Resipi: Roti Kukus

Ini bukanlah resipi membuat roti dengan cara mengukus. Ini sebenarnya salah satu cara untuk kita makan roti selain cara biasa sama ada sapu butter atau jem dan terus makan. Resipi ni dapat dari Cik Mun. Jom kita tengok cara-caranya πŸ˜‰

Bahan:

Roti 4 segi (ikut sukalah berapa keping pun. Cik Mun mengesyorkan roti yang India jual dengan motor tu tak pun yang dijual di Giant atau Tesco yang putih je yang dipotong tepinya)
Kaya (aku prefer kaya dalam tin, apa ke nama ntah, yang kaya asli tu)
Butter

Cara-cara:

1. Sapu sekeping roti dengan butter. Dan sekeping lagi dengan kaya. Tekupkan kedua-duanya

2. Panaskan air dalam periuk kukus

3. Dah mendidih, masukkan roti tadi dalam periuk kukus

4. Kukusla sehingga lembut. Biasanya aku buat 10-15 minit. Selembut mana yang digemarilah senang cakap

Ini gambar sebelum kukus. Untuk tujuan fotografi, aku buat 3 layer lah πŸ˜›

roti

Ini pulak gambar selepas kukus. Sama je kan??? Ya memang sama, yang beza hanyalah rasanya. Sedap dimakan panas-panas. Nak tau sedap ke tak, silalah buat πŸ˜›

roti2

Advertisements

Mr.D oh Mr.D

Sejak aku guna kereta kan, 2 perkara yang paling aku takut sehinggakan aku harap sangat aku tak nak alami ialah eksiden (tak kiralah kecik ke besar) dan jugak kereta rosak tiba-tiba di perjalanan.

Tapi kan, semalam, lepas isi minyak di Shell, Mr.D tak nak hidup! Sebagai perempuan yang hanya tahu isi minyak bila lambang petrol pump bertukar menjadi warna merah, yang hanya tahu isi angin bila bawa rasa tak best dan juga yang hanya tahu bawa kereta pergi servis mengikut jadual, macam-macam dah ada dalam kepala bila aku try start enjin , tak nak hidup.

Alamak baru dapat bonus, nak kena repair ke ni? Alaaa esok kena pergi keje dengan kereta Amy ke? Alaaa aritu baru servis, rosak ke????

Haa tengok, itu yang bermain di kepala aku semalam. Bukannya cuba nak kenalpasti sebab apa tak boleh start πŸ˜›

Tetiba datang sesorang jejaka india. Muka macam Melayu. Hensem (ish..ish..ish).

Jejaka: Kenapa?

Aku: Tak boleh start. Tak tau kenapa

Jejaka: Saya tengok

Dia godek-godek try start, tak boleh jugak

Jejaka: Bateri kot ni. Cuba buka depan

Haaaa siotlahhhhh orang tempat servis aritu, dia buka kepala bateri tuh, pastu tak kemaskan. Dah lah mahai. Tak mau dah servis sana (padahal memang itu last dah aku servis sana πŸ˜› )

Jejaka: Tak pe, saya boleh ketatkan.

Dia cepat-cepat pergi kat kereta dia ambil spanar. Spanar kecik je, dalam hati aku, boleh ke???? Hehehhehe. Macam susah sket lah dia nak buat, tapi dah ketat sket.

Jejaka: Saya buat sikit je nih, spanar kecik. Nanti suruh orang lelaki tolong bagi ketat

Haa apsal dia tak cakap “Nanti bagi ketat eh” ? Apsal dia suruh jugak orang lelaki? hahahhaha, maybe dia tau aku tak tau apa2.

Oklah Encik Jejaka Tanpa Nama, terima kasih ye πŸ˜‰

Jangan lupa lirik

Selain lagu-lagu berentak disko atau ala-ala urban, aku jugak suka lagu-lagu rakyat ni (baca ni murni πŸ˜› ). Macam Anak Tupai, Apo Kono Jang, Ulik Mayang, Puteri Santubong, Gunung Kinabalu dan banyaklah lagi (tak tau tajuk sebenarnya πŸ˜› ) . Kat sini aku nak letak lagu Ayam Den Lapeh. Aku suka versi Anita Sarawak. Lagu ni ramai dah nyanyi, pulak tu lain penyanyi, lain pulak liriknya. Kalau dalam Jangan Lupa Lirik ni, harus “Saya pasti saya nak berhenti disini!”

