Mimpi

Sape suka mimpi? Aku! (sambil angkat tangan).  Aku memang suka mimpi. Sebab? Sebab nya dalam mimpi aku boleh buat apa yang aku tak pernah buat, aku boleh pergi ke mana-mana yang aku tak pernah pergi. Dulu-dulu boleh dikatakan tiap malam aku mimpi. Sehingga aku buat catatan dalam buku pasal mimpi aku. Masa lapang aku baca la balik BUKU MIMPI aku ni😀 .

Tapi dalam 2 minggu ni aku asyik mimpi pasal Mr.D je. Amy kata maybe aku ada hutang yang tak langsai lagi dengan Mr.D. Sebab tu dia mengganggu tidur aku. Aku fikir-fikir balik, ye la. Aritu aku janji nak tinted. Sampai sekarang tak tinted-tinted lagi. Aku fikir-fikir lagi, sejak aku tinggal di rumah baru ni, tiap minggu aku mandikan Mr.D. Best pulak. Aku nak buat jadi hobi la. Sambil-sambil keluarkan peluh. Jadi aku buat kesimpulan, aku asyik mimpi bukan sebab aku ada hutang dengan Mr.D tapi sebab aku selalu belai-belai dia so dia sentiasa dalam fikiran aku😛 .

Tapi mimpi tu scary betul. Mr.D kena pecah.

Mimpi 1
Tak details sangat jalan cerita. Sedar-sedar aku menangis pasal Mr.D hilang. HILANG siot! Aku tak cerita kat famili takut kena marah

Mimpi 2
Tengah syok tidor, tetiba bunyi mencurigakan. Intai kat tingkap, nampak ada lelaki tengah hayun kayu hoki nak hentam cermin kereta Amy. Aku dengan lagak hero, jerit satu taman. Laki tu terkejut, jiran-jiran semua keluar, lalu tangkap lelaki tu. Cermin kereta Amy pecah teruk. Masa ni aku tak sedar lagi pasal Mr.D. Tengah tenangkan Amy, baru perasan Mr.D hilang lagi!!!!!! Adala lelaki mana datang pujuk-pujuk aku ajak pegi report polis. Again aku tak cerita kat famili sebab takut kena marah😛 .

Mimpi 3
Pergi bercuti dengan famili kat pantai mana ntah. Tertinggal beg duit dalam kereta tapi biar je. Kat dalam chalet dah risau-risau takut orang pecah kereta nak ambil beg tu. Tapi biar je. Bangun pagi esok, Mr.D kena PECAH! Tapi beg masih ada. Aku tanya semua orang kat kedai makan tepi parking tu, semua tak nampak kejadian. Kali ni famili aku tau la kereta kena pecah.

Scary!!!

3 thoughts on “Mimpi

  1. tiniztini.blogspot.com 22 January, 2009 / 2:02 pm

    wawawawawa…..
    takutnya mimpi ni…….

  2. whooz 28 January, 2009 / 12:50 am

    hi nurul..ye nak pegi medan 15-18 Mei nanti..plan pegi medan jugak ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s