Happy birthday bos!

belated actually ๐Ÿ™‚

Advertisements

Gangguan dot dot dot

Pernah tak kena? Especially time budak-budak dulu. Mentangla tak paham apa. Aku terbaca satu kisah menyeramkan pasal gangguan ni di sini . Baca entry Siaran Langsung Kali Pertama (18sx). Gila ahh. Aku pun tak tau la macam mana nak hadapi kalau berdepan situasi macam nih. Orang kata kalau kita takut, lagi diorang seronok. Kalau kita buat-buat layan, ishhh macam mana eh?

Ada satu kisah, dengan pakcik teksi juga. Baru je berlaku. Perjalanan ke LCCT. Sembang punya sembang, sampai kat traffic light, dia tunjuk aku video. Jeng..jeng..jeng…

“Pernah tengok bedah siasat?”, tanya pakcik teksi.

“Tak pernah pun”. Mungkin dia tanya sebab aku cakap aku kerje depan spital KL.

“Haa ni anak pakcik bagi video orang bedah siasat. Tengoklah“, sambil hulur hp dia yang canggih dari aku tuh suruh aku pegang.

Aku tak pegang. Malasla nak beramah mesra. Jeling-jeling je. Tapi background bunyi dia menyeramkan. Macam cerita hantu.

“Eh tak pe, tak pe..”, aku tak mau pegang.

“Ishh pegang la, ni lampu hijau nak jalan nih”, paksa aku pegang lagi.

Aku pun pegang la hp dia, nanti tak pasal-pasal kitaorang eksiden pulak.

Gulp! Mayat lelaki. Kalau lelaki apa yang aku nampak???? Ishh tercemar pandangan mata aku. Kurang asam betul!

“Tak mau tengoklah. A, ko nak tengok?”, aku buat-buat tanya A yang duduk di belakang. A tak mau.

“Hahaaaha takut ke? tengoklah lagi”, gelak kan aku tuh!

“Tak pe, takpe. Nah, takutla bunyi dia”, aku buat-buat takutla konon tengok video ‘seram’ tuh sambil bagi balik hp dia. Aku terfikir, apa la ada kat last-last video tuh. Gila!

Pakcik teksi terus gelak.

Aku bukannya nak tuduh dia, tapi aku rasa pelik lah dan rasa tak selesa.ย  Ramah sangat ke sampai nak share-share video. Sambil memandu pulak tuh. Kalau pakcik terbaca entry ini, saya mintak maaf la kalau pakcik tak berniat sedemikian. Kalau ya, maka betul la tindakan saya tempoh hari.

Awas sahabat-sahabat perempuan ku sekelian ;). Jaga diri elok-elok di luar sana.

Happy birthday dear ;)

my dear whooz,
happy birthday ye
haa terlewat 5 ari la, baru update blog
tak pe, 5 hari ke 15 hari ke tak penting, asalkan ingatlah anda makin tua ๐Ÿ˜›
mana-mana yang kurang tu, lebih-lebihkan lah ye
mana-mana yang lebih tu, bersederhana lah ye
mana yang elok tu maintainkan lah ye

(pesanan untuk diri sendiri)

okeyy, birthday cake for you

bika ambon pinjam dari sini

Cuti-cuti: Medan, Indonesia (15/05/09 – 18/05/09)

Tamat sudah trip ke Medan. Bestย  ke hah? Best la tapi bandar Medan tu tak de la best sangat.ย  Nasib baik kitaorang plan ke Lake Toba. Kalau lah ada direct flight dari KL ke Lake toba atau Brastagi, nak je aku pergi lagi. Tak puas.

Jumaat (15/05/2009)

Seperti biasa, kalau nak travel ke mana-mana, sehari sebelum bertolak, aku memang berdebar giler. Macam nak ambil exam SPM pun ada. Flight pukul 12.05 tengah hari di LCCT. Pukul 10 macam tu ramai dah sampai di McD. Masing-masing excited! Mana sampai dulu, check in dulu, ada yang pergi breakfast dan last sekali jumpa di departure hall. Bagus lah walaupun 18 orang semuanya, tak perlu risau2 siapa yang tak de. Sebab masing-masing tau apa nak buat.

