Jungle trekking: hutan FRIM

Siri kedua aktiviti outdoor, jungle trekking + canopy walk di hutan FRIM. Kali ni, bilangan peserta mendadak naik . Semuanya 9 orang. Ada 2 bodyguard yang mana salah sorang nya telah digigit (gigit ke hah???) pacat di akhir aktiviti. Nasib baik aku tak kena. Aku siap bawa pisau nak buang pacat😛 .

Jam 9 lebih, konvoi 3 kancil dan sebuah matrix tiba di FRIM. Ketua kelas ekspidisi pergi beli tiket. Pemegang (as long as pegang kira student lah tu😛 ) student card dapat diskaun jadi rm3. Bukan student rm5.

All_1

Separuh masa pertama, enjoy la jalan. Sembang-sembang, ambik gambar. Mula je naik laluan bertangga ke canopy, hah, semput. Kaki dah ketar. Tangan pun dah ketar. Sorry lah ye mana-mana gambar blur tuh . Terpaksa berhenti beberapa kali untuk rehat. Laluan sempitlah jugak. Kalau berselisih dengan orang yang turun tu, kena stop dulu lah dan mengiring. Sebelah lagi tak de apa-apa. Leka sket boleh jatuh. 500m dari tempat mula mendaki, akhirnya sampai di pondok canopy.

All_2

Ada 3 platform. Platform 1 boleh tampung 4 orang, platform 2, 8 orang  dan platform 3, 4 orang (skrip akak jaga canopy tuh😛 ) . Di platform 2 kita boleh tengok view Kuala Lumpur disebelah kiri. Angin pun syok je kat sini. Tapi tak boleh la nak lepak lama-lama, orang lain tengah beratur nak jalan. Jarak antara 2 orang untuk jalan atas canopy ni ialah 3 papan. So pandai-pandai la agak.

All_3

Habis 3 platform, kitaorang pergi ke air terjun. Air terjun apa nama pun tak tau lah. Air terjun FRIM kot . Jumpa port best, tak de orang, masing-masing buka bekal la (bukan masing-masing pun, Cik D dan Cik E je la yang rajin bawa bekal). Haa kat sini kitaorang baru tau 2 orang daripada kami diserang pacat bila tengok ada kesan darah kat baju dan seluar masing-masing. Gila lah, terus meremang bulu roma! Aku memang tak boleh la pacat nih.

All_4

Siap makan, main-main air sket, kitaorang teruskan perjalanan untuk keluar dari hutan tu. Di sepanjang jalan tu, ada lagi beberapa port untuk berkelah tapi rasanya port kami tadi lah yang the best! hehhe. Dalam 200m gitu, kami dah sampai ke jalan besar. Hmm rasa sekejap pulak. Peluh pun dah kering, macam tak cukup je😛 .

All_5

Jalan menuju ke car park, jauh jugak. Melalui sekolah, dewan, pejabat hutan, kuarters, aku rasa macam cool giler kalau stay kat situ. Siap aku dan Amy nak cari kerja kat situ😛 . Tak de asap-asap kotor, sejuk, tak de bising, aku sukalah.

Sekian siri outdoor kali ni. Kenapala aku tak datang sini 5 tahun dulu, time tu masih muda remaja, tenaga pun masih kuat. Sure boleh keluar masuk hutan banyak kali . Apa pun aku terkilan sket sebab tak jumpa pokok ni,

crownshyness

Sebenarnya kan, 1st time aku tengok gambar ni dalam satu majalah, lama dah dulu, aku teringin sangat nak tengok sendiri. Tapi bila dah sampai sana, aku terus lupa nak cari pokok nih😛 . Fenomena “Crown Shyness” yang buat daun-daun pokok ni tak bertemu. Malu-malu gitu.

Of particular interest is the “puzzle-like” pattern of the individual tree crowns separated by gaps and outlined against the sky. This phenomenon is called “Crown Shyness”. The reason for its name is because the leaf tips of the Dryobalanops aromatica appear to be shy towards their own kind, hence forming the gap


Lagi gambar kat sini

5 thoughts on “Jungle trekking: hutan FRIM

  1. ezza erisa 8 July, 2009 / 3:26 pm

    balik dari FRIM baru terbaca pasal
    WOW punya pokok (gamba yang ko tunjuk ni la rasanya) dengan ikan besar yang kalu kita tepuk tangan dia akan lompat…ada yang kena repeat challenge lagi neh. But this time tak naik canopy walk..jalan masuk hutan tinggi ke atas lagi..hehehe

    • whooz 9 July, 2009 / 6:23 am

      okeh, dah correct😀

      haa repeat lagi eh..best jugak..aku suka lah FRIM tuh hehehheh. Kali ni misi kita cari pokok misteri ni dan ikan lompat😉

  2. yatie 9 July, 2009 / 12:31 pm

    suka…suka tmpt cmni…tenang jer…

  3. deidaa 9 July, 2009 / 3:48 pm

    Aaa aku cpt bosan dowhhhh gi tempat sama bnyak2 kali :p

    Mula2 aku baca ayat ko “masing2 bukakkkkk”.. curious aku,
    sebbaik BUKAK BEKAL :))

    Ala ko kena slalu wat aktiviti fizikal,
    maka lama2 xde la rasa semput😀

    Chantek ah gambo pokok tu.

    • whooz 9 July, 2009 / 4:00 pm

      haaa masing2 bukak stokin dan kasut kan????
      😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s