan lagak hero, jerit satu taman. Laki tu terkejut, jiran-jiran semua keluar, lalu tangkap lelaki tu. Cermin kereta Amy pecah teruk. Masa ni aku tak sedar lagi pasal Mr.D. Tengah tenangkan Amy, baru perasan Mr.D hilang lagi!!!!!! Adala lelaki mana datang pujuk-pujuk aku ajak pegi report polis. Again aku tak cerita kat famili sebab takut kena marah 😛 .

Mimpi 3
Pergi bercuti dengan famili kat pantai mana ntah. Tertinggal beg duit dalam kereta tapi biar je. Kat dalam chalet dah risau-risau takut orang pecah kereta nak ambil beg tu. Tapi biar je. Bangun pagi esok, Mr.D kena PECAH! Tapi beg masih ada. Aku tanya semua orang kat kedai makan tepi parking tu, semua tak nampak kejadian. Kali ni famili aku tau la kereta kena pecah.

Scary!!!

AJL 23

Dengan kemenangan M.U.H semalam (AJL 23), aku pasti tak kan confius lagi dengan band H.U.J.A.N. Aku asyik tertukar dua band nih. Sampai adik aku kata macam mana boleh konfius sebab dua-dua tu lain giler. Jarang sangatlah aku lepak sampai habis AJL. Kalau tahun-tahun yang lepas, sure aku lubang la sana sini, tertidur ke apa ke. Tapi semalam pukul 12 baru masuk bilik. Puas hati!

Aku tak pernah tengok pun muzik-muzik tiap minggu tapi semalam aku layan sampai habis. Sebab? Sebab semua perform dengan best! Lagu yang tak mendapat tempat di telinga aku ialah lagu DINGIN dan apa ntah lagu yang FARAHWAHIDA nyanyi tu. Lain-lain semua OK. Aku memang tak sabar nak tunggu STACY sebab aku tau dia confirm menari best! Part last budak-budak 3 orang tu pun best. Nasib baik aku tertengok IDOLA KECIL Sabtu malam tu, so tak la aku tertanya-tanya siapa bebudak tu. Amy tanya siapa, aku konfiden la jawab hehhehhee.

Ok, nak komen benyak-banyak, tak reti la. Aku sebenarnya mudah berasa kagum dengan sesiapa sahaja yang betul-betul serius dalam apa yang mereka buat. Mereka tahu kelebihan mereka dan gunakan kelebihan tu untuk mencapai matlamat. Aku betul-betul letakkan segunung rasa hormat pada orang-orang macam ni. Sesiapa di sekeliling aku yang tergolong dalam golongan macam ni, aku betul-betul kagum dengan mereka. Apa pun tahniah kepada mereka yang telah mencapai impian dan matlamat dan selamat berjaya kepada mereka yang sedang berusaha ke arah itu!

pagi tadi bangun lewat, AJL punya pasal!

Pokok keluarga

Ini adalah pokok keluarga aku. Aku baru je jumpa benda alah ni. Kesian kan? 😀 .

Sebenarnya memang dah lama aku nak buat carta susur galur famili macam ni. Tambah-tambah lagi bila aku tengok, famili Ira (kawan baik ku di Jitra) buat reunion dari level setua-tua orang tua hinggalah semuda-muda baby. Aku jeles sebenarnya 😛 .  Jeles sebab dia kenal ramai sedara mara dia. Dan sebab itu jugakla aku suka sangat ke Jitra, sebab sedara-mara dia dah macam sedara mara aku pulak. Ok balik kepada famili tree aku. Aku rasa benda ni amat penting memandangkan aku ni jenis yang tak kenal sedara. Ini la akibatnya time kecik-kecik dulu tak mau ikut ma abah gi jalan rumah sedara. Lepak je kat rumah tengok kartun. Ni dah besar, memang aku macam malu je sebab tak kenal sedara.

Di www.geni.com ni boleh buat map jugak. Map untuk current location atau pun tempat lahir. Contoh ni aku letak current location abah aku,

Boleh juga share dengan famili kita yang lain. Just invite melalui email diorang. Diorang pun boleh edit atau tambah. So lepas ni sesapa yang baru kahwin atau bersalin, aku memang kena alert la 😛 .

Wedding dinner

Saje je nak tambah posting utuk kategori “EVENT” nih. Banyak betul aktiviti tapi tak update kat sini.

Wedding Dinner
One of the bosses kat ofis aku ni kahwin awal Januari yang lepas. Dinner nye dia buat di Sheraton Subang.  So pekerja-pekerja bawahan ni pun turut hadir. Ada yang datang dengan husband, boyfren, girlfren, wife dan juga housmate (akula tuh). Majlis yang simple. Pukul 10 lebih dah settle semua termasukla yaaaamseng! nye sekali.

Macam biasa ada photo slide presentation tunjuk gambar outdoor wedding photo shoot, gambar diorang time kecik-kecik dan juga yang specialnye gambar-gambar holiday diorang sebelum dan selepas kenal. Rupa-rupanya tempat-tempat yang si perempuan pergi, pernah jugak si lelaki pergi. Posing kat tempat sama pulak tuh. Jodoh kan, tapi kalau nak kata bukan jodoh pun ye jugak. Maybe lokasi tu je yang nampak cun bila bergambar. Contoh kata korang pergi Gunung Kinabalu, sure nak bergambar background puncak tu kan, tak pun signbod yang ada tulis nama pendaki pertama yang berjaya sampai ke puncak tu. Itu contohla kan. Tapi kat sini aku tetap nak kata ianya JODOH 🙂 .

Seperti biasa cakap saje tak guna, mesti ada gambar maaaa. Tapi tak banyak pun gambar, sebab meja kami amatlah jauh di belakang.

Warga perempuan meja kitaorang,

Pengantinnya,

Coklat ini amatttttt mengasyikan!