Tak sempat nak order nasi lemak (kebetulan nasi lemak habis), dah sampai Medan dah! Sekejap je. Bangunan airport tu kecil je rupanya. Besar lagi KL Sentral kot. Dari jauh nampak seorang lelaki memegang kertas bertulisย  “WARIMA GROUP”. Yeyyyy itulah tour guide kami! Lega betul sebab risau jugak ambil agent dari sini, bukan dari KL. Duit dah bayar separuh, dibuatnye tipu, confirm bebudak nih ketuk2 kepala aku!

Bas ngam-ngam 24 orang, kami campur dengan 1 couple dan 1 famili Indian dari KL. Singgah di ofis agent untuk settlekan bayaran dan terus menuju ke Hotel Grand Anteras untuk lunch (uiii lunch kat hotel tuh). Kalau sendiri-sendiri ni takde nye la lunch kat hotel.

ade rupa dian sastrowardoyo tak?? takde..takde. Ini Ms Eva tengah kira duit baki pakej

Selepas menikmati lunch yang sedap tuh, kami terus ke Parapat. Kiranya kan menu kat sini memang aku boleh telanla. Pedas dan sedap. Risau jugak kot-kot macam kat Bali. Memang tak tau la apa masakan diorang kat Bali tu. Perjalanan selama 5 jam. Jauh giler laaa..macam KL ke Penang je. Dalam perjalanan, singgah di Paten, tempat jual kacang-kacang.

di Paten


Tang-Tang, Teng-Teng, Ting-Ting, Tong-Tong, Tung-Tung, Pang-Pang, Ping-Ping, Pong-Pong dll..

Dah puas tido, bangun, ambil gambar, dengar Pak Ramon (tour guide) bercerita dan ulang balik aktiviti-aktiviti itu, akhirnya sampai jugak di Hotel Quality , Parapat lebih kurang pukul 6 lebih ke 7 lebih gitu. Dah gelap dah time ni. So tak nampaklah gaung atau tasik toba. Sepatutnya kalau siang, boleh nampak gaung yang dalam dan tasik yang luas di perjalanan tadi.

ke Parapat melalui Tebing Tinggi

Hotel betul-betul tepi tasik. Buka tingkap boleh bau ikan mati tepi bilik ๐Ÿ˜› . Cantekkkk tapi sunyi je, seram, macam tempat lama tak dikunjungi orang.

Hotel Quality, Parapat

Dinner di hotel.ย  Sedap! (semua aku cakap sedap kan). Lepas dinner, masing-masing masuk bilik dan tunggu hari cerah esok untuk tengok air tasik Toba dengan jelas ๐Ÿ™‚

*******************************************************************

Sabtu (16/05/2009)


cheeeeeseeeee!!!


tasik toba dari tingkap bilik

Subuh kat sini pukul 5 lebih ke 4 lebih gitu. Awal la bangun hari ni sebab nak tengok sunrise. Cehh sunrise belah lain la. Tak nampak pun dari bilik. Siap mandi, kareb (part ni yang amat sukar, perlukan bantuan kismis hitam untuk memenuhi hajat), terus keluar ke lobi dan jalan-jalan ambil gambar di jeti bot ke Pulau Samosir. Waktu breakfast, baru nampak penghuni-penghuni lain di hotel tu. Ada rupanya orang, ingatkan group kami je. Terlalu ramai orang sehinggakan berlakunya perebutan telur mata untuk dimakan bersama nasi goreng. Kesian Nani ๐Ÿ˜› . Ada ke tak sedar diri betul, sorang ambik 2-3 biji telur. Tak bermasyarakat betul. Heran staff yang serve makanan pagi tu, asyik kena goreng je lagi telur.

Siap makan, bas sampai, masing-masing letak beg dalam bas sebab malam ni dah tak tido sini dah. Bot ke Pulau Samosir sedia menanti. Wahh botnye, hmm boleh tahan. Siap ada toilet ok. Airnye diceduk dari tasik, dan sesapa yang membuang pun mungkin ke tasik jugak. Errkkkk.. (fikirla sendiri).


sukenyeee dapat naik bot
. Bot ke kampung Ambarita dan Tomok

Sepanjang 45 minit atas bot, Pak Ramon bercerita/buat joke non stop. Bertenaga betul orang tua nih. Berdebar jugakla sebab dikhabarkan orang-orang batak ni garang-garang. Dipaksanya kita beli barang di kedai diorang.

“Senyum pun serupa marah, apatah lagi marah”, kata Pak Ramon.

