Esok raya, selamat hari raya!

Saya memblog dari rumah! Tetiba je maxisbroadband laju macam line kat ofis ni, pelik-pelik. Penat tak habis lagi ni (memang tak kan habisnye lah). 12 jam perjalanan dari KL-Tanah Merah. Hujan, kereta banyak dan dalam 3 kali kot aku stop untuk tidur sekejap. Malam sebelum bertolak, aku tidur 1 jam je. Aku drive cool je lah, tak de nak laju sangat walapun dalam hati nak sampai cepat-cepat. Tapi better beringatlah kan, musim raya ni banyak excident. Kelmarin jumpa banyak betul excident. Kebanyakkannya yang cium bontot lah, tak de lah teruk macam kat Gurun tu. Kesian lah. Al fatihah kepada famili mangsa.

Raya ni, aku kena belajar buat rendang dan kuah nasi impit, sebabnya kat KL nanti nak buat open house 😀 . Baru tergedik-gedik nak belaja, padahal berbelas tahun ma masak, aku tukang kacau je. Rasanya raya tahun ni, macam yang lepas-lepas jugak. Beraya kat rumah sedara mara. Bosan jugak weh, tak de kawan lah kat sini. Kekadang jeles jugak bila orang-orang dok cakap balik kampung boleh lepak dengan kawan-kawan lama kat kampung. Aku ni, hidup berpindah randah, tak sempat nak buat kawan 😛 .

Ok, selamat hari raya kepada semua. Esok dah boleh melantak 😀

Ahad cari Isnin,

Nak tanya kat Selasa jumpa tak Rabu,

Agar ingatkan Khamis,

Bagitau Jumaat,

Untuk tak lupa,

Mesej kepada Sabtu,

Ahad dah raya!

Biskut Mazola saya

P1020786_1

Tahun ni belajar buat biskut mazola (mazola je?? itu pun nak kecoh :P). Ye tau, senang je nak buat biskut ni, cuma malas je. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku dan adik-adik buat biskut raya.Mesti ma frust, anak pempuan ramai, tapi semua malas 😀 . Antara adik-adik aku (termasuklah Eddy), kak ngah la rajin sket pasal kuih/kek/biskut nih. Aku, suka masak lauk2 je, sebab aku tak gemar sangat kuih-muih bisku-miskut ni. Kakak, seimbangla, kek dia suka buat, lauk pun rajin masak. Terutama yang goreng-goreng, nasi goreng, mee goreng, makaroni goreng. Eddy pun rajin jugak, rajin masak meggi.

Punyala malas, aku buat 50 biji je 😛 . Memang tak gemar lah kalau memasak sampai 1 hari baru nak siap. Jenis tak sabar pastu ikut mood. Eh memasak memang kena ikut mood kan, baru orang makan rasa happy (walaupun tak sedap). Feel tukang masak itu penting.

Ok, adunan untuk 50 biji biskut mazola kecil molek saiznya satu mulut boleh sumbat seperti dalam gambar diatas ialah secawan tepung, secawan kacang tanah (digoreng dan dikisar), gula (dikisar) dan minyak mazola secukup rasa. Pastu masak 20-30 minit dengan suhu 180-190. Ini oven aku lah, lain oven, lain rasanya. Pandai-pandai la eh. Siap!

Menurut kata tuan punya resipi, iaitu mak Fir, sukatan untuk kacang dan tepung mesti sama. Senangla kan? Gula tu pula ikut suka lah, nak manis, letak lebih, nak jaga diet, kurangkan la sket. Minyak pulak agak-agaklah, bila dah sebati tu tak lembik sangat tak keras sangat.

Jumpa resipi muffin carrot, macam menarik tapi banyaknye bahan. Kena cari mood dulu sebelum nak try buat 😉

Sekian

Jejak kasih dan makan-makan

Last weekend pergi berbuka di Black Canyon, Alamanda. Ini kali ke-2 lah aku makan kat situ. Tak de ape yang sangat-sangat best pun. Tapi sebab restoren dia selesa, ada outdoor dan indoor, so kami pergilah makan kat situ. Actually agenda utama ialah sesi jejak kasih dengan Cik Muni (ex-roomate 1st and 2nd sem di U). Lama gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tak jumpa dia (haa lama kan kalau ikut ‘r’ tu 😀 ) . Ada dalam 4 tahun kot. Aiseh dia makin kurus la.

Dia dah jadi PTD. Baru 4 bulan posting kat Putrajaya. Wahhhhh..oklah, happy for her dan a bit jeles 😛 hahhahaa (normal la kan? ini jeles positive tau). Cik Muni (actually kan, aku dah lupa la nama penuh dia, aci tak???????) ni, kalau bercakap, memang non-stop. So hari tu, start dari kisah-kisah 1st semester sampailah habis U keluar. Best!

Ok, itu saja pasal Cik Muni.

