Gangguan dot dot dot

Pernah tak kena? Especially time budak-budak dulu. Mentangla tak paham apa. Aku terbaca satu kisah menyeramkan pasal gangguan ni di sini . Baca entry Siaran Langsung Kali Pertama (18sx). Gila ahh. Aku pun tak tau la macam mana nak hadapi kalau berdepan situasi macam nih. Orang kata kalau kita takut, lagi diorang seronok. Kalau kita buat-buat layan, ishhh macam mana eh?

Ada satu kisah, dengan pakcik teksi juga. Baru je berlaku. Perjalanan ke LCCT. Sembang punya sembang, sampai kat traffic light, dia tunjuk aku video. Jeng..jeng..jeng…

“Pernah tengok bedah siasat?”, tanya pakcik teksi.

“Tak pernah pun”. Mungkin dia tanya sebab aku cakap aku kerje depan spital KL.

“Haa ni anak pakcik bagi video orang bedah siasat. Tengoklah“, sambil hulur hp dia yang canggih dari aku tuh suruh aku pegang.

Aku tak pegang. Malasla nak beramah mesra. Jeling-jeling je. Tapi background bunyi dia menyeramkan. Macam cerita hantu.

“Eh tak pe, tak pe..”, aku tak mau pegang.

“Ishh pegang la, ni lampu hijau nak jalan nih”, paksa aku pegang lagi.

Aku pun pegang la hp dia, nanti tak pasal-pasal kitaorang eksiden pulak.

Gulp! Mayat lelaki. Kalau lelaki apa yang aku nampak???? Ishh tercemar pandangan mata aku. Kurang asam betul!

“Tak mau tengoklah. A, ko nak tengok?”, aku buat-buat tanya A yang duduk di belakang. A tak mau.

“Hahaaaha takut ke? tengoklah lagi”, gelak kan aku tuh!

“Tak pe, takpe. Nah, takutla bunyi dia”, aku buat-buat takutla konon tengok video ‘seram’ tuh sambil bagi balik hp dia. Aku terfikir, apa la ada kat last-last video tuh. Gila!

Pakcik teksi terus gelak.

Aku bukannya nak tuduh dia, tapi aku rasa pelik lah dan rasa tak selesa.  Ramah sangat ke sampai nak share-share video. Sambil memandu pulak tuh. Kalau pakcik terbaca entry ini, saya mintak maaf la kalau pakcik tak berniat sedemikian. Kalau ya, maka betul la tindakan saya tempoh hari.

Awas sahabat-sahabat perempuan ku sekelian😉. Jaga diri elok-elok di luar sana.

2 thoughts on “Gangguan dot dot dot

  1. sehelai murni 26 May, 2009 / 3:17 pm

    erk tergamam aku huzz. huhuhuhuhu sebbaik ko ade skali ngan A, kalo sorg2? cemane la..huhu

  2. ned 27 May, 2009 / 2:07 am

    waa.. pernah kena.. tp xderlah sampai tercemar pandangan ku ini huhuhu.. baper kali erk.. kali pertama jenis yg giler2 ckp pasal hal dlm kain nie laa.. ( nasib baik duduk belakang dan berdua ngan member).. satu lagi driver sewel duk citer pasal nak bunuh diri… pastu merapu2 hal yg bukan2..

    Jalan terbaik.. layankan ajer dan mintak benti cepat2. dan jgn naik teksi sorang-sorang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s