HORAS! Orang-orang di situ sambut kami dengan muka manis je. Ada jugak yang masam. Horas tu kata alu-aluan la kiranya.


“Jalan-jalan dulu, kemudian singgah ya”, masing-masing cakap manis ye…

Pak Ramon bercerita lagi. Bagus betul beliau. Sejarah Indonesia tu main petik jari je agaknya. Aku dengar tak dengar sebab khusyuk mengambil gambar. Yang aku ingat dia cakap, sesapa yang buat salah, akan di kurung di bawah kolong rumah batak dan diadili (ye kot ๐Ÿ˜€ ) di kerusi batu dan jika di sabitkan kesalahan, maka akan dihukum bunuh la.


Diikat matanya


Kemudian dirotan


Kemudian dibelah dadanya (haa ni baru betul pepatah “kalau tak percaya, belahla dada” ). Tak cukup dengan belah, diperahnya limau di tempat belahan tadi..auchhhhh


Kemudian dipancung. Parang mesti tajam. Jika kepala tak putus, pemancung dikira sebagai ganti

Darah diberi kepada raja untuk raja mendapat kuasa baru.Kepala yang putus di gantung. Inilah barisan kepala-kepala mereka yang dibenci. Kemudian kepala tadi dicampak ke tasik. Agak-agak seminggu la orang di pulau tu tak minum air tasik.


Badan pesalah yang terputus dari kepala tadi, dilapah-lapah di meja ini dan di agihkan kepada penduduk kampung. Macam hari raya korban kan.

Selesai kat situ, acara bebas la. Ada yang shoping (memang nak shoping atau terpaksa shoping ๐Ÿ˜€ ). Siap tarik-tarik tangan tu paksa kita beli barang diorang. Tengok macam kesian jugak, tapi bila dah macam gitu gayanya, takut weh nak masuk kedai diorang. Nak usha barang pun risau. Banyak barang aku suka actually. Semuanya barang kraftangan tapi sebab duit pun limited dan takut kena paksa beli, aku beli sket-sket je.


Teliti betul beliau buat kerja

Destinasi seterusnya, Kampung Tomok (tak tau la diorang kenal ke tak Tomok OIAM tuh ๐Ÿ˜› ). Perjalanan dari Ambarita ke Tomok lebih kurang 30 minit. Tetiba datang 2 orang budak menyanyi-nyayi untuk kami atas bot tu. Sedap jugak lagu tu. Nanti aku cari youtube ๐Ÿ˜› . Andy dan Leo (ke Rio ntah), menyanyi, lantang betul suaranya. Boleh la tapi tak de eye contact dengan penonton la. So feeling tu kureng. Asyik tengok siling bot je bebudak tuh ๐Ÿ˜€ .

Dik, tengok sini dik, jangan tengok atas bawah

Sampai di kampung Tomok, ramai jugak orang. Kat sini lagi banyak kedai cenderahati. Di kampung Tomok ni ada perkuburan raja batak. Satu yang menarik bagi orang-orang Batak ni, mayat mereka tak ditanam di dalam tanah sebaliknya di tempat tinggi di atas tanah. Kononnya, di bawah tanah itu neraka. Maka kat sini memang senang sangat nak tengok kubur orang-orang batak. Ada yang siap bermarmar, berpagar, berbumbung. Pak Ramon kata, mereka sanggup berhabis untuk persediaan kubur. Pak Ramon pun bercerita lagi pasal sejarah raja batak, bekas tunangan yang tak jadi kawen sebab dibomoh orang, orang batak pantang tengok orang naked bla..bla..bla.. dan akhir sekali masa untuk shoping lagi.

Siap shoping, naik bot, kembali ke jeti di hotel, dan naik bas terus lunch di Restoren Istana. Lauk dia? Sedap!

Perjalanan diteruskan menuju Brastagi. Brastagi adalah kawasan tanah tinggi. Ala-ala Cameron tak pun Genting lah ni. 2 jam perjalanan, kami sampai di Simarjarunjung. Cantek! Hingga aku tak reti nak ambil gambar sebab tak puas tengok dalam LCD kamera. Sesapa silalah tengok dengan mata sendiri keindahan tempat tuh ๐Ÿ˜€ .ย  Rehat-rehat sambil makan pisang goreng dan teh halia serta kopi rempah, tapi aku lepak luar je. Lagi best!

