Mesej anniversary

Sedang syok-syok tengok diari AF, aku dapat mesej.

“Tarih penting…28 april..u.tahun prkahwinan abah ke30..2mei ari ke..ke40..eh..silap..ke51..”

Sejak bila abah pandai hantar reminder kat kitaorg nih. Pakej sekali dengan besday pulak tu. Dahla aku susah nak faham mesej tu sebenarnya. Agak lama berfikir, apa yang abah nak bagitau ni. Tengok, aku tak pernah ingat pun ulangtahun perkahwinan ma dan abah. Eh bukan tak pernah tau, tapi LUPA. Biasala manusia mudah lupa.

Segera aku sms adik-adik tanya pasal mesej abah. Eddy kata ni 1st time dia baru tahu anniversary ma dan abah 28 april πŸ˜› . Hampeh. Biasa-biasa kitaorang tak sambut pun, sebab dah dekat denganΒ  besday abah kemudian besday aku, kitaorang selalu makan-makan besar 3 in 1 je.

Tahun ni rasa macam nak bagi hadiah la. Hadiah apa ek. Hmm..dulu teringin nak bagi jam sepasang tapi abah dan ma jenis tak pakai jam. Honeymoon? Haa macam best je. Tapi kitaorang nak ikut jugak boleh??????

Semoga jodoh kekal berpanjangan. Amin

Credit to boopsie.daisy for the lovely photo. Nice work!

Jom naik basikal!

Actually lama gila aku dah tak berbasikal apa semua nih. Habis je degree (dulu aku ada basikal kat U, orang lain naik motor, aku beli basikal je), dah tak de can nak naik basikal dah. Pada satu pagi yang tak berapa panas, kami ke Taman Botani, Putrajaya untuk aktiviti berbasikal. Kadang-kadang tu kan, betul jugak kata orang, kalau plan baekkk punya, ntah bila nak jadi. Dah lama sebenarnya nak pergi naik basikal pusing tasik ni, tak pergi2 jugak. Sabtu yang lepas, pukul 8.00 pagi dapat sms jemputan pergi berbasikal, 9.00Β  pagi terus gerak ke Putrajaya.

Para peserta:

Ini basikalnya, romantik kan??? :D. Baru ku tahu untuk yang duduk belakang, x de brek. Semuanya bergantung kepada orang depan.

Kalau hari biasa, sewa sebuah basikal untuk sorang duduk rm3. Untuk berdua tu rm6. Weekend naik sikit harga, rm4 untuk basikal 1 tempat duduk dan rm7 untuk 2 tempat duduk. Semuanya untuk sejam. Kalau lebih jam, sila la bayar extra. Aku tak sure la total jarak berapa km, tapi jauh jugakla kami mengayuh. Tapi nasib baik cuaca cun, tak de panas-panas. Enjoy je naik basikal sambil menghirup udara yang segar :P. Rupa-rupanya pada hari yang sama, berlangsungnya Cycling Treasure Hunt di Wetland, Putrajaya. Dah sampai sana baru tau ada event tu. Melepas! kalau tak, kayo makcik dapat harta karun πŸ˜€ .

Selamat datang ke Taman Botani. Sila datang lagi ye πŸ˜‰

Sepupu baru

Shadid, ahli baru dalam pokok keluarga AllahyarhamYahya & Hasnah. Anak pakcik aku, merangkap sepupu aku la ni. Time gambar ni di ambil, umur dia baru 2 minggu. Kecik-kecik lagi dah pandai tengok kamera.Bagus-bagus, senang keje aku. Dalam ramai-ramai sepupu aku, ada sorang budak kecik ni. Langsung tak mau gambar nye di ambil. Siap boleh nangis kalau dia perasan orang ambil gambar dia. Leceh betul la. Pastu ada jugak yang suka sangat kamera. Pantang jumpa aku, “Kak Yong bawa kamera?”. Macam-macam la perangai bebudak nih. Tapi yang kiutnye, lepas ambil gambar diorang, melompat-lompat nak tengok. “Nak tengok-nak tengok!”. Kemudian aku akan dikerumun oleh si kecik-kecik untuk tengok gambar kat kamera tuh dan lepas tengok, masing-masing gelak :D. Kiutnye! Kalau yang over sikit tuh, nak bergambar lagi. Penat akak!

Entry ini sekadar nak memperkenalkan sepupuku yang baru lahir. Jarak usia kami 29 tahun. Kalau umur aku panjang sampai ke 80 tahun, dan Shadid juga jika dipanjang kan umur, beliau bakal berusia 51 tahun. Tuanye sepupu aku, kata Shadid

Tanam, Kutip, Makan

Apa yang aku tahu, tangan aku panas. Orang kata kalau tanam pokok tu, sure tak hidup la. Adala beberapa kejadian yang mengesahkan benda ni tapi tak tahu la kebetulan atau aku memang tak de tanjak untuk bercucuk tanam. Tapi aku sebenarnya suka tengok hasil tanaman, kutip dan makan. Sayur la ni ye, tak kan bunga pulak. Untuk ‘memyth buster kan’ kata-kata tangan aku panas, sekarang aku ada hobi baru iaitu tanam sayur. Sekarang ada 2 jenis je, serai dan cili padi. Dua-duanya aku tanam dalam pasu saja. Hampir sebulan lebih ‘mereka’ di tangan aku, so far hidup segar. Serai dari 5 batang, dah berganda. Tapi serai ni mudah hidup. Cili pulak, dari 12 helai daun, sekarang dah tumbuh lagi 2 daun (aku kira tuuuuuu). Terpaksala aku kira daun sebab nak tunggu berbunga, ambil masa 2 bulan. So nanti-nanti aku kira bunga dia pulak πŸ˜› .

Ada sebab kenapa aku pilih untuk tanam 2 jenis tanaman ni.

Serai – Aku perhatikan, aku selalu membazirkan serai-serai dalam peti ais tu. Setiap bulan, kami akan berbelanja barang dapur. Serai mesti beli. Tapi tak tentu guna ke tak. Kiranya buat stok la. Tapi last-last, kering macam tu sebab tak guna. Mungkin sebab memasak menu yang tak guna serai atau pun ‘angin malas masak’ datang πŸ˜› .

Cili – Cili wajib ada di rumah. Aku suka pedas. Apa-apa masak pun aku suka pedas (yang logik boleh pedas la eh). Spagheti bolognese pun aku letak cili padi πŸ˜€ . Sama seperti sebab di atas, kalau datang ‘angin malas memasak’, cili dalam peti ais tu, buruk macam tu saja. Nak beli sikit, takut tak cukup, so beli la kekonon nak buat stok.

Jadi, jika cili dan serai tu tumbuh elok nanti, masalah-masalah ini akan settle! Sekarang aku tengah berkira-kira untuk tanam pandan, halia, cili besar dan ulam raja ;).