Gila kentang kata Cik Ezza (cream puff lagi)

Betul lah aku dah gila kat cream puff. Video-video kat bawah ni semuanya pasal cream puff. Belajar dengan tengok live lagi cepat faham kan???

proses dari mula sampai habis

pipe bentuk bintang, cute jugakkan hasilnya

yang ni siap dengan resipi bahan, good good πŸ˜‰

yang macam pro πŸ™‚

yang ni bentuk swan pulak

ok, itu je dulu. Aku macam dah dapat cara nak repair cream puff yang aku buat 2 kali sebelum ni. Harus buat lagi weekend nih πŸ˜›

Β 

Advertisements

Cik penimbang in da’ house

… hasilnye , cream puff ku dah jadi πŸ˜‰ . Dan aku tukar tepung gandum kepada tepung Bluekey yang sesuai untuk buat cream puff. Tadi berbuka dengan cream puff + whipped cream dan tabur gula icing kat atasnye. Next time try buat inti kastard dan krim pulak.

P1020542

P1020544

Sila abaikan whipped krim yang melimpah sebab tetiba cream yang dispray
dari tin ni cair. Akan belajar buat krim kelak.

flavors-vanillaAku teringin nak buat cream puff macam gini, yang berlubang ditengah lalu boleh diinject dengan krim kastard. Macam mana ntah nak jadi macam ni..

cream-puffAku nak jugak cream puff aku jadi comel macam gini πŸ˜€ . Harus buat research dengan lebih mendalam πŸ˜‰

Gajet baru dan Cream Puff

Perkenalkan gajet terbaru saya, cik Oven πŸ˜€ .

P1020525

Kalau ma tahu aku beli oven, mesti dia terkelip-kelip tak percaya..hehhehe.. Ma suruh buat kek pun malas, ni boleh beli oven pulak πŸ˜›

Oh aku memang macam tu, angin kekadang datang dan pergi. Merasmikan oven baru ni, aku cuba buat Cream Puff. Resipi dari Kak Zana. Ini salah satu favourite aku. Kalau time makanΒ kat hotel, buffet,Β mesti cari ni. So, teringin lah jugak nak buat sendiri kan.

P1020528Doh selepas di masak

Sedang mempipe, tetiba, pop! Piping beg pecah πŸ˜€ . Ganasnye tangan aku hehhehe.. Maka aku hanya sempat pipekan 3 biji je, selebihnye, aku gentel2 macam cokodok πŸ˜›

P1020529Piping beg yang pecah

P10205313 biji cream puff yang sempat dipipe dengan comel, selebihnya macam bola-bola api saja

P1020536Yang ni dah masak, kemudian dibelah dan diletak inti

P1020537Tadaaaa!Β  Nampak macam jadi kan??? Please don’t judge the book by it’s cover πŸ˜›

Rasanya?? Errr..macam ok, tapi tak ok. Ada sikit keras macam bengkang πŸ˜€ . Tapiiii housemate dan adik ku kata sedap!. Tidak, saya tak merasuah diorang pun πŸ˜€ .

Setelah di bedah siasat, di dapati cream puff tu terlebih tepunglah. Eksyen macam pro, main agak je tepung tadi. Lepas ni kena beli penimbang lah. Konfiden sket nak buat πŸ˜‰

Okeh, nak pi habiskan lagi 2 biji dok tergolek2 dalam pinggan tu..

M.E.N.G.I.D.A.M

Percaya tak aku mengidam nak makan di Seoul Garden di Plaza Pantai tu hampir 2-3 tahun yang lalu? Aku fikir-fikir balik, macam tak percaya. Tapi memang betul lah. Sejak aku tau pasal restoren tu, memang nak pi sangat. Tapi dulu-dulu tak de duit (sedihnye :P) . Pastu nak ajak kawan-kawan, macam susah sangat nak berkumpul.

Weekend lepas, sampai jugak aku walaupun berdua je. Pada aku, kalau nak berBBQ dan bersteamboat ni, mestilah kena ramai-ramai, barulah happening kan. Nak snap gambar pun best. Tapi bila dah sampai sana aku rasa tak kisahlah dua ke berapa orang ke. Yang penting tujuan utama nak rasa semua makan di situ πŸ˜€ . Thanks to kakak sebab sudi melantak bersama. Aku tau dia mesti suka sebab dia pun macam aku, makan banyak. Dan sebab kedua aku belanja kan, so dia follow je lah πŸ˜€ .Β  Nak dekat 3 jam jugaklah kami kat sana. Di sebabkan hari cuti, so parking dalam PlazaΒ Pantai tu tutup. Tapi still boleh parking kat tepi-tepi jalan. Depan restoren tu pun boleh..Β 

P1020506

P1020491

P1020489

P1020485

P1020479

P1020484

P1020483

P1020480

P1020498

P1020503

..dan lagi satu tempat aku teringin nak pergi makan, di William’s πŸ˜‰

kepokkk pokk pokk pookkkk pokk (tiru cik mun)

P1010213 Cuba teka, kami dimana?

Hari ini kami lunch di Kedai Nasi Ayam!
Kami tu siapa? Aku dan ofismate yang lari dari ofis untuk mendapatkan sedikit ketenangan selain dari dilanda rasa bosan asyik makan ditempat yang sama je.

Apa yang aku suka kat sini?

Aku suka pie tee je. Aku pun tak ingatlah bila aku mula belajar makan pie tee ni. Yang pasti aku memang suka giler. Nak kena belajar buat nih. Rasanya senang je. Selain dari pie tee, aku juga suka sayur taugeh kat sini. Rangup!
Tadi aku try Chicken Fritters, aku tak tau pun apa nama dia. Cuma aku ingat aku pernah makan sewaktu di restoren dim sum. Boleh tahan sedap cuma tak dapat nak kenalpasti mana daging ayamnye πŸ˜› . Macam rasa tuna je.

P1010220

P1010219

credit to Cik Mun untuk gambar

Tak tau apsal, malas betul nak menaip blog sekarang. Ini pun sebab nak tunggu masa balik ofis je. Oh ye, saya menaip dalam keadaan ber’mask’ sebab tiba-tiba sahaja selsema. Esok nak pergi SOGO, kena pakai mask jugak ni