Hari jadi beliau, 8 Jan

Beliau yang dimaksudkan ialah ma saya. Tahun ini genap 51 tahun umur beliau. Beliau seorang wanita yang cantik. Dah tua pun masih cantik. Lagi cantik daripada saya. Seorang kawan pernah bagitau, “eh mak ko cun gilerrr weh”😀 . Memang sesuaila dengan abah saya yang hensem tu.

Beliau mempunyai kemahiran memasak dan menjahit yang amat bagus yang mana tidak diwarisi oleh seorang pun anak-anak beliau😛 . Walaupun saya tidak mempunyai kemahiran tersebut, tapi jauh di sudut hati saya ingin menjadi semahir beliau. Bukan apa, sekadar untuk meringankan beban. Oleh sebab itu saya memang berusaha ke arah itu. Menjahit hingga ke tengah malam, memasak tak kira waktu asalkan ada makanan atas meja untuk kami sekeluarga makan. Setiap kali pulang ke kampung, ma akan ambil order dari kami adik-beradik. Bayangkan 4 perut (4 adik beradik) punya permintaan, beliau sikit pun tak merungut. Tapi gilir-gilir la menu tu. Kang penuh meja, tak pasal kena panggil jiran untuk habiskan😛 . nanti-nanti bila semua dah kawen, 8 perut la beliau kena ambil order. Tu tak masuk cucu-cucu lagi (jauhnyee cik whooz berangan).

Beliau juga minat bercucuk tanam. Saya? Saya hanya minat mengutip hasil tanaman😛 . Best wooo pegi kebun kutip bendi, timun, kacang tanah, pisang. Sekiranya saya ada dirumah, saya pasti ikut beliau ke kebun (tak de la jauh mana, luar pagar rumah je). Di sana, mulut beliau tak henti-henti mendescribekan tanaman yang beliau tanam.

“Haa tengok nih, keno uje baru nih la nih, abih sayur”

“Tengok kace nih, molek camboh, abah ambik mano tau benih tu mulo”

“Keladi nih, tok lamo buleh make doh la ubi dio tuh”

“Bendi nih buleh ambik doh nih. Bowok balik KL la”

dan banyak lagi la beliau akan mengomel-ngomel tentang tanaman kat situ. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana memperkenalkan tanaman-tanaman tersebut. Sungguh tak sangka bunga pokok bendi sangat cantik. Begitu juga dengan pokok kacang tanah, nampak macam rumput-rumput je atas tanah. Sekali tarik, berpuluh-puluh kacang di akarnya.

Hmm apa lagi ye nak cerita pasal beliau. Memang banyak hingga tak tertaip kat sini. Siapa yang kenal beliau, tahula kisah hidup beliau, sifat beliau dan impian beliau. Tapi satu je yang saya rasa tak best, beliau cepat risau lalu sakit. Oleh sebab itu saya jarang menceritakan berita-berita buruk atau sedih kepada beliau. Sebab saya tidak mahu melihat beliau kesedihan.

Ok ma, selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 51. Semoga bertambah sihat dan maintain cun, yong tak kisah pun ma cun dari yong😉 .

One thought on “Hari jadi beliau, 8 Jan

  1. murniDOTorg 8 January, 2009 / 9:48 am

    slamat hari lahir makcik huzz.. eh mak huzz :p

    mak ko muda setahun dr mak aku hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s