Bila tension

… apa yang anda buat?

macam-macam perkara orang akan buat bila tension
tension bagi aku kat sini ialah serabut kepala otak
rasa nak marah
rasa nak menangis
rasa berat je kat dalam hati
1001 rasa dalam satu masa
rasa macam tak mau tengok muka-muka orang di sekeliling (tolong temukan saya dengan alien, pleasee)

selain dari ambil wuduk, baca quran, dengar mp3 quran, aku akan joging tiap kali aku tension
biar 2-3 jam aku kat tasik tu, berapa round pusing pun aku tak tau
aku puas!
bila joging, aku rasa semua benda-benda yang berserabut dalam kepala otak keluar dengan peluh-peluh tu
nyah kau!
dan paling penting bila aku dapat tengok air, pokok, awan, rumput
aku tenang….

aku teringin sangat nak ada sebuah rumah yang dekat dengan pantai, tasik, hutan, air terjun..
Mr.X, take note okey πŸ™‚

Tag: Lagu

Another tag! Tapi tag ni aku macam best la buat. Suspennnnnnn πŸ˜‰

1. Put your iPod, mp3, or media player on shuffle
2. For each question, press the next button to get your answer
3. You must write down the name of the song, no matter how silly it sounds!
4. Tag 10 of your friends to do the same! P.S. No cheating!!

Disebabkan aku terlebih rajin, enjoy the video πŸ™‚

**********************************************************************

How Many Of These Have I Done?
Saying All My Love For You


If someone says “Is this okay?” you say?
What A Girl Want


How would you describe yourself?
Aku Sindarela


What do you like in a guy/girl?
All Over Again


How do you feel today?
Looking through Your Eyes


What is your life’s purpose?
Hanya Kau Yang Mampu

What is your motto?
All That She Wants


What do your friends think of you?
Keep Holding On


What do you think of your parents?
Girlfriend (girlfrens and boyfrens)


What do you think about very often?
Fix You


What do you think of your best friend?
Rehab


What do you think of the person you like?
The Day We Find Love


What is your life story?
It’s You I Adore


What do you want to be when you grow up?
Sorry , Blame It On Me


What do you think of when you see the person you like?
Moi Lolita


What will you dance to at your wedding?
Dont’ Matter


What will they play at your funeral?
Now And Forever


What is your hobby/interest?
I Need You Tonight


What is your biggest fear?
I Want It That Way


What is your biggest secret?
I’ve got you under my skin

What do you think of your friends?
I Have Nothing


What will you post this as?
Everything You Do


Sesapa nak buat silakan……………………………

Resipi: Pancake @ Kek kuali

Kalau sebut pancake macam glemer je kan. Ye la selalu tengok movie mat salleh, ade je la pancake nih. Padahal macam lempeng je πŸ˜› . Satu hari, aku jalan-jalan kat sini . Terjumpa resipi pancake ni. Seumur hidup aku tak pernah makan pun πŸ˜€ . So, aku try ler. Thank you Kak Zana letak resipi tu πŸ˜‰

Ok, gambar dulu πŸ™‚

Bahan:

Bahan A
Tepung gandum
1 cawan
Baking powder 2 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu
1 cawan (aku guna susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak. Jangan salahkan resipi ni!

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Aku suka whipped cream. Yummmy!

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang πŸ˜‰ . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.

Sila..sila pilih

Hari ni aku sesaja try tengok tiket kat web Air Asia. Wahhh dah boleh pilih tempat duduk. Macam nak pilih tempat duduk panggung wayang pulak πŸ˜€ .

Sila la pilih..tapi kene bayar ye..mana ada bende free dalam dunia nih πŸ˜›

Yang kaler merah, Hot seat harganya rm25 dan yang putih tu seat biasala harganya rm5.

Cuti-cuti Ampang

Pernah tak sesapa piknik kat 2 tempat dalam satu hari yang sama? Aku tak pernah buat sebelum ni tapi kelmarin ni aku buat. Kelmarin aku ke air terjun. Menurut Nani, kitaorang akan ke waterfall Kemensah@Sofia Jane (waterfall ni turut dikenali sebagai Air Terjun SofeaΒ  Jane πŸ˜› ) . Aku pun google la sikit. Nak berjalan-jalan mesti kena buat research sikit kan. So okla, dah dapat gambaran sikit tempat tu.

Dalam perjalanan, baca signboard tiba-tiba jumpa signboard tulis “Air Terjun Sg Gabai, Tekala dan Air Terjun Batangsi”. Hoh???? Mana Kemensah nya? Keempat-empat orang tak pernah pergi pun. Akhirnya kami pun ke Sg.Gabai. Nasib baik tak jumpa Kemensah tu sebab kat Gabai ni lagi syok! Kena naik tangga yang boleh buat ketar lutut . Tak pe, latihan untuk Gunung Sibayak nanti. Kena bayar sorang seringgit nak masuk Sg.Gabai ni.


tempat mandi

lauk piknik

Sampai-sampai, terus makan dengan lahapnya.Lapar giler! Kemudian mandi. Deras air terjun tuh. Sedapla blakang dengan kepala macam diurut-urut. Sejam lebih kemudian, siap-siap untuk ke Look out point pula. Look Out Point ni ada dalam 15 minit kot dari Sg Gabai tadi. Kena naik bukit. Wahhh ini 1st time aku guna gear “L” keta aku tu. Curam gilerr. Nasib baik pendek je jalan bukit tu. Kat atas tu ada menara. Boleh nampak KL. Tapi tak nampak sangat sebab jerebu. Jerebu ke kabus eh?? πŸ˜› . Kalau malam lagi best tu. Nampak lampu-lampu. Tengok bunga api pun sure best. Sebab dah penat mandi dan makan, sambil-sambil lepak kat atas menara tu, ngantuk! rasa macam nak baring. Ambil gambar sket dan terus gerak ke destinasi seterusnya.

dari atas menara


menara tinjau Look Out Point

Kemudian kami ke Bukit Belacan. Dekat je dari Look Out Point tadi. Kat sini lagi mahai bayarnya. Sorang seringgit dan kereta 2 ringgit. Tapi tempat tu macam tak de orang jaga. Dahla monyet2 bebas berkeliaran. Jumpa port yang best, kitaorang makan lagi bekal yang tak habis kat Gabai tadi. Tak lama pun lepak, rendam-rendam kaki dalam sungai, terus balik. Sebelum sampai ke pintu masuk tadi, ada banyak monyet lepak tengah jalan. Bukan tepi jalan ye. Ada sekor ni macam dah target Nani dari jauh. Sampai je dekat, dia terkam kaki Nani. Wah dalam ramai-ramai tu, Nani yang dia pilih πŸ˜€ . Nasib baik Amy berani, marah balik monyet tuh sambil acu dengan botol air. Kitaorang pun jalan laju giler. Tak tau sapa la pulak yang jadi mangsa kat belakang tu.

dalam beg ni ada hp, purse dan kunci kereta. semua basah! aku ingat beg ni kalis air, tipu! akibatnya hp aku rosak 😦

Balik rumah, solat rehat apa semua, pukul 9 keluar ke The Mines, tengok GENG: PENGEMBARAAN BERMULA! best..best..best

Macam tu la cuti-cuti Ampang kitaorang yang bertemakan “Cintai alam sekitar dan Jangan cintai monyet”. Yang pastinya aku akan pergi lagi air terjun tu ataupun yang lain-lain sebab tak puas mandi πŸ˜€ .