Resipi: Salad Amy

Salad Amy? Hhehhehe aku main letak je nama resipi kali ni sebab Amy yang ajar aku buat salad ni. Resipi ini beliau dapat dari orang Filipina. Amat mudah membuatnya. Gaul je semua bahan. Okeh, jom masak!

Bahan:

Makaroni apa-apa jenis pun boleh (aku guna yang macam ulat tu)
Mayonis
Susu pekat
Keju (yang parut better la sebab halus)
Kismis
Buah-buahan untuk punch dalam tin (kalau lebihkan buah nenas, amatla sedap. menurut Amy, prefer nenas yang bulat sebab lebih manis, so jangan beli yang kiub sebab yang tu masam)

Cara-cara:

1. Masak makaroni dan toskan

2. Gaul semua bahan dengan makaroni. Kuantiti bahan-bahan di atas adalah ikut suka hati, cita rasa masing-masing. Nak manis, lebihkan susu, nak lemak lebihkan keju, nak kenyang lebihkan makaroni, nak lebih rasa buah lebihkan buah. Ikut suka hati.

3.  Siap! senang kan???? Simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan ketika sejuk.

image011

Aku dan Dirimu

Ari Lasso & Bunga Citra

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpi malam kita

reff:
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita

PCB

PCB tu ape?

Potongan Cukai Berjadual?  Pantai Cinta Berahi?  Pantai Cahaya Bulan? (3 ni je la yang aku tau pun 😛 )

PCB (Pantai Cahaya Bulan) letaknya di Kota Bharu, Kelantan. Dalam 10 km jaraknya dari bandar Kota Bharu (lebih kurang la). Dulu namanya Pantai Cinta Berahi. Tak ingat pula aku sejak bila ianya ditukar kepada nama sekarang. Sebab ditukar pun aku tak tau sangat tapi kemungkinan besar sebab nama lama tu membawa maksud yang kurang enak. Tapi kan, perkataan “berahi” tu, rilek je kitaorang guna kat Kelantan ni. Contoh:

“Berehi sunggoh kawe make ule cicoh budu” maksudnya “Saya gemar makan ulam cicah budu”

Berehi tu membawa maksud suka, gemar lebih kurang gitu la. Tapi tak kisah la apa namanya pun sebab orang akan panggil PCB jek 😀 .

Laut kat situ cantikla. Hijau kebiruan. Ada berderet-deret kedai makan kat tepi tu. Semua jual menu yang sama 😛 . Seafood goreng celup tepung dan air kelapa. Itu menu utama la. Maybe ada menu-menu lain juga. Feveret aku, ikan kembung goreng celup tepung. Cicah dengan sambal lada campur kacang hancur. Wahhhh nyum nyum nyum!

Kat sini ada jugak orang jual layang-layang yang colourful tu. Tak tau la sejak bila diorang jual sebabnya kali terakhir aku pergi PCB, kalau tak silap aku dalam menengah rendah macam tu la 😀 .

Di sepanjang jalan nak ke PCB ni, ada berderet-deret kedai batik, guest house, kedai makan. Ada juga tempat membuat wau. Ntah-ntah dalam banyak-banyak kedai kat situ ada kedai sedara aku. Ma kata ramai jugak sedara abah dok di kawasan situ tapi dah lama terputus hubungan. Dari jauh, dah boleh nampak langit luas kat hujung sana, laut tak nampak sebab kedudukan pantai agak ke bawah. Dah boleh bau laut. Aku suka bau laut, bunyi laut, rasa angin laut tapi yang tak bestnye kulit aku amat alergic kalau pergi laut. Confirm muka gatal-gatal.

Aku kena explore lebih banyak tempat di Kelantan ni sebab senang nak bawa kekawan jalan-jalan. Aku ni macam tertadah-tadah hujan emas ni negeri orang je. Maroh TGNA ko ambo 😉 .

Anda bagaimana?

KOTA KINABALU 3 Mac – Kira-kira 78,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara 300,000 rakyat negara ini yang dilarang keluar negara….

“Ada baiknya orang ramai membuat semakan awal secara online bagi mengelakkan rasa malu apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara,” katanya….

Okeh, mari check korang boleh ke luar negara atau tak 😛 . Ini dari web imigresen http://www.imi.gov.my/semak.aspx

ni dari web ptptn http://eform.ptptn.gov.my:8080/blacklist/login.cfm

aku? setakat hari ni TIADA HALANGAN 🙂

Kena check kerap ni sebelum pergi Medan nanti 😛

Kisah Si Pencuri

Sehari selepas si pencuri itu masuk rumah aku, dia masuk rumah orang lain pulak. Tamak betul! Agaknya frust masuk rumah aku tak dak untung. Dapat duit rm90++ dan kamera yang tak boleh on pun (aku cabut bateri malam sebelumnya untuk charge hehhehe). Kali ni dia masuk rumah famili, banyak jugakla dia dapat. Barang kemas, duit, kamera dan DVD player. Modus operandi nya sama, potong gril tingkap dapur. Cuma masa je berbeza. Rumah aku time pagi-pagi buta kitaorang tengah tidur nyenyak dan rumah famili tu siang-siang celik time orang pergi kerja.

Menariknya, si pencuri (atau geng-geng dia) pergi la jual dvd player tu kat satu orang ni. Kebetulan orang ni kawan kepada mangsa pecah rumah tu. Dia pun tunjuk dvd player tu kat mangsa ni. Confirm itu dia punya, maka dapatla balik dvd player tu.

Yang aku tertanya-tanya di sini, orang yang beli barang-barang curi ni, tak syak ke barang tu barang curi. Kalau syak, buat la perangkap ke, ikut sampai balik rumah ke, ntah-ntah sampai ke sarang diorang (terpengaruh dengan movie nih) pastu report polis. Ataupun diorang ni saje buat tak tau sebab beli barang tu harga murah, then repair sikit (kalau rosak), jual balik dengan harga mahal. Tengok, kat situ ada permintaan, patutla ada penawaran.

Apapun, aku makin geram kepada “pengecut-pengecut” ni sebab pagi tadi, sorang ofismate merangkap housemate aku nyaris diragut oleh pemuda bermotorsikal sewaktu berjalan masuk ke pagar ofis. Nasib baik tak dapat beg tu, tapi jatuh luka jugakla kaki tangan pempuan tu.

Superwoman

Superwoman – Alicia Keys

Everywhere I’m turning
Nothing seems complete
I stand up and I’m searching
For the better part of me
I hang my head from sorrow
Slave to humanity
I wear it on my shoulders
Gotta find the strength in me

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

For all the mothers fighting
For better days to come
And all my women, all my women sitting here trying
To come home before the sun
And all my sisters
Coming together
Say yes I will
Yes I can

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

When I’m breaking down
And I can’t be found
And I start to get weak
Cause no one knows
Me underneath these clothes
But I can fly
We can fly, Oooohh

Cause I am a Superwoman
Yes I am
Yes she is
Even when I’m a mess
I still put on a vest
With an S on my chest
Oh yes
I’m a Superwoman

cita-cita aku dulu nak jadi superwoman. penyelamat di saat genting. tapi aku tak suka pulak cerita superman