Laporan cuti-cuti: Cameron Highlands

Seperti yang dirancang, sampai jugak kami di Cameron Highlands. Macam trip-trip yang sebelum ni, aku rasa akan ada trip kali ke-2 ke tempat yang sama😛 . Sebab apa? Sebabnya hujan turun sehari suntuk, menghalang aktiviti yang aku dah plan dan juga dengan tiba-tiba semua peserta perempuan demam selsema.

Sabtu 24/01/2009

Awal aku bangun masak bekal dan sarapan. Pukul 9 dah keluar rumah. Sorang pun tak tau jalan sebenarnya😛 . Ambil keputusan pergi ke arah Ipoh ikut jalan biasa. Bukan highway. Hampir 2 jam, tak masuk-masuk lagi highway. Abah kata nak masuk highway ikut Tanjung Malim, tapi sebab ingat-ingat lupa, akhirnya buat keputusan masuk highway dari Rawang. Nampak je signboard highway ke “IPOH”, hati dah senyum-senyum. Tapi lepas je ambil tiket tol, mak aiiii jam giler jalan.  Cilok sana cilok sini, berhenti rehat di Behrang, tukar driver, cilok sana sini lagi (nasib baik tak kena saman), maka sampaila di Tapah.  Plan asal nak pergi ikut Simpang Pulai tapi bila di kira-kira, perjalanan jadi jauh, naik jugakla ikut Tapah. Aku dah buat persediaan mental untuk lalu jalan ni. Pengalaman pergi CH naik bas dari KL 5 tahun yang lalu, buat aku serik nak pergi CH lagi.Time tu aku berharap sangat tetiba ada heli datang selamatkan aku dari jalan yang berlingkar2 tuh!

KRS Pines Guest House

Lebih kurang pukul 3 petang sampai di KRS Pines Guest House. Kawasan agak sempit tapi nasib baik aku dapat parking dalam sebab orang lain masih tak sampai-sampai akibat jam. Rumah banglo 3 tingkat kepunyaan seorang doktor, dia buat jadi guest house. Puan Margaret yang in-charge guest house ni sambut kami. Dah dapat bilik, lepak (tidor) sampai pukul 5 kot. Bangun, mandi, siap-siap keluar. Destinasi pertama, ladang teh Bharat. Hilang rasa penat dapat tengok ladang teh yang macam hamparan karpet tu. Cool! Niat di hati nak turun sampai ke air terjun (air terjun ke air parit ntah tapi cun woooo), tapi jauhla, takut tak sempat so, bergambar dari jauh saje.


ni air terjun ke air parit???


teh secawan seringgit

Dari ladang teh Bharat, terus kami ke pasar malam. Aikkk! (terkejut), mana pergi nye pasar malam ni. Dulu bukan ke kat tengah2 pekan Brinchang tuh. Sudah tukar kot. Dari jauh nampak kelip-kelip lampu, kat situla pasar malam rupanya. Punyala ramai manusia! Kami u-turn kat sekolah brinchang (ye kot nama sekolah tuh), then cari parking. Banyak jugak duit keluar kat sini, beli buah, sayur, keychain, tshirt, baju tidor, strawberi, teh, jagung bakar (sedap betul jagung die) dan tak lupa jugak strawberi coklat. Kuat betul pengaruh strawberi coklat dato’ CT nih.

“Amoi, beli la ini strawberi coklat. Macam siti maaaaa”, cina jual strawberi suruh aku beli.

“Tak mau la macam datuk K”, aku balas.

Lebih kurang pukul 10 malam gitu, balik la ke Tanah Rata. Singgah dinner di gerai tomyam apa nama ntah. Terjumpa En Hatim (alaa watak dlm drama Ku Milikmu tu) sedang makan di gerai Zainab hujung tu. Malam tu kami tidor dengan kekenyangan yang amat sangat.

food testing di pasar malam

Ahad 25/01/2009

Sejuk giler la tido malam tu. Kalau ada aircond, boleh la off, ni nak off apa aku tak tau. Bangun pagi, dengar rintik hujan. Siot! Hujan la pulak. Pedulikan hujan tuh, lepas breakfast, kami start jalan. Mula-mula pergi ladang strawberi, Healthy Strawberi Farm! Nama je healthy, kurus cinonet je rupa strawberinye. Sebab ada yang pesan suruh makan strawberi on behalf nya, aku pun makan dengan banyak sekali. Semalam dah makan kat pasar malam, kat ladang ni aku makan lagi. Strawberi kosong rm5 sekotak, campur whipped cream, rm9??? Pedulik, aku beli jugak😛 . Teringin wehhh. Tak cukup dengan itu, beli jugak airkrim strawberi yg kalau namanya aiskrim milo, harganya tentu seposen sebatang. Paling mahai pun 20 sen. Tapi ini sebab STRAWBERI, seringgit tau! Memang sedap. Macam kurang waras je sebab makan aiskrim tengah hujan lebat. Tapi orang lain pun makan jugekkk..


nyummmm🙂

Terus dari ladang strawberi, kami singgah di Kok Lim Self Pluck Strawberi Farm (strawberi lagi). Hujan semakin lebat. Compare harga dengan kat pasar malam, sini lagi mahal laaa. So, tak de la beli apa2. Lepak je kat situ sambil makan strawberi cheese cake, strawberi cup cake, keropok sotong dan jugak megi. MEGI???? ye megi! Hujan-hujan macam nih, megi memang masyukk la.

mereka yang tumpang berteduh di Kok Lim Farm. Tq Uncle Lim🙂

Hujan dah kurang sket, teruskan perjalanan dan singgah di Kea Farm. Kat sini macam-macam ada. Kat sini beli coklat strawberi, brocolli, keledek rebus (sedap giler keledek dia), jagung dan juga strawberi (beli lagi tuuu). Hujan ni kan, nak ambil gambar pun terhad. Dengan sakit kepalanya lagi, selsemanya.

