Kisah bergambar

mrDMr D kelihatan hensem di Putrajaya😀

Pagi Sabtu, aku dan Mr D ke Putrajaya untuk satu misi. Walaubagaimanapun, misi gagal terlaksna sebab cuaca amat buruk. Berjerebu. Rasa sungguh tak sihat sekali. Tapi untuk tidak buat rasa rugi duit minyak kereta dan masa bangun pagi😛, aku, Shalyn dan adiknye pergi jugaklah ke Taman Putra Perdana, Wetland dan Dataran untuk test 1000D beliau😉 . Betul lah salesman kamera pernah cakap, fotografi ni seronok bila kita boleh explore macam-macam tapi jangan cepat putus asa dan rasa bosan. Dengan panas, jerebu dan gambar tak menjadi, tensionnye! Apapun at least kitaorang dah mulakan langkah, jadinya untuk outing lain kali senanglah sikit kan.

ramaRama-rama yang hilang jalan pulang

Seekor rama-rama yang aku tak tau dari mana datangnya, tiba-tiba berkibar-kibar di langsir pintu depan rumah. Tak taulah dia memang tak jumpa jalan keluar ke atau dia memang nak temankan aku aku tengok tv time tu😛 . Sebabnya pintu tu terbuka dan jarak untuk dia terbang ke kawasan yang terbuka tu berapa cm je. Orang kata kalau rama-rama datang rumah, maksud ada orang nak masuk meminang kan. Ok, sila-sila pilih ada 3 orang jelitawan dalam rumah ini😛 .

weddingHang Jebat (adik Zi), isteri Hang Jebat, Zi dan Muhammad

Actually majlis sanding Zi (ofismateku) ni 2 minggu yang lepas. Sekarang ni dia dah ke Istanbul untuk majlis sebelah lelaki pulak. Wedding di Shah’s Village Hotel hari tu sweet saje dan penuh suspen. Dah la tetamu dikejutkan dengan nama adik lelaki Zi, Hang Jebat, ada pulak Puteri Gunung Ledang mengetuai barisan yang bawa santapan untuk pengantin. Majlis tu jugak disiarkan secara langsung untuk tontonan keluarga pihak lelaki di Turki. Ok, tahniah Zi dan selamat menempuh cabaran di tempat baru😉

2 thoughts on “Kisah bergambar

  1. Ibu Farish 19 October, 2009 / 3:26 am

    wahh gempak siot gmbr kete hang tu..

    • whooz 19 October, 2009 / 4:55 am

      tapi kantoi parking tayar senget hahahhahahahha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s