Mr.D oh Mr.D

Sejak aku guna kereta kan, 2 perkara yang paling aku takut sehinggakan aku harap sangat aku tak nak alami ialah eksiden (tak kiralah kecik ke besar) dan jugak kereta rosak tiba-tiba di perjalanan.

Tapi kan, semalam, lepas isi minyak di Shell, Mr.D tak nak hidup! Sebagai perempuan yang hanya tahu isi minyak bila lambang petrol pump bertukar menjadi warna merah, yang hanya tahu isi angin bila bawa rasa tak best dan juga yang hanya tahu bawa kereta pergi servis mengikut jadual, macam-macam dah ada dalam kepala bila aku try start enjin , tak nak hidup.

Alamak baru dapat bonus, nak kena repair ke ni? Alaaa esok kena pergi keje dengan kereta Amy ke? Alaaa aritu baru servis, rosak ke????

Haa tengok, itu yang bermain di kepala aku semalam. Bukannya cuba nak kenalpasti sebab apa tak boleh start😛

Tetiba datang sesorang jejaka india. Muka macam Melayu. Hensem (ish..ish..ish).

Jejaka: Kenapa?

Aku: Tak boleh start. Tak tau kenapa

Jejaka: Saya tengok

Dia godek-godek try start, tak boleh jugak

Jejaka: Bateri kot ni. Cuba buka depan

Haaaa siotlahhhhh orang tempat servis aritu, dia buka kepala bateri tuh, pastu tak kemaskan. Dah lah mahai. Tak mau dah servis sana (padahal memang itu last dah aku servis sana😛 )

Jejaka: Tak pe, saya boleh ketatkan.

Dia cepat-cepat pergi kat kereta dia ambil spanar. Spanar kecik je, dalam hati aku, boleh ke???? Hehehhehe. Macam susah sket lah dia nak buat, tapi dah ketat sket.

Jejaka: Saya buat sikit je nih, spanar kecik. Nanti suruh orang lelaki tolong bagi ketat

Haa apsal dia tak cakap “Nanti bagi ketat eh” ? Apsal dia suruh jugak orang lelaki? hahahhaha, maybe dia tau aku tak tau apa2.

Oklah Encik Jejaka Tanpa Nama, terima kasih ye😉

4 thoughts on “Mr.D oh Mr.D

    • whooz 30 July, 2009 / 12:40 am

      uishh murni..ingat pesan nih,

      “Please..please..please..kamu jangan nakal”

      hahhahahhahah

  1. nurul hayati idris 30 July, 2009 / 12:01 pm

    achaa…nehi..nehi…

  2. Kak Ina best 15 August, 2009 / 4:53 am

    dia nak cakap suruh laki ketatkan kot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s