Salah satu versi Ayam Den Lapeh oleh Elly Kassim

compare je lirik bawah ni dengan lirik dlm video, terang2 tak sama πŸ˜›

Luruihlah jalan Payakumbuah
Babelok jalan Kayu Jati
Dima ati indak karusuah
Ayam den lapeh ai ai… ayam den lapeh

Mandaki jalan Pandaisikek
Basimpang jalan ka Biaro
Di ma ati indak kamaupek
Awak takicuah ai ai… ayam den lapeh

Sikucapang sikucapeh
Saikua tabang saikua lapeh

Tabanglah juo nan karimbo
Oi lah malang juo

Pagaruyuang Batusangka
Tampek bajalan urang baso
Duduak tamanuang tiok sabanta
Oi takana juo ai ai… ayam den lapeh

Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo tatumpah kuah gulai
Awak ka pasa alah usai
Oi lah malang denai

O hoi … ayam den lapeh

Apa yang buat aku minat lagu ni, bukan apa. Satu hari tu aku dengar dalam kereta. Dalam masa yang sama, adik aku translate. Aku macam WAHHHH ye ke maksud dia macam tu. Aku pun google lah, ye lah mana aku tau maksud bahasa minang nih. Jumpa la ini:

Luruslah jalan ke Payakumbuh
Berbelok jalan ke Kayu Jati
Bagaimana hatiku tak kan rusuh (merana)
Ayam ku (kekasihku) terlepas

Mendaki jalan ke Pandai Sikek
Bersimpang jalan ke Biaro
Bagaimana hatiku tak kan mengumpat/menyesali
Ayam ku (kekasihku) terlepas

Sikucapang Sikucapeh –> kacau berantakan
Seekor terbang seekor lagi terlepas
Terbanglah mereka ke rimba/hutan
Oh malangnya

Pagaruyung dan Batusangkar
Tempat berjalan/bertamasya/pesiar orang Baso
Duduk termenung tiap sebentar
Oh terkenang/teringat juga ayam ku yang lepas

Lemang ku sangka nasi tuai
Rupanya tersiram kuah gulai
Daku kepasar, pasar telah usai (*)
Oh malang nasibku …

Ayamku terlepas

Secara ringkasnya, lagu ni membawa maksud

Lagu ini sebenarnya mengisahkan kekasih yang lepas ketangan orang (ini kiasan dalam bahasa Minang).

Sikucapang sikucapeh itu artinya usaha yang dilakukan berantakan semuanya.
Dalam konteks lagu Ayam Den Lapeh ini, artinya, sang pemuda menghendaki/mengejar 2 orang gadis dengan harapan salahsatunya bisa di dapat, namun kiranya tak satupun dari mereka yang dia dapatkan.

Sumber: sini

Lain kali jangan main terjah nak marah je

Kebelakangan ini, aku rasa aku cepat je marah. Cepat je naik angin. Huishhh risau jugak , hantu apa yang dah masuk dalam badan. Tadi berlaku satu insiden yang buat aku malu sendiri. Tersalah anggap rupanya. Tapi nasib baik orang tu tak tau aku sedang marah. Dialog di bawah aku dah edit sket2 untuk penyedap ayat la..

Cik N: Rasa2 nya bila nak pergi rumah makcik ye? (makcik tu adalah mak kawan kitaorang)

Aku: Aku bila-bila je. Korang free bila?

Cik N: Aku bila-bila je

Aku: Cik I? Selalunya dia lah yang tak free…hehhe

Cik N: Kejap aku sms dia

bla..bla..bla..bla..kata sepakat telah dicapai bila tahu Cik I free masa aku tak free

Cik N: Aku pun takleh nak janji la. Makcik kat umah tu maybe balik minggu ni. Kalau tak silap la

Aku: Dah sedikit panas dah ni. Hapeee ni dah tau makcik tak de kat rumah buat apa ajak pergi rumah! Makcik ni memang selalu balik kampung
Aku: Kalau macam tu tak pe laa..bila makcik ada rumahlah (time ni aku macam dah bengang tapi maybe Cik N tak perasan kalau dia baca dalam intonasi yang lain πŸ˜› )

Cik N: Weh ni bukan mak ***** lah. Makcik umah = kakak aku. Heheheheh

Aku: Heheheeh (walaupun Cik N tak de depan mata, aku rasa malu gilerrrrrrr)

Sebenarnya aku ni cepat sangat rasa angin kalau orang tu tanya something yang dia dah tau jawapan atau pun yang tak perlu tanya aku pun. Ataupun kadang tu kita tanya dia, dia tanya kita balik soalan yang kita tanya dia tadi. Aduhhhhh….