Selepas segar-segar semua, teruskan perjalanan, lagi 2 jam akan sampai Brastagi. Sebelum sampai di Brastagi, jumpa dulu Air Terjun Sipiso-piso yang kononnya tajam seperti pisau. “Si” tu maknanya “seperti/bagai/macam” .Dalam 30 minit kat situ, kemudian bergerak ke Brastagi.


berangan la kejap pergi Niagara Falls ๐Ÿ˜›

Makin lama, makin rasa sejuk. Yaa kami dah hampir di Brastagi. Suasana cool giler. Orang-orang pun lepak2 je. Ada yang dok cuci-cuci carot untuk di eksport, ada yang minum-minum. Cool. Lebih kurang pukul 6.30, sampai di Danau Toba International Cottage. Dinner, ambil kunci bilik dan terus bersiap ke kaki Gunung Sibayak untuk mandi air panas. Tak dapat tawan puncak, sampai ke kaki pun boleh la. Frustnyeee. Aku memang teringin nak ambil gambar Danau Toba dari atas gunung. Tapi tak pe, next time kena plan betul-betul.


waktu malam, suasana kat sini menyerammmmmkan

Perjalanan ke air panas, lebih kurang 30 minit. Jauh jugakla, dan jalan memang bengkang bengkok serta sempit. Seram jugakla tempat tuh. View waktu malam memang cantek. Dengan background gunung yang gelap pastu ada asap2 sulfur di udara. Uishhhh serammmm…


sapu debu gunung berapi nih (ke apa ntah namanya) 20 minit sebelum mandi. Agak-agak kering, gosok. Wahhhh kulit memang rasa licin sekali ๐Ÿ˜‰ .

Siap mandi, balik bilik dengan penat sekali. Segar betul dan lapar jugak. Balik bilik makan megi dan tidor. Tunggu esok siang pulak :D

*******************************************************************

Ahad (17/05/2009)

Group foto lagi ๐Ÿ˜›

cheeseeeee lagi ๐Ÿ˜‰


Gunung berapi Sibayak yang gagal ditawan


Gunung berapi Sinabung yang tak tau la akan meletus bila

Breakfastย  jam 7.00 pagi. Pukul 8 gerak ke Medan. Perjalanan hari ni dari Brastagi ke Medan. Singgah di pasar buah dulu untuk shoping lagi ๐Ÿ˜€ . Kat sini 1st time aku tengok buah avokado, pisang kaki dan markisa secara live ๐Ÿ˜› . Aku suka pulak buah markisa tuh, mana eh nak cari kat KL nih. Kejap je kat situ, bergerak la ke Medan.Perjalanan 2 jam.


avakado, markisa dan pisang kaki

Medan…Panas. Sesak. Hon sana hon sini. Bestla jugak kan, sapa-sapa pun boleh hon sesuka hati. Siapa-siapa yang malu-malu hon tu, mai dok Medan dalam sebulan. Confirm tekan hon tu jadi hobi pulak.

Medan yang sibuk

Sampai-sampai je Medan, terus ke Istana Maimon. Istana kuning yang terletak di tengah bandar Medan nih memang salah satu tourist attraction la, tapi aku tak de mood sangat time nih sebab panas giler.

muka masing-masing berkilat!!

Habis dengar orang kat Istana tu bercerita kisah istana dan Raja Deli , aku snap sana sini, terus naik bas. Seterusnya kami bergerak ke tempat makan. Yes! akhirnya jumpa makanan. Aku dah haus giler. Restoren Lubuk Idai, special betul. Makan duduk bersila ye. Meja kerusi pun ada bagi sesiapa yang tak nak bersila. Menu kat sini, memang terangkat beb! Ayam bakar, ikan bakar dan lauk-lauk lain sedap! kat sini kami pakat try air raso-raso. Campuran 6 jenis buah, durian belanda, markisa, oren dan buah apa ntah lagi 3 tu.

memang berpeluh makan ayam nih, pedas giler


ini air 6 rasa, namanya air raso-raso. ingat ikan je ada 3 rasa??

