Kisah Si Pencuri

Sehari selepas si pencuri itu masuk rumah aku, dia masuk rumah orang lain pulak. Tamak betul! Agaknya frust masuk rumah aku tak dak untung. Dapat duit rm90++ dan kamera yang tak boleh on pun (aku cabut bateri malam sebelumnya untuk charge hehhehe). Kali ni dia masuk rumah famili, banyak jugakla dia dapat. Barang kemas, duit, kamera dan DVD player. Modus operandi nya sama, potong gril tingkap dapur. Cuma masa je berbeza. Rumah aku time pagi-pagi buta kitaorang tengah tidur nyenyak dan rumah famili tu siang-siang celik time orang pergi kerja.

Menariknya, si pencuri (atau geng-geng dia) pergi la jual dvd player tu kat satu orang ni. Kebetulan orang ni kawan kepada mangsa pecah rumah tu. Dia pun tunjuk dvd player tu kat mangsa ni. Confirm itu dia punya, maka dapatla balik dvd player tu.

Yang aku tertanya-tanya di sini, orang yang beli barang-barang curi ni, tak syak ke barang tu barang curi. Kalau syak, buat la perangkap ke, ikut sampai balik rumah ke, ntah-ntah sampai ke sarang diorang (terpengaruh dengan movie nih) pastu report polis. Ataupun diorang ni saje buat tak tau sebab beli barang tu harga murah, then repair sikit (kalau rosak), jual balik dengan harga mahal. Tengok, kat situ ada permintaan, patutla ada penawaran.

Apapun, aku makin geram kepada “pengecut-pengecut” ni sebab pagi tadi, sorang ofismate merangkap housemate aku nyaris diragut oleh pemuda bermotorsikal sewaktu berjalan masuk ke pagar ofis. Nasib baik tak dapat beg tu, tapi jatuh luka jugakla kaki tangan pempuan tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s