PCB

PCB tu ape?

Potongan Cukai Berjadual?  Pantai Cinta Berahi?  Pantai Cahaya Bulan? (3 ni je la yang aku tau pun😛 )

PCB (Pantai Cahaya Bulan) letaknya di Kota Bharu, Kelantan. Dalam 10 km jaraknya dari bandar Kota Bharu (lebih kurang la). Dulu namanya Pantai Cinta Berahi. Tak ingat pula aku sejak bila ianya ditukar kepada nama sekarang. Sebab ditukar pun aku tak tau sangat tapi kemungkinan besar sebab nama lama tu membawa maksud yang kurang enak. Tapi kan, perkataan “berahi” tu, rilek je kitaorang guna kat Kelantan ni. Contoh:

“Berehi sunggoh kawe make ule cicoh budu” maksudnya “Saya gemar makan ulam cicah budu”

Berehi tu membawa maksud suka, gemar lebih kurang gitu la. Tapi tak kisah la apa namanya pun sebab orang akan panggil PCB jek😀 .

Laut kat situ cantikla. Hijau kebiruan. Ada berderet-deret kedai makan kat tepi tu. Semua jual menu yang sama😛 . Seafood goreng celup tepung dan air kelapa. Itu menu utama la. Maybe ada menu-menu lain juga. Feveret aku, ikan kembung goreng celup tepung. Cicah dengan sambal lada campur kacang hancur. Wahhhh nyum nyum nyum!

Kat sini ada jugak orang jual layang-layang yang colourful tu. Tak tau la sejak bila diorang jual sebabnya kali terakhir aku pergi PCB, kalau tak silap aku dalam menengah rendah macam tu la😀 .

Di sepanjang jalan nak ke PCB ni, ada berderet-deret kedai batik, guest house, kedai makan. Ada juga tempat membuat wau. Ntah-ntah dalam banyak-banyak kedai kat situ ada kedai sedara aku. Ma kata ramai jugak sedara abah dok di kawasan situ tapi dah lama terputus hubungan. Dari jauh, dah boleh nampak langit luas kat hujung sana, laut tak nampak sebab kedudukan pantai agak ke bawah. Dah boleh bau laut. Aku suka bau laut, bunyi laut, rasa angin laut tapi yang tak bestnye kulit aku amat alergic kalau pergi laut. Confirm muka gatal-gatal.

Aku kena explore lebih banyak tempat di Kelantan ni sebab senang nak bawa kekawan jalan-jalan. Aku ni macam tertadah-tadah hujan emas ni negeri orang je. Maroh TGNA ko ambo😉 .

7 thoughts on “PCB

  1. sehelai murni 12 March, 2009 / 6:13 am

    cantik la langit kat situ .. xpe bulan 6 ni bole pegi :p

  2. whooz 12 March, 2009 / 6:18 am

    sila2..selamat datang😀

  3. yatie 12 March, 2009 / 9:13 am

    hang ni,kalu psl mengarang,ada je ayat yg buat aku nk tergelak.Cthnya mcm ayat contoh ko tu…hehehehe…wah,dh maju tmpt ittew.last aku pg time darjah 4 ke 5 ntah…xigt dh pun tmt tu cemana rupanya…psni kene pegi ni….

  4. whooz 12 March, 2009 / 9:36 am

    puan yati,

    dari rantau panjang ke kb tu, silalah singgah di rumah hamba dulu ye😀 .

  5. yatie 13 March, 2009 / 10:24 am

    hehehe…ko nk tau x,bila aku blk rantau panjang,bila dh sampai kt tnh merah tu,slalu ckp kt hubby rumah ko kt dpn tu aje…tp xpenah2 lg nk singgah..yela,kalu aku balik RP,ko x balik plak.Seganla aku nk dtg tp ko xde..insyaallah..psni,kalu ngam2 ko n aku nk blk klntn,sure aku singgah umah ko.CONFIRM…insyaallah…hehehe

  6. kak janna 20 March, 2009 / 11:46 am

    owh..gi PCB ko? lalu la kapung kesanyangan kak janna…Kg PEnambang…dekat dgn Sekolah Menengah Penambang…..hehehe….kak janna kalu balik Klate misti gi PCB nih…mugo dekak jah kae….

  7. whooz 20 March, 2009 / 5:17 pm

    wah..nanti kalu balik, helo2 la, buleh dating tepi pantai😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s