Siap makan, terus ke kedai jual telekung/batik/pelekat/kain pasang. Sakan jugak group ni bershoping. Sampai tak mau naik bas tuh ๐Ÿ˜› . Kemudian, shoping lagi di Pasar Ikan. Mati-mati aku ingat pasar tu macam Pasar Siti Khadijah ke, Pekan Rabu ke. Alih-alih deret kedai je. Ke Pak Ramon bawak salah tempat nih?? Hari Ahad, banyak kedai tutup. Macam bosan jugak la round-round kat situ. Lepas Pasar Ikan, Pak Ramon tinggalkan kitaorang kat Medan Mall pulak. Berkeliaran lagi la dengan tujuan nak mencari tshirt souvenir, tak jumpa selai pun. Last-last mintak Pak Ramon panggil orangย  jual tshirt pergi ke bilik hotel. Itula, time orang jual kat Istana Maimon/ depan kedai telekung / kat restoren, semua tak nak beli ๐Ÿ˜› . Selesai di Medan Mall, check in di Garuda Hotel. Haaa kali ni hotel best. Complete, bersih, selesa. Dinner di Hotel Grand Angkasa. Buffet, hehhe favourite aku la buffet-buffet ni sebab boleh makan banyak dan macam-macam.ย  Kenyang, perut dah ketat, mata dah kuyu, balik hotel. Tapi aku ada plan lain lagi malam tuh. Nasib baik Fir& husband nak ikut aku pergi beli stamp kat kedai 24 jam tepi hotel tu. Adala jugak lelaki boleh jadi bodyguard. Kalau tak, hmm x dapatla aku beli stamp.

Stamp di sini dipanggil “meterai”. Penat aku berbahasa isyarat tanya ada jual stamp ke tidak. Siap tunjuk gaya orang cop stamp tuh. Apala susah sangat nak panggil stamp. Dapatlah jugak aku beli “meterai tempel” berharga Rp 7000.

********************************************************************

Isnin (18/05/2009)

Hari ni ada wake up call. Wajib tu, kalau tak, mau ada yang tertinggal kapal terbang. Jumpa Pak Ramon di cafe. Sedap betul bubur nasi pagi ni ๐Ÿ˜‰ . Banyak lauk. Siap makan, semua naik bas.

Di bas, ada lagi pakcik-pakcik yang menjual sourvenir. Kesian pulak tengok, awal tu bangun, datang ke hotel mencari rezeki. Di mana pelancong ada,kat situ lah diorang ada. Aku dah tak de duit dah nak tolong beli. Kat tempat kita, tak de kot kan macam ni. Kesianla, dahla barang-barang tu bukan diorang punya (kot). Mesti diorang kena keluarkan modal nak ambil barang tuh. Tapikan, rezeki masing-masingla. Maybe harini jualan dia tak bagus, tapi esok lusa, sapa tau kan.

bagussss..jumpa lagi!

Okeh, bye-bye Medan. Panjang umur jumpa lagi, tapi nak flight direct ke Toba je ๐Ÿ˜› . Wahh mesti cantek tengok lake toba dari atas. Lepak-lepak tepi tasik sambil minum air raso-raso dan buah markisa atak kek lapis atau bika ambon ๐Ÿ˜€ . Atau mungkin juga sarapan di puncak gunung Sibayak ๐Ÿ˜‰

Nombor 1

Walaupun ma anak bongsu, beliau tetap no 1 :). Tu je aku nak tulis

Lirik Ya Ummi by Ahmed Bukhatir:

CHORUS
I will return oh mother ู„ุณูˆู ุฃุนูˆุฏ ูŠุง ุฃู…ูŠ
And kiss your chaste head ุฃู‚ุจู‘ู„ ุฑุฃุณูƒ ุงู„ุฒุงูƒูŠ
And supress (blame?) my desires ุฃุจุชู‘ูƒ ูƒู„ ุฃุดูˆุงู‚ูŠ
And taste the scent of your blessings ูˆุฃุฑุดู ุนุทุฑ ูŠู…ู†ุงูƒ
Besmirch in the richness of your feet ุฃู…ุฑุบ ููŠ ุซุฑู‰ ู‚ุฏู…ูŠูƒ
my cheek when I meet you ุฎุฏูŠ ุญูŠู† ุฃู„ู‚ุงูƒ
Water the soil with my tears ุฃุฑูˆูŠ ุงู„ุชุฑุจ ู…ู† ุฏู…ุนูŠ
Happy that you are aliveุณุฑูˆุฑุง ููŠ ู…ุญูŠุงูƒ

