1 tahun

Actually 31/01/2009 yang lepas genap setahun Fariez pergi. Disebabkan kejadian yang agak memalukan bagi aku dan amy sebagai pelajar/pekerja dalam bidang IT, aku tak boleh online dari rumah. Nasib baik dapat detect awal sebelum orang streamix datang😛 .

Arwah lahir awal dari yang dijangka. Juga pergi awal tak disangka. Aku ingat lagi time ma telefon bagitau ngah bersalin, aku tengah shoping untuk raya di Jusco Maluri. Dapat je berita, terus aku shoping untk arwah sekali🙂 . Arwah betul-betul beri cahaya kepada famili aku. Setiap pagi, bangun, tanpa cuci muka/ gosok gigi, semua pergi jenguk arwah dulu. Kalau arwah masih tido, kitaorang kacau-kacau dia. Tapi awal-awal dulu, tido nyenyak betul. Bunyi mesin jahit kat sebelah pun tak sedar. Aku suka tengok dia tido, time ni la aku boleh ambil gambar dia banyak2.

Walaupun hayat arwah sekejap, dah merata tempat dia pergi. Kuat sungguh berjalan. Macam maklong dia laaa😛 . Arwah dah sampai IKEA tau. Sejuk-sejuk kat dalam tu, ambil je selimut yang kat rak tu, selimutkan dia. Sampai kat kaunter cashier, buang la balik selimut tu😛 . UITM Shah Alam pun arwah dah sampai. Kecik-kecik dah masuk U budak nih😉 . Yang bestnye, sempat tu pakai mortar board aku. Comei betul! Arwah pernah sampai Tasik Titiwangsa jugak. Tengok Eye of  Malaysia. Galak dia kena tiup angin kat tasik tu. Kajang pun arwah dah sampai. Haa pasar borong selayang pun pernah sampai (lalu je la). Sebab aku telah menyesatkan famili aku nak ke IKEA, tetiba sampai Selayang😛 .

Hari arwah masuk hospital, aku di KL. Kelam kabut pergi Kuantan. Telefon orang sana-sini minta tolong orang carikan tiket. Itu kali pertama aku naik bas langsung tak tido. Kalau tak, tak sampai Gombak lagi, aku dah hanyut dah😀 .  Semasa tunggu di hospital, kami semua masih berharap arwah selamat. Tambah lagi dengan kata-kata semangat dari makcik guard NICU tu. Lupa la nama dia. Terima kasih banyak2! Aku sebenarnya tak tau macam mana nak hadapi malam tu. Ini kali pertama famili aku  berdepan dengan situasi kritikal macam tu. Sempat juga aku tengok arwah buat kali terakhir. Dia sungguh comel untuk pergi dulu…al-fatihah

2 thoughts on “1 tahun

  1. tiniztini.blogspot.com 1 February, 2009 / 11:54 am

    kalu arwah ada lagi mesti cik long dia beli macam2 kt dia……
    topi disney utk arwah ada simpan lg tak?????

  2. whooz 1 February, 2009 / 1:37 pm

    ade ni dalam almari..simpan elok lagi..x pe tunggu next anak buah laaa😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s