Cuti-cuti Ampang

Pernah tak sesapa piknik kat 2 tempat dalam satu hari yang sama? Aku tak pernah buat sebelum ni tapi kelmarin ni aku buat. Kelmarin aku ke air terjun. Menurut Nani, kitaorang akan ke waterfall Kemensah@Sofia Jane (waterfall ni turut dikenali sebagai Air Terjun Sofea  Jane😛 ) . Aku pun google la sikit. Nak berjalan-jalan mesti kena buat research sikit kan. So okla, dah dapat gambaran sikit tempat tu.

Dalam perjalanan, baca signboard tiba-tiba jumpa signboard tulis “Air Terjun Sg Gabai, Tekala dan Air Terjun Batangsi”. Hoh???? Mana Kemensah nya? Keempat-empat orang tak pernah pergi pun. Akhirnya kami pun ke Sg.Gabai. Nasib baik tak jumpa Kemensah tu sebab kat Gabai ni lagi syok! Kena naik tangga yang boleh buat ketar lutut . Tak pe, latihan untuk Gunung Sibayak nanti. Kena bayar sorang seringgit nak masuk Sg.Gabai ni.


tempat mandi

lauk piknik

Sampai-sampai, terus makan dengan lahapnya.Lapar giler! Kemudian mandi. Deras air terjun tuh. Sedapla blakang dengan kepala macam diurut-urut. Sejam lebih kemudian, siap-siap untuk ke Look out point pula. Look Out Point ni ada dalam 15 minit kot dari Sg Gabai tadi. Kena naik bukit. Wahhh ini 1st time aku guna gear “L” keta aku tu. Curam gilerr. Nasib baik pendek je jalan bukit tu. Kat atas tu ada menara. Boleh nampak KL. Tapi tak nampak sangat sebab jerebu. Jerebu ke kabus eh??😛 . Kalau malam lagi best tu. Nampak lampu-lampu. Tengok bunga api pun sure best. Sebab dah penat mandi dan makan, sambil-sambil lepak kat atas menara tu, ngantuk! rasa macam nak baring. Ambil gambar sket dan terus gerak ke destinasi seterusnya.

dari atas menara


menara tinjau Look Out Point

Kemudian kami ke Bukit Belacan. Dekat je dari Look Out Point tadi. Kat sini lagi mahai bayarnya. Sorang seringgit dan kereta 2 ringgit. Tapi tempat tu macam tak de orang jaga. Dahla monyet2 bebas berkeliaran. Jumpa port yang best, kitaorang makan lagi bekal yang tak habis kat Gabai tadi. Tak lama pun lepak, rendam-rendam kaki dalam sungai, terus balik. Sebelum sampai ke pintu masuk tadi, ada banyak monyet lepak tengah jalan. Bukan tepi jalan ye. Ada sekor ni macam dah target Nani dari jauh. Sampai je dekat, dia terkam kaki Nani. Wah dalam ramai-ramai tu, Nani yang dia pilih😀 . Nasib baik Amy berani, marah balik monyet tuh sambil acu dengan botol air. Kitaorang pun jalan laju giler. Tak tau sapa la pulak yang jadi mangsa kat belakang tu.

dalam beg ni ada hp, purse dan kunci kereta. semua basah! aku ingat beg ni kalis air, tipu! akibatnya hp aku rosak😦

Balik rumah, solat rehat apa semua, pukul 9 keluar ke The Mines, tengok GENG: PENGEMBARAAN BERMULA! best..best..best

Macam tu la cuti-cuti Ampang kitaorang yang bertemakan “Cintai alam sekitar dan Jangan cintai monyet”. Yang pastinya aku akan pergi lagi air terjun tu ataupun yang lain-lain sebab tak puas mandi😀 .

5 thoughts on “Cuti-cuti Ampang

  1. yatie 16 February, 2009 / 9:58 am

    huzz…kat mana gunung sibayak tu?mcm menarik jer nk pg hiking…rindula aktiviti hiking menghiking ni…uuu

  2. whooz 16 February, 2009 / 10:10 am

    hai cik puan yati, lama tak nampak..

    gunung sibayak kat medan..insyaallah bulan 5 nih pegi medan🙂 .

  3. yatie 18 February, 2009 / 10:07 am

    Aku slalu je mengikuti perkembangan blog ko..eheh…cuma aku x drop komen je…ohoo…pg medan plaks…syok nyer ko,jln2 sokmo…kat sibayak tu,hiking ikut trek ke,hiking pakai kete…? huhuhu

  4. whooz 11 March, 2009 / 9:26 am

    hiking 2-2 cara. naik bas sampai satu level, then jalan kaki la. Naik bas tu nak jimat kan masa je (coverline untuk penat hehheheh). Sebab lepas gunung tu, kami akan gerak ke bandar Medan pulak untuk xtvt shoping. Kang ada yg pengsan tengah shoping pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s