Resipi: Roti Kukus

Ini bukanlah resipi membuat roti dengan cara mengukus. Ini sebenarnya salah satu cara untuk kita makan roti selain cara biasa sama ada sapu butter atau jem dan terus makan. Resipi ni dapat dari Cik Mun. Jom kita tengok cara-caranya😉

Bahan:

Roti 4 segi (ikut sukalah berapa keping pun. Cik Mun mengesyorkan roti yang India jual dengan motor tu tak pun yang dijual di Giant atau Tesco yang putih je yang dipotong tepinya)
Kaya (aku prefer kaya dalam tin, apa ke nama ntah, yang kaya asli tu)
Butter

Cara-cara:

1. Sapu sekeping roti dengan butter. Dan sekeping lagi dengan kaya. Tekupkan kedua-duanya

2. Panaskan air dalam periuk kukus

3. Dah mendidih, masukkan roti tadi dalam periuk kukus

4. Kukusla sehingga lembut. Biasanya aku buat 10-15 minit. Selembut mana yang digemarilah senang cakap

Ini gambar sebelum kukus. Untuk tujuan fotografi, aku buat 3 layer lah😛

roti

Ini pulak gambar selepas kukus. Sama je kan??? Ya memang sama, yang beza hanyalah rasanya. Sedap dimakan panas-panas. Nak tau sedap ke tak, silalah buat😛

roti2

4 thoughts on “Resipi: Roti Kukus

  1. sehelai murni 31 July, 2009 / 1:35 am

    “Untuk tujuan fotografi, aku buat 3 layer lah :P” ooooooo aku baru nak kagum2 sebab ko rajin buat 3 layer.. hahaha

    ;p

    eh harus bagi royalti sket ni kat aku =D

    • whooz 31 July, 2009 / 3:40 am

      lagi satu sebab..2 layer x kenyang lahhhhh😛

  2. suriati (surie) 7 August, 2009 / 8:51 am

    salam whooz..

    sihat? ingat suri lagi? alhamdulillah ketemu jugak kita di arena blogging nieh. nanti nak link eh. rajin2 lawat my blog. jumpa lagi..

  3. Sapura 20 November, 2010 / 3:08 pm

    Terima kasih….tips yg berguna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s