Kengkawan, dalam aku dok tak suka perangai orang-orang macam ni, ada tak aku berperangai sedemikian? kalau ada, sila tegur ok πŸ˜‰

Kisah bergambar

mrDMr D kelihatan hensem di Putrajaya πŸ˜€

Pagi Sabtu, aku dan Mr D ke Putrajaya untuk satu misi. Walaubagaimanapun, misi gagal terlaksna sebab cuaca amat buruk. Berjerebu. Rasa sungguh tak sihat sekali. Tapi untuk tidak buat rasa rugi duit minyak kereta dan masa bangun pagi :P, aku, Shalyn dan adiknye pergi jugaklah ke Taman Putra Perdana, Wetland dan Dataran untuk test 1000D beliau πŸ˜‰ . Betul lah salesman kamera pernah cakap, fotografi ni seronok bila kita boleh explore macam-macam tapi jangan cepat putus asa dan rasa bosan. Dengan panas, jerebu dan gambar tak menjadi, tensionnye! Apapun at least kitaorang dah mulakan langkah, jadinya untuk outing lain kali senanglah sikit kan.

ramaRama-rama yang hilang jalan pulang

Seekor rama-rama yang aku tak tau dari mana datangnya, tiba-tiba berkibar-kibar di langsir pintu depan rumah. Tak taulah dia memang tak jumpa jalan keluar ke atau dia memang nak temankan aku aku tengok tv time tu πŸ˜› . Sebabnya pintu tu terbuka dan jarak untuk dia terbang ke kawasan yang terbuka tu berapa cm je. Orang kata kalau rama-rama datang rumah, maksud ada orang nak masuk meminang kan. Ok, sila-sila pilih ada 3 orang jelitawan dalam rumah ini πŸ˜› .

weddingHang Jebat (adik Zi), isteri Hang Jebat, Zi dan Muhammad

Actually majlis sanding Zi (ofismateku) ni 2 minggu yang lepas. Sekarang ni dia dah ke Istanbul untuk majlis sebelah lelaki pulak. Wedding di Shah’s Village Hotel hari tu sweet saje dan penuh suspen. Dah la tetamu dikejutkan dengan nama adik lelaki Zi, Hang Jebat, ada pulak Puteri Gunung Ledang mengetuai barisan yang bawa santapan untuk pengantin. Majlis tu jugak disiarkan secara langsung untuk tontonan keluarga pihak lelaki di Turki. Ok, tahniah Zi dan selamat menempuh cabaran di tempat baru πŸ˜‰

Mewayang

Silalah pergi tengok Ice Age Dawn of the Dinosaurs yang kelakar giler. Aku tak de follow pun Ice Age ni tapi bila baca review orang cakap best, aku pun nak lah tengok kan best ke tak. Aku rasa sepanjang sejam setengah tu gelak non stop. Okeh, sesapa yang belum tengok, aku cadangkan tengok 3D lah sebab ada scene2 pengembaraan yang adventure yang aku pasti kalau kat 3D cinema confirm best! Ni salah satu soundtrack Ice Age πŸ˜‰

You’ll never find, as long as you live
Someone who loves you tender like I do
You’ll never find, no matter where you search
Someone who cares about you the way I do

Whoa, I’m not braggin’ on myself, baby
But I’m the one who loves you
And there’s no one else, no-oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh one else

You’ll never find, it’ll take the end of all time
Someone to understand you like I do
You’ll never find the rhythm, the rhyme
All the magic we shared, just us two

Whoa, I’m not tryin’ to make you stay, baby
But I know some how, some day, some way
You are (you’re gonna miss my lovin’)
You’re gonna miss my lovin’ (you’re gonna miss my lovin’)
You’re gonna miss my lovin’ (you’re gonna miss my lovin’)
You’re gonna miss, you’re gonna miss my lo-o-ove

Whoa, oh, oh, oh, oh (you’re gonna miss my lovin’)
Late in the midnight hour, baby (you’re gonna miss my lovin’)
When it’s cold outside (you’re gonna miss my lovin’)
You’re gonna miss, you’re gonna miss my lo-o-ove

You’ll never find another love like mine
Someone who needs you like I do
You’ll never see what you’ve found in me
You’ll keep searching and searching your whole life through
Whoa, I don’t wish you no bad luck, baby
But there’s no ifs and buts or maybes

You’re gonna, You’re gonna miss (miss my lovin’)
You’re gonna miss my lovin’ (you’re gonna miss my lovin’)
I know you’re gonna my lovin’ (you’re gonna miss my lovin’)
You’re gonna miss, you’re gonna miss my lo-o-ove

