Jiran dan Air

Sepanjang aku tinggal di apartment/kondo, seingat aku lah, tak de kejadian bekalan air tak de (kecuali lambat bayar bil, meter kena kunci sat๐Ÿ˜› ). Semalam, satu taman rumah aku tak de air. Memula ingatkan shower problem, dalam hati dah nak report kat uncle (tuan rumah). Selepas amy buat pemeriksaan dan aku call jiran (wahhh lama giler aku tak merasa hidup berjiran), confirm air tak de. Masing-masing tengah ready dengan baldi tunggu lori SYABAS datang hantar air. Aku dan amy, rilek je lepak tengok My Boss My Hero (best gilerr citer nih)๐Ÿ˜› . Tetiba, bunyi enjin kuat giler, lori SYABAS dah sampai ke lorong kitaorang! Kitaorang still lepak lagi. Tetiba dapat call dari jiran suh gi ambil air..hehe perihatin betul. Yang best nye lori tu parking betul2 depan rumah aku. Sebelah kereta aku๐Ÿ˜€ . Orang ramai riuh rendah tadah air. Macam pesta pun ye jugak.

Tiba-tiba aku rasa macam aku perlu keluar tadah air jugak. Ini lah masanya aku nak kenal jiran kan. So sambil-sambil tunggu giliran tu, sembang la dengan sorang uncle Chinese ni.

Aku:ย  Selalu ke tak de air kat sini?
Uncle: Haa..itu orang aa cakap dalam pukul 10 lebih baru ada ooo..tak tau betul ke
Aku: Oooo ye ke (sambil pening-pening nak faham jawapan dia)

Dia tak paham ke soalan aku??? Tak pe la, aku pun tengok sekeliling, nampaklah wajah-wajah jiran selorong dengan aku. Cina, India, Melayu, Bangla semua ada. Dalam masa beberapa minit aku dah boleh lihat siapa jiran-jiran aku, cuma tak sempat nak bersembang je. Tak pe next time!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s