Tazkirah

Di surau taman perumahan aku ni, ada tazkirah selepas 4 rakaat terawih. Aku suka dengar sebab orang yang bagi tazkirah tu bagi nasihat dalam lawak. So tak boringlah kan, biasa lah syaitan dok bergayut nak suruh tutup mata kan. Tapi dalam 2 hari ni, isi kandungan tazkirah tu macam kena je batang hidung.

Malam sebelum ni kisahnya orang yang solat terawih 8 rakaat je. Dari dulu sampai la sekarang. Tak pernah upgrade. Umpama baby kalau dah boleh merangkak, mesti mak bapak suka kan. Tapi kalau baby tu dok asyik merangkak sampai umur 30, something wrong lah tu😀 . Dengar je tu, aku macam “uishhh, sama la!”, macam kena je. Malam pertama Ramadhan, aku dan housemate je yang buat 8 rakaat. Jemaah lain semuanya sambung. Sebab dah terbiasa, jadinya, terus keluar lepas 8 rakaat. Malam kedua baru ada yang join keluar awal😀 .

Semalam, tazkirahnya pasal solat jemaah di bulan Ramadhan. Orang tu pesan, kalau boleh datanglah berjemaah solat fardhu. Ini tak, datang surau solat terawih je. Umpama pemain bola. Yang mana pemain bola ni memang terer lah, memang asyik dapat bola kat dia je, tapi last-last tak boleh sumbat gol. Maknanya dia tak dapatlah ganjaran yang lebih besar. Kebetulan, 2 hari kebelakang ni aku dan housemate berbuka kat luar. Jadinya, tak ada lah Isya’  di surau. Sempat buat terawih je.

Rasa macam diperhatikan pula kami berlari@jalan laju ke tempat solat perempuan. Ntah-ntah kat surau tu ada kamera😀 . Ni malam ni apa pula tazkirahnya. Apa pun, terima kasih atas ilmu dan peringatan yang disampaikan🙂

4 thoughts on “Tazkirah

  1. sehelai murni 2 September, 2009 / 9:46 am

    hehehe adakah huzz dhantui ngan tazkirah? ;p

    • whooz 2 September, 2009 / 2:43 pm

      bagus jugakla kan kalau dihantui tazkirah😀 . jangan jadi hantu dah.

      tadi tazkirahnya pasal ajaklah jiran tetangga ke surau. Beribadat sorang-sorang pun tak cukup🙂

  2. sehelai murni 2 September, 2009 / 11:13 pm

    hahahaha. terkena btg idung ko lagi ke?😀

    bagus lah ustaz itu ;p

    • whooz 3 September, 2009 / 12:11 am

      ni kena sipi2 je lah sebab jiran aku ramai chinese😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s