Whoa, oh, oh, oh, oh (you’re gonna miss my lovin’)
Late in the midnight hour, baby (you’re gonna miss my lovin’)
When it gets real cold outside (you’re gonna miss my lovin’)
I know, I know that you are gonna miss my lo-o-ove

Let me tell you that you’re gonna miss my lovin’
Yes you will, baby (you’re gonna miss my lovin’)
When I’m long gon
I know, I know, I know that you are gonna miss

Jungle trekking: hutan FRIM

Siri kedua aktiviti outdoor, jungle trekking + canopy walk di hutan FRIM. Kali ni, bilangan peserta mendadak naik . Semuanya 9 orang. Ada 2 bodyguard yang mana salah sorang nya telah digigit (gigit ke hah???) pacat di akhir aktiviti. Nasib baik aku tak kena. Aku siap bawa pisau nak buang pacat πŸ˜› .

Jam 9 lebih, konvoi 3 kancil dan sebuah matrix tiba di FRIM. Ketua kelas ekspidisi pergi beli tiket. Pemegang (as long as pegang kira student lah tu πŸ˜› ) student card dapat diskaun jadi rm3. Bukan student rm5.

All_1

Separuh masa pertama, enjoy la jalan. Sembang-sembang, ambik gambar. Mula je naik laluan bertangga ke canopy, hah, semput. Kaki dah ketar. Tangan pun dah ketar. Sorry lah ye mana-mana gambar blur tuh . Terpaksa berhenti beberapa kali untuk rehat. Laluan sempitlah jugak. Kalau berselisih dengan orang yang turun tu, kena stop dulu lah dan mengiring. Sebelah lagi tak de apa-apa. Leka sket boleh jatuh. 500m dari tempat mula mendaki, akhirnya sampai di pondok canopy.

All_2

Ada 3 platform. Platform 1 boleh tampung 4 orang, platform 2, 8 orangΒ  dan platform 3, 4 orang (skrip akak jaga canopy tuh πŸ˜› ) . Di platform 2 kita boleh tengok view Kuala Lumpur disebelah kiri. Angin pun syok je kat sini. Tapi tak boleh la nak lepak lama-lama, orang lain tengah beratur nak jalan. Jarak antara 2 orang untuk jalan atas canopy ni ialah 3 papan. So pandai-pandai la agak.

All_3

Habis 3 platform, kitaorang pergi ke air terjun. Air terjun apa nama pun tak tau lah. Air terjun FRIM kot . Jumpa port best, tak de orang, masing-masing buka bekal la (bukan masing-masing pun, Cik D dan Cik E je la yang rajin bawa bekal). Haa kat sini kitaorang baru tau 2 orang daripada kami diserang pacat bila tengok ada kesan darah kat baju dan seluar masing-masing. Gila lah, terus meremang bulu roma! Aku memang tak boleh la pacat nih.

All_4

Siap makan, main-main air sket, kitaorang teruskan perjalanan untuk keluar dari hutan tu. Di sepanjang jalan tu, ada lagi beberapa port untuk berkelah tapi rasanya port kami tadi lah yang the best! hehhe. Dalam 200m gitu, kami dah sampai ke jalan besar. Hmm rasa sekejap pulak. Peluh pun dah kering, macam tak cukup je πŸ˜› .

All_5

Jalan menuju ke car park, jauh jugak. Melalui sekolah, dewan, pejabat hutan, kuarters, aku rasa macam cool giler kalau stay kat situ. Siap aku dan Amy nak cari kerja kat situ πŸ˜› . Tak de asap-asap kotor, sejuk, tak de bising, aku sukalah.

Sekian siri outdoor kali ni. Kenapala aku tak datang sini 5 tahun dulu, time tu masih muda remaja, tenaga pun masih kuat. Sure boleh keluar masuk hutan banyak kali . Apa pun aku terkilan sket sebab tak jumpa pokok ni,

crownshyness

Sebenarnya kan, 1st time aku tengok gambar ni dalam satu majalah, lama dah dulu, aku teringin sangat nak tengok sendiri. Tapi bila dah sampai sana, aku terus lupa nak cari pokok nih πŸ˜› . Fenomena “Crown Shyness” yang buat daun-daun pokok ni tak bertemu. Malu-malu gitu.

Of particular interest is the “puzzle-like” pattern of the individual tree crowns separated by gaps and outlined against the sky. This phenomenon is called “Crown Shyness”. The reason for its name is because the leaf tips of the Dryobalanops aromatica appear to be shy towards their own kind, hence forming the gap


Lagi gambar kat sini