Resipi: Salad Amy

Salad Amy? Hhehhehe aku main letak je nama resipi kali ni sebab Amy yang ajar aku buat salad ni. Resipi ini beliau dapat dari orang Filipina. Amat mudah membuatnya. Gaul je semua bahan. Okeh, jom masak!

Bahan:

Makaroni apa-apa jenis pun boleh (aku guna yang macam ulat tu)
Mayonis
Susu pekat
Keju (yang parut better la sebab halus)
Kismis
Buah-buahan untuk punch dalam tin (kalau lebihkan buah nenas, amatla sedap. menurut Amy, prefer nenas yang bulat sebab lebih manis, so jangan beli yang kiub sebab yang tu masam)

Cara-cara:

1. Masak makaroni dan toskan

2. Gaul semua bahan dengan makaroni. Kuantiti bahan-bahan di atas adalah ikut suka hati, cita rasa masing-masing. Nak manis, lebihkan susu, nak lemak lebihkan keju, nak kenyang lebihkan makaroni, nak lebih rasa buah lebihkan buah. Ikut suka hati.

3.  Siap! senang kan???? Simpan dalam peti sejuk. Sedap dimakan ketika sejuk.

image011

12 thoughts on “Resipi: Salad Amy

  1. ned 23 March, 2009 / 1:35 am

    aiyak.. biler baca makaroni + susu manis..
    dah lain rasa kat tekak.. heheh..
    bleh erk pasta makan dgn benda manis?

    oh! sungguh x berjiwa & bertekak seorg kelantan la aku nie (^^ii)

  2. whooz 23 March, 2009 / 2:07 am

    haaa boleh ned..aku suka! sebelum buat nih, aku pun mcm errr boleh ke mcm ni..tp memang ok jek..tekak boleh terima, green light!..lebihkan nenas tuh..juicy! dan makan ketika sejuk gedik😀

  3. ned 23 March, 2009 / 3:20 am

    hehe.. ok.. nanti nak trylaa.. buat skit dulu kan (^^,).. makaroni+susu+kismis+ mayonis dah ader kat rumah,. tinggal beli yg lenlain jer laa.

    erm.. pakai keju aper ye? mozarella ker parmesan erk?.. ke tak kesah aper2 (^^ii), janji cheese?

  4. whooz 23 March, 2009 / 4:24 am

    haa buat sket dulu, try😀 .. cheese tu pulak, tuan punya resipi main belasah je cheese apa, so x kisahla kot..ikut sedap masing2😉. dan 1 lagi, buah-buahan tu kalau boleh jangan ambil yg ada potongan betik, sbb betik ni dia lembik, x best. tapi kalu nak try, boleh je.

  5. ned 23 March, 2009 / 6:05 am

    0o0000o…ok. tq (^_^)

  6. mama yatie 23 March, 2009 / 9:58 am

    aha…aku suka ni…lama dh xde entry masak memasak ni…weekend ni,aku try beb!!!

  7. whooz 23 March, 2009 / 10:58 am

    ok beb, aku bajet anak ko mesti suka😀

  8. Acap 19 March, 2011 / 9:00 am

    boleh gantikan keju ngan mentega ke??

    • whooz 21 March, 2011 / 1:25 am

      tak boleh. rasa jadi lain.

  9. tita 27 August, 2011 / 4:13 pm

    kalau tak pakai keju/takde keju menjadi tak resepi ni…keju susah nak dapat lah kat tempat saya nih…

    • whooz 6 September, 2011 / 8:27 am

      kalau x guna keju, menjadi cuma rasa kurang sedap. tapi boleh cuba, mana tau ok kan?

  10. pana 1 October, 2011 / 4:40 am

    penah mkn mmg sedap tp lum penah wt sndiri…nk try wt sndiri….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s