Penang mari!

Kemarin sepatutnya hari aku menziarah baby-baby memember aku yang pakat bersalin dekat-dekat jaraknya. Dan specialnya jugak keepat-empat mereka bersalinkan anak kedua dan sepasang. Yang mana 1st dulu lelaki, kali ni dapat pempuan. Yang mana 1st nye pempuan, kali ni dapat lelaki. Hmmm hebat-hebat. Di jadikan cerita, semua baby tak ada dirumah. So dah jadi lain la pulak aktiviti kemarin.

Pergi rumah member, Ina di Kyoto Garden, Bukit Antarabangsa. Sesat! Sesat kat dalam Bukit Antarabangsa tu. Sebab jalan ada yang tutup, buat lencongan, jalan baru sebab tanah runtuh ari tu la. Seram aku tengok kawasan tanah runtuh tu. Banglo-banglo kat situ banyak yang “FOR SALE”. Hmmm tengokkan keadaan bukit tu, macam akan jadi lagi je tanah runtuh. Harap-harap tak la.

Mandi, lepak kejap kemudian kami keluar makan, kononya nak ke Jusco Setiawangsa. Cari punya cari, tak jumpa (betul-betul menjejaskan kredibiliti aku sebagai pemandu). Bukannya cari rumah orang, ni cari JUSCO yang berganda-ganda saiznya dari rumah, pun tak jumpa. Terus kami ke KLCC. Hahahhah giler upgrade dari JUSCO ke KLCC.  Makan mee udang di Little Penang, sedap! Next time pergi, nak try menu lain pulak. Kemudian join husband Ina lepak di DOME. Wahh 1st time okey! Mana aku pernah lepak-lepak minum kat situ😛 .

Sembang sampai petang, kemudian gerak balik ke Bukit Antarabangsa dan lepak lagi kat rumah dia. Pukul 9 lebih, kami ke Mali’s Char Kuey Teow di Taman Bunga Raya. Dengar kabar, gerai ni masuk dalam program WARUNG KITA kat astro tu.Dah femes la tu. Beratur, punya panjang tapi Ina kata itu tak panjang lagi. Itu baru 1/3 dari panjang barisan yang dia pernah beratur dulu. Hah gila! Sanggup tuh beratur lama-lama. Aku tengok muka-muka yang beratur tuh, kelat semacam je😀 . Sape tak tension, nak beli kuey teow sepinggan harga rm3.50 (yang paling murah), beratur punya panjang. Tapi semua tu tak peduli dah bila dapat suap kuey teow tu. Sedap! Udang besar! Kuah banyak! Aku bukan la peminat susah mati char kuey teow nih, tapi aku dapat rasa sedap la kuey teow kat sini. Kena suruh mereka yang suka giler char kuey teow ni makan, baru dapat compare dengan kat NZ Wangsa Maju. Selain kuey teow, ada juga nasi lemak. Nampak menyelerakan jugak. Next time la try nasi lemak.Pukul 12 lebih sampai rumah (dah macam cinderella pulak). Penat!

Bosan nya entry kali ni tak de gambar. Memang bedebah la si pencuri itu!

6 thoughts on “Penang mari!

  1. sehelai murni 1 March, 2009 / 10:08 am

    huhu
    camera huzz y bnyk bjasa itu pon d curik! mmg sgt bedebah! cis!

  2. sehelai murni 1 March, 2009 / 2:56 pm

    laaaa awat la x call aku tanye jalan nak p jj AU tu. senang sajork! tempat dating gue tu :p

  3. whooz 2 March, 2009 / 12:55 am

    hahhaha tak pe, kalu jumpa JUSCO tu, x de la makan kat KLCC😛 .

    ni dlm proses survey kamera baru la pulak😀

  4. Dalin 2 March, 2009 / 2:41 pm

    mama saya masak koay teow sangat sedap. tak penah saya makan koay teow sesedap itu.. kecuali yg saya masak laaa

  5. whooz 2 March, 2009 / 2:48 pm

    ok, noted..saya order siap2 nih😀

  6. kak janna 3 March, 2009 / 3:57 am

    wah…ni citer pasal makan2 nih……byk tol makan….ekekeke.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s