Tanam, Kutip, Makan

Apa yang aku tahu, tangan aku panas. Orang kata kalau tanam pokok tu, sure tak hidup la. Adala beberapa kejadian yang mengesahkan benda ni tapi tak tahu la kebetulan atau aku memang tak de tanjak untuk bercucuk tanam. Tapi aku sebenarnya suka tengok hasil tanaman, kutip dan makan. Sayur la ni ye, tak kan bunga pulak. Untuk ‘memyth buster kan’ kata-kata tangan aku panas, sekarang aku ada hobi baru iaitu tanam sayur. Sekarang ada 2 jenis je, serai dan cili padi. Dua-duanya aku tanam dalam pasu saja. Hampir sebulan lebih ‘mereka’ di tangan aku, so far hidup segar. Serai dari 5 batang, dah berganda. Tapi serai ni mudah hidup. Cili pulak, dari 12 helai daun, sekarang dah tumbuh lagi 2 daun (aku kira tuuuuuu). Terpaksala aku kira daun sebab nak tunggu berbunga, ambil masa 2 bulan. So nanti-nanti aku kira bunga dia pulak😛 .

Ada sebab kenapa aku pilih untuk tanam 2 jenis tanaman ni.

Serai – Aku perhatikan, aku selalu membazirkan serai-serai dalam peti ais tu. Setiap bulan, kami akan berbelanja barang dapur. Serai mesti beli. Tapi tak tentu guna ke tak. Kiranya buat stok la. Tapi last-last, kering macam tu sebab tak guna. Mungkin sebab memasak menu yang tak guna serai atau pun ‘angin malas masak’ datang😛 .

Cili – Cili wajib ada di rumah. Aku suka pedas. Apa-apa masak pun aku suka pedas (yang logik boleh pedas la eh). Spagheti bolognese pun aku letak cili padi😀 . Sama seperti sebab di atas, kalau datang ‘angin malas memasak’, cili dalam peti ais tu, buruk macam tu saja. Nak beli sikit, takut tak cukup, so beli la kekonon nak buat stok.

Jadi, jika cili dan serai tu tumbuh elok nanti, masalah-masalah ini akan settle! Sekarang aku tengah berkira-kira untuk tanam pandan, halia, cili besar dan ulam raja😉.

5 thoughts on “Tanam, Kutip, Makan

  1. ned 9 April, 2009 / 4:43 am

    waa rajin… walaupun bertangan panas tp pokok bleh hidup gak.. so bukan panas laa tue.. tangan suam-suam kuku (^^ii)

    eh! serai bleh tanam dlm pasu erk?

  2. whooz 9 April, 2009 / 5:08 am

    boleh..tapi kena pasu besar dan dalam..itu pendapat ibu ku..hehehhe ..esok2 kalau terbantut, maknanya x boleh la tuh😀

  3. sehelai murni 9 April, 2009 / 6:07 am

    wahh aku lebih tertarik pd spageti letak cili padi tu :p

    bile nk buat bwk p ofis huzz? hehe

    cepat2 uplod gambar cik cili dan cik serai :p

  4. ned 9 April, 2009 / 7:16 am

    hehehe.. betul..betul.. kena carik pasu besar la kan..

    actually bagus tanam dlm pasu bukan aper, mudah nak alih-alih. dan kalo rumah jenis takder tanah pun mmg kena guna pasu jerlah kan. lagik satu yg mmg selalu pakai dan rugi kalo kering dlm peti is kucai…

    nanti dah elok cantik berbuah lada kecik tue nanti amikla gambar (^_^)

  5. whooz 9 April, 2009 / 9:11 am

    murni,
    kau sepatutnya sokong aku tanam sayur bukan makan banyak😛

    ned,
    betul, senang nak alih. kot2 musim hujan lebat ke, boleh bawa masuk tempat teduh sket. especialy cili tuh, dia x lasak..suspen gak tunggu cili tu, serai x pe dah tau rupa😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s