Hiking@hillwalking di Bukit Jugra

Last Sabtu, seperti yang dijadualkan, aku dan Amy join 2 rakan, Cik D dan Cik E pergi piknik hiking di Bukit Jugra, Banting. Jauh gilerrr laa. Dulu aku pernah pergi wedding Puan Yati kat Banting,  aku cakap dalam hati, jauhnye tempat nih, sah-sah aku tak kan datang lagi 😛 . Tup-tup sampai lagi (itulah orang tua-tua pesan jangan main cakap je)

Pukul 7 pagi bertolak dari Bukit Jalil. Terhegeh-hegeh lah Mr.D yang debab mengejar Cik Kancil yang kiut dan laju itu. Lebih kurang 8.20-8.30 sampai la di Bukit Jugra. Berdebar jugaklah, takut kitaorang pancit lalu Cik D dan Cik E akan tinggalkan kami kat bawah 😛 .

Jalan masuk

Jirat Cina yang diselubungi kabus (Cik D kata jerebu 😀 )

Jalan 2-3 langkah (tipulah 2-3 langkah kan, perumpamaan lah), dah sampai ke puncak. Biar betul???? Bukan puncaklah sebenarnya, sebab kami nak naik lagi, kena tahan dengan anjing-anjing pulak. Betul-betul macam pak guard lah diorang tuh.

Anjing 1: Kau jaga tepi sana, aku jaga sini
Anjing 2: Baik bos!

Cik D: Nak pergi tak nih?
Cik E: Boleh pergi ni
Amy: Haa korang pergi, kalau kena kejar, aku rekod

Aku a bit excited lah sebab ini 1st time okey! Dan aku dapat ambil gambar sepuas-puasnya (walaupun dok situ je 😀 ). Tapi tidak bagi Cik D dan Cik E. Hehehehhe, kecewa jelas terpampang di wajah mereka.  Oklah weh, bagi can kat kami yg beginner nih 😛

Yang best kat sini, ada rumah api dan papan tanda JUGRA yang besar gedabak nih


Ladang pokok buah naga dari atas

Memandangkan jam baru pukul 10, mana boleh balik KL lagi. Rugi lah minyak keta, datang jauh-jauh, maka misi seterusnya mencari pantai.

Pantai Morib (pantai la sangatnye 😛 )

Tak best pun Pantai Morib tuh, kemudian kami ke Pantai Kelanang. Haaa kat sini view cantik sket. Belasah je masuk hutan bakau (tak terfikir langsung ada ular ke apa) untuk berposing lah 😀 .

Balik rumah, aku unpack barang yang bawa tu, tshirt bawa spare tu. Konon takut berpeluh kuat sangat, boleh salin baju. Air bawa 2 botol tu, sandwich satu tupperware yang mana last-last jadi lunch kitaorang 😀 . Tak pe2,next activity lebih mencabar kot 😉

Acara 5km berjalan kaki

Di suatu pagi yang nyaman, sedang orang lain dibuai mimpi, kami di Taman Metropolitan, Kepong.

Disebabkan lambat sampai, maka kami tak berlepas bersama-sama group di garisan mula. Berposing, makan biskut lah dulu. Lagipun tak de apa nak dikejarkan. 8.30 gitu baru start jalan.

Jom MULA!

Dalam perjalanan, jumpa clown kaki panjang dan maskot-maskot yang kiut nih.

Kami terus berlenggang sambil chit chat sambil ambil gambar. Lepak giler. Sedang orang lain jauh meninggalkan kami.

Lambat register, tak dapat kertas nak jawab soalan, maka jumpa je soalan, jawab ramai-ramai, kuat-kuat kat situ :D. Semua ada 10 soalan di sepanjang 5 km. Yang ini jawapan dia Ke-3

Pelik tak kenapa angle kamera aku dari sisi? Hahahha sebab aku guna shortcut 😛 . Bertembung di simpang sini. Maka kitaorang termiss soalan nombor 3.

Bala tentera berbaju kuning 😀

9.30 dah sampai ke penamat. Terus beratur untuk collect beg goodies (beratur ke????? 😛 ). Lepak-lepak tengah panas berpayung kan payung ANLENE yg dapat free tu (sorry Deida :P) dan ambil gambar candid orang ramai. Semua orang happy dengan famili masing-masing 🙂

Kejap je lah 5 km ni. Area tasik nih tak best sangatlah sebab tak de benda sangat nak ditengok. Kiri kanan air tasik dan pokok, itu je 😛 . Next year buat tempat best sikit pleaseeeee 😉

Origami kulit popia

Aku suka makan popia. Slow-slow belajarlah buat popia. Tapi lama-lama bosan dah buat popia gulung macam bantal peluk tuh. Try buat samosa bentuk segitiga tu pulak tapi tak pandai 😛 (sila jangan gelak ok) . Actually apa beza samosa dengan popia? Kalau dalam bentuk bantal peluk tu aku panggil popialah, tapi bila dalam bentuk segitiga, jadi samosa pulak. Inti sama pulak tu. Aku google, maka jumpalah cara-cara melipat samosa segitiga di sini. Mari sama-sama belajar melipat kulit popia jadi bentuk segitiga 😉 .

11potong kulit popia 3 bahagian macam ni. tapi sebenarnya ikut saiz segitiga yang kita nak. agak-agakla eh

22kemudian buat macam bentuk kon di hujung

33kon dah cantek, agak-agak tak bocor, isi inti samosa

44padatkan, kemaskan bahagian tepi dan teruskan melipat hingga jadi segitiga. guna telur untuk lekatkan kulit popia yang terlebih tu

55tadaaaaaaa!

Selepas 13 tahun

……inilah wajah mereka. Nantilah aku korek balik gambar 13 tahun yang lepas

usmasing-masing dengan anak. aku dengan anak mata 😀

Lama dah merancang, tapi biasalah semua sibuk..sibuk cari duit 😀 , last week dapatlah jugak berkumpul. Walaupun 3 orang, rasa macam tak cukup jam nak bersembang. Lagi best kalau ada majalah sekolah tak pun album time sekolah dulu, memang sehari lepak pun tak habis nih.

adalia adham widad

Nanti selepas 20-30 tahun, entah apa cerita kan…..