Juadah berbuka aritu agak melampaulah. Order saja apa yang diinginkan. Dalam banyak-banyak tu, yang paling sedap ialah Golden Purse, appetizer. Sudah jatuh hati sama itu dompet emas 😀 .

Nasi 4 segi ni agak mengenyangkan, walaupun nampak kecik. Sebab rasa dia macam pulut gitu dan macam tak match pulak dengan lauk-lauk tu. Hasilnya, sesi meratah lauk je lah (tapi aku confirm habislah nasi tu, orang lain je). Green curry pun macam tak best sangat. Cair. Tomyam, ada rasa macam santan pulak dan tak pedas dan tak masam pun. Sedap lagi tomyam kat kedai makan kat rumah aku. Tomyam feveret aku ialah tomyam kaler merah yang pedas, dan masam. Kerabu suhun, ok. Masam-masam pedas gitu. Telur bungkus, sedap lagi kat kedai makan kat rumah aku. Tapi peliklah telur tu kaler kuning je, tak de langsung hitam-hitam bekas hangit kuali. Macam mana diorang buat eh?

P1020709dari kiri (depan): tembikai dan lime jus
dari kiri (belakang): coklat apa bende ntah nama dia, sprite, black hazelnut shake

P1020721nasi 4 segi ala-ala pulut

back to Golden Purse, aku google mencari resipi. Tadaaaaa jumpa! Sini ye. Nanti aku study dan translate dulu resipi ni dan cuba buat, baru letak kat blog 😉

P1020712Golden Purse pujaan perut



Terima kasih

Ada satu kisah.

Kebiasaannya, hari pertama ramadan di sambut dengan seluruh ahli keluarga berkumpul berbuka bersama kan. Yang jauh di rantau, balik ke kampung. Ada sorang anak ni, dah 5 tahun di KL. Tak pernah missed balik sambut ramadan bersama keluarga. Tapi tahun ni, apsal ntah, tak balik. Sibuk sangat gamaknya. Lalu kedua ibu bapanya membuat keputusan untuk datang berpuasa bersama si anak di KL ni. Si anak berasa amat gembira sebab beliau terlalu sibuk untuk pulang ke kampung (sibuk nyeeeeeee) . Apa-apa pun si anak berasa amat berterima kasih sebab ibu dan bapanya sanggup menempuh perjalanan 8 jam untuk menemui anak mereka.

Sebagai membalas budi mereka, si anak telah mencadangkan perjalanan pulang ke kampung halaman dengan masa perjalanan tak sampai sejam je. Baru 30 minit si anak tiba di rumah selepas menghantar ibu bapanya ke airport, tetiba ibunya call, “dah sampaiiiiiiiiii” . Lega hati si anak, sekurang-kurangnya taklah mereka berasa letih berbanding naik bas kan?

Terima kasih ye!

P1020698
posing si ibu yang maintain tak nak pandang kamera 😛

Saya mau

Satu hari, jalan-jalan di Low Yat, aku ternampak ini (tapi bukan brand Sony lah):

Sebelum ni adala tengok-tengok di internet, macam tak de lah minat sangat. Tapi aritu, aku belek2, tengok dia letak atas kaunter, macam cool lah 😉 . Harus masuk dalam list untuk tahun depan ni. Tapi harganya sangat mahal 😦 . Management, sila bagi bonus banyak-banyak, saya mau beli digital photo frame!

Kena study lah sikit lepas ni 😛

Masjid

Last week, berbuka di Kafe Nasi Beriani Gam di Putrajaya. Actually nak try sebab orang dok cakap sedap kan. Dah makan, aku tak taulah sedap kat mana. Maybe aku bukan peminat susah mati nasi beriani, jadinye aku pun tak tau nak bagi markah berapa 😛 . Lepas makan, terus ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, masjid baru di Putrajaya. Orang cakap masjid tu cantik, jadinye pergilah nak tengok sendiri kan dan alang-alang solat kat sana terus.

Aku hanya tahu masjid tu di Precint 3 saja dan dekat dengan tempat acara Hot Air Balloon lepas. Lain-lain landmark, tak tau pun. Hasilnya kami sesat! Ingatkan senang jumpa, ye lah masjid kan, sure nampak kubah tak pun lampu terang benderang. Nasib baik ada talian hayat, akhirnya sampai ler jugak. Again, dah masuk dalam masjid, sesat nak cari tempat wuduk. Berpeluh! Besarlah masjid tu.  Siap ada taman lagi kat atas jejantas depan pintu masuk masjid. Cantik betul lah.  Aku rasa, cuti sekolah akan datang, sure ramai yang nikah kat sini hehhehe. Cun ooo buat outdoor photoshoot 😉 (ish..ish.. niat tu betulkan).  Okeh layan gambar sikit (pergi solat bawak kamera 😛 dah macam pergi melancong tu) dan lagi review kat sini


Pintu masuk dewan solat


Pintu masuk masjid


Masjid Tuanku Mizan dengan jambatan labah-labah (lupa lah nama jambatan ni ) dan monumen alaf baru