Kemudian kami terus lagi ke atas dan dah tak de apa dah hujung sana, kami patah balik dan naik ke Ladang Teh Boh Sg Palas. Mendaki bukit dengan Wish yang besar gedabak tu, gerun jugak. Nak-nak bila selisih dengan kereta lain yang gedabak jugak besarnya. Sampai kat atas, kami tak boleh bawa kereta rapat ke kilang. Kena parking kat bawah. Perlu mendaki 200m ke atas. Terus cancel, patah balik. Maka turunla semula ke Tanah Rata. On the way singgah di Cactus Point. Kat sini masuk free kalau kat Cactus valley tu kena bayar. Ma beli kaktus 4 pasu, kami yang lain-lain berposing saje. Kemudian singgah makan nasi di kedai apa nama ntah di Tanah Rata tu dan lebih kurang pukul 4 petang balik ke bilik. Sebelum tu, aku pergi beli whipped cream untuk makan dengan strawberi yang berkotak-kotak tu. Fuhhh! Rasanya lepas ni 2-3 tahun tak makan strawberi pun tak pe dah😀 . Next time datang CH ni, kena bawa cream siap2😛 . Lepak sampai pukul 7 malam, then keluar pergi pasar malam lagi. Beli makanan untuk dinner je kemudian balik bilik. Yang mana sakit demam tu, makan ubat dan tidorlah kami dengan kekenyangan yang amat sangat.

Isnin 26/01/2009

Cuaca sangat cantik hari ni. Boleh nampak Gunung Berinchang dari jauh dan tempat itu insyaallah aku akan naik untuk next trip ke CH ni. Pukul 9 pagi dah check out dan makan roti canai di Tanah Rata. Lepas makan pergi ke The Smoke House. Nak balas dendam sebab cuaca sangat cantik untuk bergambar. Kemudian pergi cari menara yang boleh nampak seluruh CH ni, tapi sesat. Akhirnya jumpa jugak. Ingat boleh la naik kan, tapinye baca signboard kat situ tulis ” 45 minit jalan kaki”. Kena naik tangga melalui hutan. Frust lagi, tak pe 2nd trip ke CH aku akan naik menara tu. Selesai kat situ, kitaorang pun balik la ke KL. Di sepanjang perjalanan, mana-mana gerai yg ada, kami singgah. Abah kata buat cukup syarat😛 . Singgah juga di Lata Iskandar sekejap. Segarkan muka dan kemudian terus balik ke KL. SEKIAN.


cantik kan langit hari ni


the smoke house


tangga naik ke menara


lata iskandar

Tamat sudah famili trip kali ni. Seronok rasa sebab jarang sangat kami dapat cuti sama-sama macam ni. Ni pun tak lengkap, Eddy tak dapat ikut sebab ada tournament silat, tapi kira berbaloi jugak sebab dia dapat GANGSA. Ini pingat pertama setelah 3 kali masuk pertandingan. SYABAS BRO!

10 thoughts on “Laporan cuti-cuti: Cameron Highlands

  1. tiniztini.blogspot.com 29 January, 2009 / 2:12 am

    teh secawan seringgit setengah…
    bukan seringgit….
    huhuhuhuhu……….

  2. whooz 29 January, 2009 / 4:25 am

    haaa??? abah kata singgit?

  3. tiniztini.blogspot.com 29 January, 2009 / 11:53 am

    tea o seringgit..
    tea + susu seringgit setengah…
    hehehehe…
    oooo lupa nk masuk dlm blog perjalanan ke kilag teh tu…
    x pe la…
    baca kt cni je la…

  4. tiniztini.blogspot.com 29 January, 2009 / 11:56 am

    jumpa gak menara tu akhirnya ye….

  5. whooz 30 January, 2009 / 12:41 am

    ye jumpa..x pe nnt kita pi lagi..cantik hutan dia

  6. ned 30 January, 2009 / 2:44 am

    menara tue kat mana yer?
    mcm menarik jer

  7. whooz 30 January, 2009 / 5:33 am

    ned,
    menara di Jabatan Hutan CH. Kat situ ada jugak camp site dan tempat jungle treking. Ikut jalan yg sama ke Smoke House. Sure jumpa punya. Kalau dari atas jalan Tanah Rata-Brinchang dah boleh nampak bumbung menara atas bukit tu.

  8. amoi 1 February, 2009 / 9:54 am

    eh secawan singgit stgh ek?bkn rm5 ke?ke aku salah dengar diaorang cakap ari tu..hehe…

  9. Tok Li 1 February, 2009 / 11:54 am

    Tempat favourite saya kat CH ni ialah Bharat Tea House… memang best tempat ni…

  10. whooz 1 February, 2009 / 1:55 pm

    amoi,
    rm5 tu kat kedai yg dkt bawah tu kot..yg view ladang tuh..teh singgit setengah ni kat gerai atas tepi jalan nih..

    tok li,
    ladang bharat tu memang best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s