Acara 5km berjalan kaki

Di suatu pagi yang nyaman, sedang orang lain dibuai mimpi, kami di Taman Metropolitan, Kepong.

Disebabkan lambat sampai, maka kami tak berlepas bersama-sama group di garisan mula. Berposing, makan biskut lah dulu. Lagipun tak de apa nak dikejarkan. 8.30 gitu baru start jalan.

Jom MULA!

Dalam perjalanan, jumpa clown kaki panjang dan maskot-maskot yang kiut nih.

Kami terus berlenggang sambil chit chat sambil ambil gambar. Lepak giler. Sedang orang lain jauh meninggalkan kami.

Lambat register, tak dapat kertas nak jawab soalan, maka jumpa je soalan, jawab ramai-ramai, kuat-kuat kat situ😀. Semua ada 10 soalan di sepanjang 5 km. Yang ini jawapan dia Ke-3

Pelik tak kenapa angle kamera aku dari sisi? Hahahha sebab aku guna shortcut😛 . Bertembung di simpang sini. Maka kitaorang termiss soalan nombor 3.

Bala tentera berbaju kuning😀

9.30 dah sampai ke penamat. Terus beratur untuk collect beg goodies (beratur ke?????😛 ). Lepak-lepak tengah panas berpayung kan payung ANLENE yg dapat free tu (sorry Deida :P) dan ambil gambar candid orang ramai. Semua orang happy dengan famili masing-masing🙂

Kejap je lah 5 km ni. Area tasik nih tak best sangatlah sebab tak de benda sangat nak ditengok. Kiri kanan air tasik dan pokok, itu je😛 . Next year buat tempat best sikit pleaseeeee😉

8 thoughts on “Acara 5km berjalan kaki

  1. sehelai murni 22 June, 2009 / 1:08 pm

    5km ko kate x best? hoh? biar betik??? eh xsilap aku tasik tu 8km la ukur lilit die hehehe

    bukan korg ngelat ke??? ;p

    ah takut c kaki panjang! tak suke!!

    p/s: aku la yang salah sorg lena diulit intan tu.. muahaha

    • whooz 23 June, 2009 / 12:25 am

      5km tu okeh, cuma tempat tu x best😛

      Diaorg set route untuk 5 km je, so x sampailah 8 km tu

  2. deidaa 22 June, 2009 / 1:44 pm

    Haaa payung kaler ijau ke?
    Hheeheh xdpt pon xpe lah psl aku mmg xsuke HIJAU PUTIH selamanya.
    [ayat tersirat pon ye gak tu kekekeke].
    Aku xpenah ada baju @ apa2 barang yg berkaler IJAU…
    kecuali mineral spritzer yg aku beli tu la ekekekkeke.

    Kalo ko dpt payung kuning…
    mmg aku jeles weh huhuuu!

    Wei aku nak naik bukit lg kot,
    nak follow x?

    • whooz 23 June, 2009 / 12:27 am

      hahhaahha (ayat cover siot!)

      oklah, nasib baik ko x suka kaler ijau, kalu tak x cukup dah payung tuh😛

      bukit? nak join!

  3. deidaa 23 June, 2009 / 2:34 pm

    Ahahaha ampes ko :p

    Xsure lg bukit mana.
    Bnyak dah bukit yg kitorg lists kan nih utk setiap mggu @ setiap bila2 kitorg free :p
    – bukit gasing, pj
    – sungai gabai [ada trail trekking & hiking]
    – bukit melawati, kuala selangor
    – bukit tabur, ulu klang [sgt bahaya nih.. cuba ko gugel.. maybe aku xmo pi yg ni]
    – bukit commanwealth, rawang

    dll!

    • whooz 23 June, 2009 / 3:30 pm

      oh bukit tabur tu aku pun x berani. ada kes mati kan..

      bila2 ko nak gi, ko bgtau lah aku. tapi sabtu nih pagi x boleh la ada kenduri. ahad free. bila2 aku boleh join, aku nak join

  4. deidaa 25 June, 2009 / 12:14 pm

    Eh kompius, tp ko dah free kan sabtu ni?😀
    Ajak ah kwn2 ko yg lain lg,
    ramai2 syok skit.. blh lumba lari masa mendaki hahahah :::gelak setan:::

    • whooz 26 June, 2009 / 12:28 am

      memang kena ajak nih..sbb buat teman kot2 tertinggal kat belakang😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s