How many nights did you stay up late ููƒู… ุฃุณู‡ุฑุช ู…ู† ู„ูŠู„
So that I could sleep to my content? ู„ุฃุฑู‚ุฏ ู…ู„ุฃ ุฃุฌูุงู†ูŠ
And how many times did you thirst ูˆูƒู… ุฃุธู…ุฃุช ู…ู† ุฌูˆู
So you could quench my thirst with your tenderness? ู„ุชุฑูˆูŠู†ูŠ ุจุชุญู†ุงู†ูŠ
And one day I was Ill, I do not forget ูˆูŠูˆู… ู…ุฑุถุช ู„ุง ุฃู†ุณู‰
The tears from you that were like the rain ุฏู…ูˆุนุง ู…ู†ูƒ ูƒุงู„ู…ุทุฑ
And your eyes which stayed awake ูˆุนูŠู†ุง ู…ู†ูƒ ุณุงู‡ุฑุฉ
fearing that I may be in danger ุชุฎุงู ุนู„ูŠ ู…ู† ุฎุทุฑ
And the day we parted at dawn ูˆูŠูˆู… ูˆุฏุงุนู†ุง ูุฌุฑุง
and Oh what a harsh dawn that was ูˆู…ุง ุฃู‚ุณุงู‡ ู…ู† ูุฌุฑ
Words cannot explain what ูŠุญุงุฑ ุงู„ู‚ูˆู„ ููŠ ูˆุตู ุงู„ุฐูŠ
I felt when I abandoned you ู„ุงู‚ูŠุช ู…ู† ู‡ุฌุฑูŠ
And you told me things which I still ูˆู‚ู„ุช ู…ู‚ูˆู„ุฉ ู„ุง ุฒู„ู€ู€ุช
remember throughout my life ู…ุฏู‘ูƒุฑุง ุจู‡ุง ุฏู‡ุฑูŠ
“You will never find a heart ู…ุญุงู„ ุฃู† ุชุฑู‰ ุตุฏุฑุง
more tender towards you than mine” ุฃุญู† ุนู„ูŠูƒ ู…ู† ุตุฏุฑูŠ
“You will never find a heart ู…ุญุงู„ ุฃู† ุชุฑู‰ ุตุฏุฑุง
more tender towards you than mine” ุฃุญู† ุนู„ูŠูƒ ู…ู† ุตุฏุฑูŠ

CHORUS

obedience to you, oh want of my life.. ุจุจุฑูƒ ูŠุง ู…ู†ู‰ ุนู…ุฑูŠ
[is what] the God of existence has instructed me to do. ุฅู„ู‡ ุงู„ูƒูˆู† ุฃูˆุตุงู†ูŠ
Your content is the secret of my success ุฑุถุงุคูƒ ุณุฑ ุชูˆููŠู‚ูŠ
And my love of you is the secret of my beleif ูˆุญุจูƒ ูˆู…ุถ ุฅูŠู…ุงู†ูŠ
And the sincerety of your prayer [for me].. ูˆุตุฏู‚ ุฏุนุงุฆูƒ ุงู†ูุฑุฌุช
has resolved my misfortunes and my sadness ุจู‡ ูƒุฑุจูŠ ูˆุฃุญุฒุงู†ูŠ
My love towards you.. ูˆุฏุงุฏูƒ ู„ุง ูŠุดุงุทุฑู†ูŠ
no human being loves anything like it ุจู‡ ุฃุญุฏ ู…ู† ุงู„ุจุดุฑ
You are the beating of my heart ูุฃู†ุช ุงู„ู†ุจุถ ููŠ ู‚ู„ุจูŠ
And you are what lights my vision ูˆุฃู†ุช ุงู„ู†ูˆุฑ ููŠ ุจุตุฑูŠ
And you are the tune on my lips ูˆุฃู†ุช ุงู„ู„ุญู† ููŠ ุดูุชูŠ
My problems cease when I see your face ุจูˆุฌู‡ูƒ ูŠู†ุฌู„ูŠ ูƒุฏุฑูŠ
To you I do return oh mother ุฅู„ูŠูƒ ุฃุนูˆุฏ ูŠุง ุฃู…ูŠ
Tomorrow I rest from my journey ุบุฏุง ุฃุฑุชุงุญ ู…ู† ุณูุฑูŠ
And a second age will begin for me ูˆูŠุจุฏุฃ ุนู‡ุฏูŠ ุงู„ุซุงู†ูŠ
and the branches will blossom with flowers ูˆูŠุฒู‡ูˆ ุงู„ุบุตู† ุจุงู„ุฒู‡ุฑ